Home
> Jambatan Runtuh: ‘Ayah Janji Nak Beli Aiskrim’
Jambatan Runtuh: ‘Ayah Janji Nak Beli Aiskrim’
Posted byTerbaikLaHon
Saturday, June 8, 2013at9:18 AM
GEORGETOWN – ‘Ayah janji nak belikan aiskrim’, demikian menurut anak mangsa runtuhan penyambung susur jalan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Nur Aina Shazwani Tajuddin, 11 ditemui ketika berada di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Ayah saya telefon dan kata hendak belikan aiskrim kalau dia balik, tapi dia tak balik-balik,” katanya.
Selain Nur Aina Shazwani, mangsa, Tajuddin Zainal Abidin turut meninggalkan anak bongsunya, Nur Ain Maisara, 7 serta isteri Sharifah Ramli.
Sementara itu salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali dengan nama Boy mula berasa tidak sedap hati setelah nombor pendaftaran kenderaan mangsa didedahkan pihak polis.
Boy yang bekerja sebagai kontraktor penyelenggaraan di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) turut terlibat dengan kerja pembersihan runtuhan.
Menurutnya, beliau mula berasa tidak sedap hati setelah hampir 24 jam kerja pembersihan dilakukan.
Lebih meragukan apabila polis mula mendedahkan kereta yang terlibat adalah Kelisa dengan nombor pendaftaran PKR 347, sementara angka 0 tiada.
“Saya mula rasa lain macam kerana memang nombor kereta Abang Ti (gelaran mangsa dalam keluarga) sudah lama tidak ada angka 0,” katanya. – Sinar Harian
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment