Julie Menangis Hani Nikah

on Saturday, June 29, 2013



Aktres dan produser dari JD Productions yang terkenal, Julie Dhalan, 60, menangis terisak-isak menjelang hari pernikahan anak bongsunya pelakon siri, Roda-Roda KL, Siti Hani Nur Zara Harmi, hari ini (29 Jun).

Hani, 32, dijadualkan bernikah dengan Shamsul Akmar Shahabuddin, 33, (adik penyanyi popular, Hattan) di sebuah masjid di Kuala Lumpur jam 10 pagi ini. Menurut Julie, ketika dua lagi anaknya, Linda dan Hairi bernikah dulu, sempat dia uruskan segala persiapan.
"Tapi untuk majlis nikah Hani, saya tak dapat uruskan sebab sakit.

"Kesian Hani... Dia sibuk kerja siang malam shooting drama dan yang mana sempat dia buatlah persiapan majlis nikah," cerita Julie terisak-isak menangis.

Menurut Julie lagi, tiga bulan lalu dia dimasukkan ke Hospital Prince Court di Kuala Lumpur kerana diserang sakit buah pinggang jam 4 pagi.

Selama 15 hari dia dirawat di wad. Julie ucapkan terima kasih kepada hamba Allah yang tolong bayarkan bil hospitalnya beribu RM.
"Saya masih lagi dalam rawatan buah pinggang di sebuah pusat dialisis dan leher saya dipasang tiub.

"Mata pula dah rabun. Ke mana pergi kena ada anak-anak tolong pimpin.
"Di rumah, sebelum Hani pergi kerja, dia siap masakkan untuk saya dulu. Kalau orang yang saya tak perasan..., minta maaflah.

“Nanti lepas pulih sakit buah pinggang ni barulah nak bedah mata pula.
"Saya juga dah 10 tahun hidap kencing manis tapi alhamdulillah masih terkawal. Darah tinggi pun ada."

Julie juga ucapkan terima kasih kepada keluarga Shamsul Akmar yang menguruskan persiapan majlis persandingan di Kampung Baru, Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai nanti.

Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah sembuhkan penyakit Julie dan seluruh umat Islam dengan segera. Sesungguhnya penyakit itu menggugurkan dosa kita

sumber : http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment