HUKUM MENCUKUR

on Wednesday, May 29, 2013

HUKUM MENCUKUR BULU KEMALUAN



Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.


Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.
Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.


Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).


Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAMdisisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.


Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”. 

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

Media Utama Boikot Afiq Muiz Dan Eina Azman Kerana Burukkan Ibu Sendiri

Tiada ruang untuk anak derhaka dalam akhbar kami! Demikian desas desus yang mula kedengaran di kalangan media, khususnya unit hiburan di beberapa akhbar utama sehari dua ini.

Media Utama Boikot Afiq Muiz Dan Eina Azman Kerana Burukkan Ibu Sendiri

Khabarnya beberapa media utama telah memboikot pelakon Afiq Muiz gara-gara bersikap seperti si tanggang, memburuk-burukkan ibunya sendiri, Hasliza Mohd. kepada umum.


Boikot yang dimaksudkan ialah, tidak lagi mengeluarkan sebarang cerita mengenai artis tersebut dan juga kekasih hatinya, Eina Azman dalam tempoh tertentu. Bukan setakat hal berkaitan kerjaya, gambar hiasan di halaman intisari rancangan TV sekalipun, tiada ruang akan diberikan.

“Tak pernah dalam sejarah, seorang artis buat sidang akhbar untuk memburukkan ibunya sendiri,” demikian kata seorang pengarang hiburan sebuah akhbar popular.

Sebuah akhbar lain pula menyatakan “Tiada ruang dalam akhbar kami untuk anak derhaka seperti Afiq. Dia kena balik dan melutut kepada ibunya dulu sebelum kami memberi ruang untuk mempromosikan dia semula.”

(Baca: Wajarkah Afiq Muiz Memaksa Ibunya Meminta Maaf?)

Hmmmm, memang selayaknya pun. Jangan ingat orang media ni suka sangat artis buat perangai macam itu, kita orang pun tak suka tau. Kalau Afiq tidak insaf, memohon maaf dan melutut ke pangkuan ibu yang melahirkan, memang kena balik jual burger semulalah dia selepas ini.

Untuk Eina Azman pula, pergilah sekolah semula dik. Menghayati setiap patah kata yang keluar dari mulut Eina mengenai isu Afiq dan ibunya, memang sah Eina ni tak pandai jaga mulut langsung. Agaknya cara dia bercakap dengan ibu dan bapanya pun, memang lebih kurang macam itu juga, tiada rasa hormat. Terbaru, Eina mendakwa ibu Afiq kurang siuman. Bayangkanlah!

Kepada emak Eina, bagilah anak anda nasihat yang betul, bukan sokong saja apa yang anak kata. Sebelum nasihatkan Afiq tu, sehingga dia semakin jauh dengan keluarga, nasihatlah kepada anak sendiri dulu. Sekarang ini, satu Malaysia sudah mengutuk dan mengeji, semoga insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Ternyata juga, Afiq meminta nasihat daripada pihak yang salah apabila menjadikan Eina dan ibu Eina sebagai penasihat utama.

Kami ambil kenyataan Facebook pengarah muda, Shahrulezad Mohammed yang mengenali Afiq semenjak awal memulakan kerjaya lakonan. Dia secara peribadi meminta pihak stesen TV supaya tidak meletakkan nama Afiq Muiz dan Eina Azman dalam setiap projek drama yang melibatkan produksinya.

“Melainkan sekiranya mamat sengal ni (Afiq) melutut minta ampun maaf dan balik semula ke pangkuan emak dia semula…” demikian tulis Shahrulezad dalam laman berkenaan.

Memang menarik, biar jadi pengajaran kepada artis-artis yang lain, hidup ini bukan menongkat langit. Kita yang muda perlulah hormat yang tua. Kenang jasa ibu bapa, tak kira sehebat manapun kita. Kalau marah sekalipun sebab ada salah silap di mana-mana, jangan sampai menghina darah daging sendiri. Hidup tidak akan selamat kalau derhaka dik!

-Utusan

Video Sharifah Sakinah Sambut Harijadi Dengan Zip Seluar Terbuka!

Nama Sharifah Sakinah memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas kontroversi video separa lucahnya menjadi hangat di kalangan peminat hiburan tanah air.



Kali ini dia tampil dengan video Keek terbarunya, di mana memperlihatkan zip seluar Sakinah terbuka sambil dia mengomel mengenai tabiat sesetengah manusia yang suka memperbesar-besarkan isu yang dianggap remeh.

Berkemungkinan besar Sakinah merujuk kepada kontroversi video-videonya sebelum ini.

Apa-apa pun mari kita ucapkan selamat hari lahir buat pelakon cantik ini kerana Sakinah genap berusia 24 tahun hari ini.

Sejajar denga pertambahan usianya itu, diharapkan adik kepada dramatis Sharifah Shahirah dan Sharifah Norhaslinda ini tidak lagi memuat naik video yang boleh menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai.

Ye, kami tahu awak memang gila-gila tetapi cubalah berpada-pada dalam berkongsi video kepada para peminat kerana tidak semua orang yang menyukai apa yang kita buat dan lakukan.



Tak gitu?

Imej Bertudung, Siti Saleha Harap Peminat Tak Keliru

Saat dia muncul majlis pelancaran Serlahkan Keyakinanmu Bersama Kotex@ Member-Ku Hawa petang semalam, banyak mata tertumpu pada aktres cantik nan sorang ini. Ya, Siti Saleha tampil dengan imej bertudung. Manis sungguh, kan? Namun imejnya ini bukanlah imej kekal tetapi ia merupakan watak yang dibawa dalam drama khas musim kedua bagi jenama produk tuala wanita itu. Dia bersama pelakon Nad Zainal telah dilantik sebagai duta Kotex 2013.

Teruja dengan tanggungjawabnya sebagai duta jenama bagi penjagaan wanita no.1 di Malaysia itu, dalam masa sama gadis berusia 23 tahun ini berharap peminat dan orang ramai tidak memberi tanggapan negatif atau keliru sekiranya melihat dia tampil dengan tidak bertudung dan ada ketikanya bertudung.
“Saya tiada masalah bertudung. Sebelum ni pun saya pernah bawa watak bertudung. Saya dah biasa sebab masa sekolah dulu pun saya pakai tudung. Jadi bila dapat watak dalam drama ni dan memerlukan saya bertudung, saya okay. Saya tak merungut.
“Imej ni sebagai memenuhi tanggungjawab saya sebagai duta. Tapi tak semestinya saya perlu pakai tudung selalu. Dalam kontrak pun tak tertulis begitu. Saya harap peminat dan orang ramai tak anggap yang bukan-bukan kalau dalam drama Member-Ku Hawa saya bertudung tapi di luar tidak. Malah baru-baru ini saya ada mengkuti promosi dan ketika itu saya tidak bertudung, tetapi peminat okay dengan penampilan saya. Sebagai duta, target saya adalah menjadi inspirasi kepada para remaja wanita”, katanya kepada Malaysian Digest.com.
Dalam musim terbaru, Member-Ku Hawa mengekalkan lakonan Nad Zainal sebagi Kay, sementara Siti Saleha menghidupkan watak Nur Hawa. Drama 10 episod ini bakal bersiaraan bermula 5 Jun 2013, pada jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dengan siaran ulangan setiap Ahad, jam 6.3 petang.
Member-Ku Hawa menyelami cabaran hidup Kay, Nur Hawa dan kawan-kawan mereka tatkala mereka berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif yang kental dan teguh dengan pendirian mereka. Selain turut mengetengahkan kepentingan jalinan persahabatan serta diselitkan dengan jenaka.
Berkongsi pengalaman digandingkan bersama Nad, Siti Saleha berkata dia seronok apatahlagi mereka berdua mudah serasi walaupun ini pertama kali mereka berkerjasama. Tidak hanya di set penggambaran malah di luar set pun katanya, persahabatan dia dan Nad menjadi erat sejak menjayakan drama tersebut.
“Seronok kerja dengan Nad. Kami tiada masalah di set. Nad seorang yang kelakar. Kami seolah-olah macam dah lima tahun kenal sedangkan ni pertama kali kami berlakon bersama. Drama ni pun banyak berkaitan dengan kehidupan harian kita”,
“Nur Hawa, seorang gadis kampung yang sederhana tetapi berkeyakinan, sentiasa berfikiran positif dan dia terpaksa memperlajari hakikat kehidupan dengan cepat”, ujarnya sambil tersenyum.

Punca Sebenar Separuh Akhir Piala FA Johor Vs Pahang Ditangguhkan

Punca Sebenar Piala FA Johor Vs Pahang Ditangguhkan - Semangat untuk menonton Perlawanan Sengit antara Johor  JDT dan Pahang hampa apabila perlawanan tersebut ditangguhkan.Nampaknya Keputusan Perlawanan Johor JDT vs Pahang belum diketahui.

Menurut keterangan dari pihak atasan perlawanan terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.



Punca-Perlawanan-JDT-vs-Pahang-28-Mei-2013-Dibatalkan


Keterangan dari pihak atasan :
 Separuh Akhir Perlawanan Kedua, Pahang menentang Johor Darul Takzim terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak
Diharapkan tarikh perlawanan bakal dipercepatkan :)


Tarikh baru bagi perlawanan JDT menentang Pahang akan diberitahu hari ini jam 5 petang

Gambar Comel Cicit Rasulullah SAW

on Tuesday, May 28, 2013

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah r.a? Tak ingat...mungkin?

Gambar Comel Cicit Rasulullah SAW


Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang Atas?

Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini.

Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Gambar Comel Cicit Rasulullah SAW [2]

Subhanallah Maha Suci Allah, cicitnya saja dah comel begini, apatah lagi datuk-datuknya?

Facebook Fanpage Syeikh Jameel Halim Al-Husaini.

[Sumber]

Bila Semua Pelakon Kanak-Kanak Harry Porter Telah Dewasa

Assalamualaikum w.b.t



Saya pernah terjebak dengan cerita Harry Porter waktu kecik-kecik dulu. Sekarang dah tak berapa minat dengan cerita kanak-kanak penuh khayalan tu. Buat malu kat anak buah je kalau saya tengok jugak =.='

Tapi.... saya rasa saya lupa yang pelakon yang membawa watak-watak dalam Harry Porter jugak dah dewasa.



Mungkin kalau diorang di gandingkan lagi untuk berlakon dalam Harry Porter versi dewasa, saya akan fikirkan semula nak tengok ke tak.... *hehe*

#padahal paling suka tengok cerita bebudak kecik yang cute