Perompak Pakai Pistol Mainan Teruk Kena Belasah

on Saturday, June 29, 2013


Seorang lelaki yang cuba untuk merompak sebuah keluarga di Kampung Tupong Ulu di sini semalam dengan menggunakan pistol mainan bukan saja gagal malah suspek turut menjadi mangsa belasah penghuni rumah berkenaan.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, suspek yang dipercayai penagih dadah hanya sempat mencuri sepasang kasut sukan milik penghuni rumah terbabit.
Cerita penghuni rumah yang cuba dirompak, Tasmin Mulana Sarkawi, 32, sebelum kejadian dia berada di dapur sebelum ternampak kelibat seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya.
Suspek masuk ke dalam rumah Tasmin melalui pintu depan kerana pintu jeriji rumah kampung milik mangsa tidak dikunci.
“Saya tidak panik lalu menegur lelaki itu mengapa dia menceroboh masuk rumah saya. Tanpa jawapan suspek terus mencapai sepasang kasut sukan saya yang diletakkan di depan rumah dan melarikan diri,” kata Tasmin ketika ditemui di rumahnya semalam.
Tasmin memberitahu, dia terus mengejar lelaki itu sebelum suspek jatuh tersungkur menyebabkan dia membelasah suspek terbabit.
“Saya tumbuk muka suspek dan ketika itu suspek bertindak agresif dengan cuba melawan balik,” kata Tasmin. sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment