Petua Merawat Rambut Gugur

on Thursday, June 6, 2013




Petua Merawat Rambut Gugur | JANGAN sangka usia masih muda, masalah rambut gugur tidak berlaku. Cuba kira kekerapan anda menyikat rambut dan jumlah helaian rambut yang gugur di lantai bilik mandi selepas membasuhnya.
Apa kaitan dua perkara ini kepada masalah berkenaan? Sebenarnya, kekerapan menyikat rambut boleh menyebabkan anda mengalami masalah keguguran rambut dengan lebih mudah. Melihat jumlah helaian rambut yang gugur selepas mencucinya pula cara paling mudah untuk mengenal pasti anda mengalami keguguran rambut.Selain itu, tabiat suka berkongsi sikat sesama ahli keluarga mahupun rakan juga mendedahkan anda kepada risiko ini kerana jangkitan bakteria mudah tersebar melalui cara ini.
Hal berkenaan diakui Ketua Perkhidmatan Perubatan dan Klinikal Himalaya di Bangalore, India, Dr Pralhad S Patki, yang menyatakan masalah berkenaan bermula daripada keadaan kulit kepala seseorang apabila ia tidak dijaga sebaiknya.
Masalah keguguran rambut yang serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selalu dikatakan hanya dialami mereka yang semakin meningkat usia iaitu ketika berumur 40 tahun ke atas.
Jadi disini Dr Fuh kongsikan beberapa petua untuk merawat rambut gugur disamping dapat melebatkan rambut yang jarang. Boleh cuba amalkan. In Shaa Allah usaha kita berkesan.
Petua Rambut Gugur 1
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.
Petua Rambut Gugur 2
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.
Petua Rambut Gugur 3
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Petua Rambut Gugur 4
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.
Petua Rambut Gugur 5
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya. SUMBER

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment