
Lelaki itu, Otto Dieffenbach yang merupakan seorang pereka bersama seorang rakan perniagaannya Ed Hanley telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menghasilkan pesawat kawalan radio jarak jauh berbentuk manusia.

Syarikat tersebut menghasilkan pesawat berbentuk manusia, karakter dan objek untuk digunakan bagi tujuan komersial serta promosi.

Dieffenbach melakukan satu ujian penerbangan di satu kawasan di San Diego kelmarin. Antara karakter adiwira yang ada ialah Superman, Iron Man dan Ms. Emerson.

Pesawat kawalan radio yang dicipta Dieffenbach hanya menggunakan bateri yang diletakkan pada bahagian kepala karakter tersebut.


Semua karakter adiwira itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan seorang manusia dewasa.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment