Gempar! Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

on Friday, June 7, 2013

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.


Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.
Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.
Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. SUMBER

Beginilah Cara Gadis Di Jepun Melariskan Jualan Laptop Keluaran Syarikat Mereka

on Thursday, June 6, 2013

Beginilah Cara Gadis Di Jepun Melariskan Jualan Komputer Riba Keluaran Syarikat Mereka..Ada Sahaja yang Di Lakukan Di Jepun Jika Hendak melariskan jualan laptop mereka iaitu dengan cara mempamerkan wanita-wanita seksi yang memegang laptop syarikat mereka..jom lihat aksi wanita seksi tersebut..cekidot..






 

Katrina Kaif Wanita Terseksi Di Asia


Dialah Katrina Kaif (26), pelakon Bollywood yang baru-baru ini dinobatkan sebagai sexiest asian woman in the world oleh eastern eye, sebuah syarikat penerbitan yang berpangkalan di Inggeris.

Si bom seks yang juga mantan kekasih pelakon Salman Khan (45) ini menyingkirkan priyanka chopra, yang berada di peringkat kedua, diikuti bipasha basu dan Freida Pinto di peringkat kelima.


Pemilihan kaif sebagai perempuan seksi dibuat berdasarkan data-data seberapa banyak para perempuan tersebut difoto serta paling banyak diminta oleh penerbit filem dan peminatnya.


Sebagai maklumat, kaif lahir di hongkong pada 16 julai 1984 dari ayah bernama mohammed kaif asal kashmir, india, dan ibu berdarah Inggeris bernama suzanne turquotte. Mereka semua merupakan warga Inggeris.



biografi


Katrina Kaif adalah artis india, namun lahir di hong kong. Kerjayanya di dunia entertainment bermula dari saat ia berusia 14 tahun. Katrina menjadi model sebuah perhiasan di london.

Perempuan kelahiran 16 juli 1984, pertama kali tampil di layar lebar saat bermain di film boom pada tahun 2003.

Demi menyokong kerjayanya di bollywood, katrina memilih untuk berpindah ke mumbai, india. Ia mula bermain di sejumlah filem. Di antaranya, sarkar (2005) dan maine pyaar kyun kiya (2005). Di filem terakhir ini, katrina mendapatkan penghargaan sebagai stardust breakthrough performance award (female).

Namun nama katrina melonjak saat ia mendapatkan peranan dalam filem box office namastey london pada tahun 2006. Selanjutnya ia terus mendapat banyak tawaran filem untuk mengasah bakat lakonannya. Apne, partner, welcome, race, hello, new york dan blue adalah beberapa filem yang telah dibintangi artis peraih iifa awards sebagai best female style icon pada tahun 2008.















Di Jepun Ada Hotel Khusus Untuk Orang Mati


Kami telah melihat hotel untuk anjing atau yang lainnya, namun yang satu ini agaknya sedikit lebih aneh, pernahkah anda mendengar ada hotel khas untuk mayat? Menurut laporan Reuters, kadar kematian di Jepun terus meningkat dengan rata - rata 23.000 orang lebih meninggal setiap tahun selama dekad terakhir. Perancangan izin untuk krematorium di Jepun Khabarnya Sukar, jadi hotel untuk mayat adalah jawapan praktikal untuk keperluan yang berkembang.























 

Gempa bumi di Borneo 6 Jun 2013, gegaran turut dirasai di Tawau Sabah


Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman web rasmi di pautan url http://www.met.gov.my melaporkan satu gempa bumi kategori “lemah” berukuran 4.9 pada skala Richter berlaku di Borneo pada 3.23 pagi ini

Menurut laporan itu lagi, insiden gempa bumi tersebut berpusat di 31km Barat Laut dari Tarakan, Indonesia dan 118km Barat Daya dari Tawau, Sabah

gempa bumi borneo gegaran rasa di tawau gempa bumi di borneo gegaran rasa di tawau 6 jun 2013

Dalam pada itu, menurut laporan yang disiarkan media, gegaran impak gempa bumi tersebut turut dirasai di sekitar Tawau

Mengulas lanjut tentang kenyataan yang dikeluarkan pihak terlibat sedang memantau perkembangan kejadian itu
Mengenai gegaran yang dirasai di Tawau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi yang melanda Borneo itu.

Menurut jurucakap JBPM Tawau, pihaknya menerima beberapa panggilan daripada orang awam sekitar pukul 3.30 pagi berhubung perkara itu dan setakat ini tiada sebarang kejadian yang melibatkan apa-apa kemusnahan. SUMBER

Bayi Lahir Dalam Ketuban Belum Pecah

Bayi

Athens – Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.
Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.
Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.
Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak.
Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.
Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.
Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.
Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yang biasa dirujuk sebagai ‘pecah ketuban.’ Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yang baru dilahirkan yang masih dalam ketuban 12 Mac lalu.
Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah.
Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali.
Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yang dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.
“Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: ‘Lihat ini. Ketika itu saya masih meneran dan dia meminta saya bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar,” kata Jessica.
Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven. – Daily Mail

Petua Merawat Rambut Gugur




Petua Merawat Rambut Gugur | JANGAN sangka usia masih muda, masalah rambut gugur tidak berlaku. Cuba kira kekerapan anda menyikat rambut dan jumlah helaian rambut yang gugur di lantai bilik mandi selepas membasuhnya.
Apa kaitan dua perkara ini kepada masalah berkenaan? Sebenarnya, kekerapan menyikat rambut boleh menyebabkan anda mengalami masalah keguguran rambut dengan lebih mudah. Melihat jumlah helaian rambut yang gugur selepas mencucinya pula cara paling mudah untuk mengenal pasti anda mengalami keguguran rambut.Selain itu, tabiat suka berkongsi sikat sesama ahli keluarga mahupun rakan juga mendedahkan anda kepada risiko ini kerana jangkitan bakteria mudah tersebar melalui cara ini.
Hal berkenaan diakui Ketua Perkhidmatan Perubatan dan Klinikal Himalaya di Bangalore, India, Dr Pralhad S Patki, yang menyatakan masalah berkenaan bermula daripada keadaan kulit kepala seseorang apabila ia tidak dijaga sebaiknya.
Masalah keguguran rambut yang serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selalu dikatakan hanya dialami mereka yang semakin meningkat usia iaitu ketika berumur 40 tahun ke atas.
Jadi disini Dr Fuh kongsikan beberapa petua untuk merawat rambut gugur disamping dapat melebatkan rambut yang jarang. Boleh cuba amalkan. In Shaa Allah usaha kita berkesan.
Petua Rambut Gugur 1
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.
Petua Rambut Gugur 2
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.
Petua Rambut Gugur 3
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Petua Rambut Gugur 4
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.
Petua Rambut Gugur 5
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya. SUMBER