Topi Keledar Kelapa Lebih Kukuh

on Saturday, June 29, 2013


Topi keledar yang diubah suai menggunakan tempurung sedia untuk dijual di Purwokerto, Jawa Tengah. - AGENSI

PURWOKERTO, Jawa Tengah - Seorang belia di sini menemukan cara untuk menghasilkan topi keledar yang lebih kuat berbanding produk sama di pasaran.

Pemuda tersebut, Kartam, 30, yang dibantu sekumpulan belia, hanya menggunakan serpihan tempurung kelapa untuk ditampal pada bahagian luar topi keledar lama.

Kartam berkata, proses menghasilkan topi keledar itu melibatkan penggunaan bahan kayu, cat dan serpihan tempurung kelapa yang halus.

"Tempoh menghasilkan sebuah topi keledar mengambil masa dua hari dan memberi pulangan sehingga 300,000 rupiah (RM96.00) sebuah.

"Topi keledar yang telah diubahsuai ini lebih kuat berbanding produk keluaran tempatan," jelasnya kepada detik.com.

Hasil kreativiti Kartam itu mendapat sambutan meluas sehingga di wilayah Jakarta, Bandung, Kudus, Bali dan beberapa daerah lain di Jawa Tengah.

Selain memperbaiki dan menghasilkan topi keledar yang diperbuat daripada kelapa, Kartam turut menghasilkan meja, gelas, kotak pensil, kotak tisu dan beberapa produk lain daripada bahan yang sama dan dijual pada harga antara 5,000 rupiah (RM1.60) sehingga sejuta rupiah (RM320).

Kartam kini giat mempromosikan produknya melalui pameran dan mengedar risalah di beberapa bandar tumpuan.

sumber ; http://www.relevansokmo.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment