Hanny Anak Julie Dahlan Nikah Adik Hattan

on Saturday, June 29, 2013


Tahniah diucapkan kepada keluarga Julie Dahlan dan Datuk Hattan yang melangsungkan majlis pernikahan Hanny dan Shamsul Akmar tidak lama lagi. Kami para peminat industri hiburan mendoakan pasangan pengantin Hanny dan Shamsul Akhmar akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Pelakon drama bersiri Roda-Roda KL iaitu Hanny mengakui mengambil masa hampir enam bulan sebelum menerima cinta bakal suaminya iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33 tahun, sebagai bakal suami.
Hanny atau nama sebenarnya (Gambar) Hani Nur Zara Harmi, 31 tahun, berkata, jangka masa itu diambil kerana tidak mahu terburu-buru menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya ekoran kegagalan dalam hubungan sebelum ini.
"Apabila Shamsul menyatakan hasratnya saya tidak terus bersetuju kerana tidak yakin dapat membina sebuah hubungan baru selepas putus tunang pada tahun 2011.
"Tetapi berkat kesabaran dan kesungguhannya untuk berkawan dengan saya, saya telah terbuka hati untuk menerimanya," jelasnya.

Keluarga Julie Dahlan Bersatu Keluarga Datuk Hattan

Hanny yang merupakan anak kepada pelakon Julie Dahlan dan Shamsul, adik bongsu penyanyi Datuk Hattan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu (hari ini) di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur
Majlis akad nikah pasangan ini akan berlangsung pada pukul 10 pagi.
Majlis resepsi mereka akan diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai depan.
Dalam perkembangan sama, Hanny berkata, dia tertarik dengan Shamsul kerana sifat lelaki itu yang baik hati, romantik dan penyayang.Dia juga terharu dengan kesungguhan Shamsul memikat hatinya sebelum ini yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri.
"Sebenarnya saya sudah lama mengenali Shamsul sebagai seorang kawan dan sangat selesa dengannya. Selain itu ciri-ciri yang saya mahukan daripada seorang lelaki ada padanya dan beberapa perkara lain yang membuatkan kami serasi bersama," jelasnya.
Malah ibunya, Julie Dahlan juga turut menyenangi dan merestui hubungan tersebut dan menjadi insan paling gembira apabila mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Dalam pada itu, Hanny berkata, persiapan majlis resepsi perkahwinannya telah pun siap dan dia memilih untuk mengadakan majlis berkenaan berkonsepkan tradisional.
Tambah Hanny, dia juga bersyukur mendapat beberapa tajaan seperti daripada Sabbiq R Hanis untuk baju pengantin dan Touch Gallery yang menyediakan pelamin.
"Saya sebenarnya tidak mempunyai konsep tertentu untuk majlis itu nanti namun tertarik dengan tema tradisional dan akan memakai persalinan dari kain songket pada hari persandingan nanti," katanya.

Hanny Tidak Berhenti Berlakon Selepas Kahwin

Dalam perkembangan lain, Hanny berkata, selepas berkahwin dia akan meneruskan aktiviti lakonan seperti biasa namun akan lebih memilih terhadap watak yang diberikan sesuai dengan statusnya sebagai isteri orang.
Selain itu katanya, dia juga akan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja belakang tabir untuk menerbitkan drama terbaharu.Dia juga baru sahaja menyelesaikan dua projek iaitu drama PA I Love You untuk TVi dan Cinta Putri Salju (Astro Prima)."Saya tidak akan berhenti berlakon tetapi akan lebih memilih watak yang diberikan sesuai dengan status saya sebagai seorang isteri. Selain itu saya turut memberikan tumpuan kepada kerja-kerja penerbitan drama di bawah syarikat ibu saya," jelasnya.

sumber : http://www.mohdrohaizad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment