Jambatan Runtuh: ‘Ayah Janji Nak Beli Aiskrim’

on Saturday, June 8, 2013

Jambatan Runtuh: 'Ayah Janji Nak Beli Aiskrim'

GEORGETOWN – ‘Ayah janji nak belikan aiskrim’, demikian menurut anak mangsa runtuhan penyambung susur jalan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Nur Aina Shazwani Tajuddin, 11 ditemui ketika berada di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Ayah saya telefon dan kata hendak belikan aiskrim kalau dia balik, tapi dia tak balik-balik,” katanya.
Selain Nur Aina Shazwani, mangsa, Tajuddin Zainal Abidin turut meninggalkan anak bongsunya, Nur Ain Maisara, 7 serta isteri Sharifah Ramli.
Sementara itu salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali dengan nama Boy mula berasa tidak sedap hati setelah nombor pendaftaran kenderaan mangsa didedahkan pihak polis.
Boy yang bekerja sebagai kontraktor penyelenggaraan di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) turut terlibat dengan kerja pembersihan runtuhan.
Menurutnya, beliau mula berasa tidak sedap hati setelah hampir 24 jam kerja pembersihan dilakukan.
Lebih meragukan apabila polis mula mendedahkan kereta yang terlibat adalah Kelisa dengan nombor pendaftaran PKR 347, sementara angka 0 tiada.
“Saya mula rasa lain macam kerana memang nombor kereta Abang Ti (gelaran mangsa dalam keluarga) sudah lama tidak ada angka 0,” katanya. – Sinar Harian

Foto nikah Beego dan Linda Hashim 7 June 2013


Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, Jumaat malam.


Pasangan ini, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, turut disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam
Mengenai majlis pernikahan itu, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
foto nikah beego dan linda hashim 1 gambar kahwin beego dan linda hashim 7 6 2013

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.

Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Sabtu malam. SUMBER

foto nikah beego dan linda hashim 2 gambar kahwin beego dan linda hashim 7 6 2013

foto nikah beego linda hashim gambar kahwin beego dan linda hashim 7 6 2013

Runtuhan Jambatan: Mangsa Terperangkap Dikenali Tajudin Zainal Abidin

Runtuhan Jambatan: Mangsa Terperangkap Dikenali Tajudin Zainal Abidin


GEORGETOWN: Identiti mayat seorang lelaki yang terperangkap di dalam runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, dikenal pasti sebagai Tajudin Zainal Abidin, 45.
Mangsa yang berasal dari Kampung Permatang Damar Laut, di sini, dipercayai masih bujang itu adalah bekas anggota polis.
Polis sebelum itu menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertunduk di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di bawah runtuhan itu.
Setakat ini, usaha untuk mengeluarkan mangsa masih diteruskan pasukan penyelamat dan operasi sudah memakan masa hampir 24 jam. – BERITA HARIAN

Gambar Kahwin Zahid AF Dan Sarah Julifa Yusof 7 Jun 2013


Gambar Kahwin Zahid AF Dan Sarah Julifa Yusof pada 7 Jun 2013. Tahniah diucapkan Zahid yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dan menjadi suami kepada Sarah dengan hanya sekali lafaz.  Pasangan ini telah selamat dinikahkan di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang, dengan mas kahwin berjumlah RM 101. Majlis resepsi akan diadakan pada 8 Jun manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak.

Gambar Kahwin Zahid AF Dan Sarah

Gambar Perkahwinan Zahid AF2 Dengan Sarah Gambar Perkahwinan Zahid AF2 Dengan Sarah1 Gambar Perkahwinan Zahid AF2 Dengan Sarah2
zahid-sarah-kahwin1
Gambar-Majlis-Pernikahan-Za
Gambar-Majlis-Pernikahan-Za
Gambar-Majlis-Pernikahan-Za
Gambar Terkini Perkahwinan Zahid AF2 & Sarah Julifa (1)


SUMBER


Gambar Mayat Mangsa Jambatan Runtuh Pulau Pinang Dikeluarkan


Terkini gambar mayat mangsa jambatan runtuh Pulau Pinang berjaya dikeluarkan. Mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.40 malam tadi (7 Jun 2013). Mayat mangsa berjaya dibawa keluar dengan usaha keras Polis dan juga pihak Bomba.

mayat

Nota Penting: Untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa, foto mayat dikaburkan. Salam Takziah kami ucapkan
Berdasarkan daripada pakaian dan pengecaman awal keluarga, mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin yang berasal dari Permatang Damar Laut dan berusia 45 tahun. SUMBER

Lagi Foto

mayat mangsa runtuh

mayat mangsa runtuh

Berita Terkini Jambatan Kedua Runtuh Pulau Pinang

on Friday, June 7, 2013


Berita Terkini Jambatan Kedua Runtuh Di Pulau Pinang. Sehingga kini proses penyiasatan masih lagi dijalankan untuk kenalpasti bagaimana struktur binaan tersebut boleh runtuh. Untuk laporan awal, empat orang mangsa dipercayai tertimbus dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang malam tadi. Jurucakap polis berkata, runtuhan itu juga mengakibatkan laluan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu itu ditutup untuk semua kenderaan.

gambar jambatan runtuh

Menurutnya, sebuah kenderaan dihempap runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan keempat-empat mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut meninggal dunia. Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian dan jika jawatankuasa itu dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh kurang dari sebulan, ia tidak akan menjejaskan tempoh siap jambatan berkenaan. sumber


(UPDATE) Imej Kamera Temui Mangsa Tetapi Tidak Ada Respons

Mangsa Runtuhan Mungkin Akan Dibawa Keluar Selewat-lewatnya Petang Ini

GEORGETOWN – Pasukan mencari dan menyelamat dijangka dapat mengeluar mangsa di dalam sebuah kereta yang terperangkap dalam kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung selewat-lewatnya petang ini.
Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan itu sedang menunggu jentera pemotong untuk memotong besi penyambung yang runtuh itu bagi membolehkan mangsa dibawa keluar.
Katanya runtuhan tanjakan konkrit dan besi itu terpaksa dipotong lebih kecil bagi memudahkan kerja mengalihkannya dibuat.
“Seramai 350 anggota dan pengawai yang terdiri daripada polis, bomba,Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan besi seberat beratus-ratus tan itu.
“Jurutera yang bertugas memaklumkan mangsa yang terperangkap mungkin boleh dikeluarkan tengah hari ini atau selewat-lewatnya petang ini selepas bantuan jentera pemotong tiba,” katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata setakat ini sekurang-kurangnya seorang mangsa di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa warna hijau terperangkap di dalam runtuhan berkenaan.
Beliau berkata menerusi kamera khas yang digunakan bomba mendapati terdapat seorang mangsa di bawah timbunan berkenaan, bagaimanapun identiti dan jantina mangsa belum dapat dikenal pasti kerana hanya beberapa bahagian badannya sahaja yang kelihatan.
“Mangsa juga tidak memberi sebarang respons dan bila dipanggil mangsa tidak menyahut. Saya percaya beliau berada dalam keadaan kritikal berdasarkan fizikalnya,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga sejak semalam supaya membuat laporan polis kerana maklumat yang diperoleh setakat ini berbeza-beza.
“Ada yang kata beberapa buah kereta dan motosikal terperangkap di dalam runtuhan itu, jadi saya minta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya membuat laporan polis.
“Setakat ini kita cuma nampak sebuah kereta dan kita juga gagal untuk kenal pasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan berikutan ia telah pecah. Kita hanya nampak nombor (pendaftaran) 437 sahaja,” katanya.
Abdul Rahim berkata operasi mencari dan menyelamat sejak 12 jam lepas itu  berdepan beberapa kesukaran berikutan perlu menggunakan beberapa jentera termasuk kren seberat 300 tan.
“Pelbagai usaha sedang dijalankan oleh semua pihak dan kita mendapat kerjasama yang baik daripada syarikat kontraktor termasuk beberapa syarikat lain bagi membantu melancarkan kerja operasi ini,” katanya. – BERNAMA