Muhammad Adam Mukhriz Kamarudin yang baru berusia 18 hari menjalani dua prosedur pembedahan semalam di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) di sini, dengan kos RM50,000.
Menurut Jamaliah Sulaiman, 36, anaknya mengalami tiga masalah di bahagian jantung iaitu jantung terbalik, jantung berlubang dan saluran darah ke jantung yang sempit.
“Doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan Adam Mukhriz lemah dan mengidap komplikasi jangkitan.
JAMALIAH di sisi anaknya yang menghidap tiga masalah jantung.
“Pembedahan pada jam 12 tengah hari ini (semalam) mungkin mengambil masa enam jam kerana dua prosedur pembedahan dilakukan serentak bagi membetulkan kembali jantungnya yang bermasalah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Barulahirdah2kalibedah/Article
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment