Tonton Filem Bikers Kental Online
Home > All posts
Tonton Bikers Kental Full Movie
Posted by TerbaikLaH on Saturday, June 15, 2013 at 9:19 AM
Tonton Filem Bikers Kental Online
Dua Maut Kereta Rempuh Treler Di Lebuh Raya Karak
Posted by TerbaikLaH at 9:17 AM
Dua lelaki maut dan tiga parah termasuk seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan selepas sebuah kereta Proton Wira hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 30.3, Lebuh raya Karak, menghala ibu negara, awal pagi tadi.Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa, K Rajkumaran, 32 dan Salim Burhanuddin, 57, warga Myanmar yang memegang kad pelarian UNCHR meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, tiga penumpang kereta terbabit cedera parah termasuk isteri dan anak Salim dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang.Menurutnya, ketika kejadian mangsa dipercayai datang dari Kelantan dan dalam perjalanan pulang ke rumah di ibu negara selepas selesai urusan kerja.
“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu rakan Rajkumaran hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah treler.“Akibat rempuhan Rajkumaran yang berada di bahagian penumpang hadapan manakala Salim berada di bahagian belakang maut di tempat kejadian,” katanya.
Rahim berkata, tiga lagi mangsa termasuk bayi lelaki berusia tujuh bulan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang.“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Petani Ditahan Simpan Makhluk Asing
Posted by TerbaikLaH at 9:14 AM

BEIJING – Seorang petani ditahan selepas beliau dengan bangganya memaparkan foto makhluk asing di internet dan mendakwa menangkap makhluk tersebut.
Beliau ditahan polis selama lima hari kerana menyebarkan gambar palsu dan menganggu orang awam.
Pada mulanya, petani itu menceritakan cara beliau menangkap makhluk asing menerusi laman web.
Kemudian, Li memuat naik gambar makhluk asing yang usdah mati itu di dalam peti sejuk menyebabkan ramai pengguna internet mempersoalan kebenaran gambar tersebut.
Pada masa itu, Li menegaskan yang ceritanya benar. – Sinar Harian Online
Video: Ikan Duyung Realiti Ditemui Di Israel?
Posted by TerbaikLaH at 9:13 AM

Video yang telah disiarkan menerusi saluran Animal Planet ini menjadi perbualan hangat apabila dikatakan ternampak satu objek seperti ikan duyung yang kelihatan pada pertengahan video tersebut.Kejadian dikatakan berlaku di Kiryat Yam, Israel dan menurut penduduk di situ ikan duyung itu cuma akan memunculkan dirinya pada waktu petang sahaja.Adakah anda mempercayai kewujudan ikan duyung iaitu makhluk separa ikan dan separa manusia itu atau pun ianya memang merupakan sebuah dongeng dan mitos semata-mata? Sumber rujukan: akustressgiler
Bola Golf Dalam Kemaluan Isteri Akibat Tindakan Suami
Posted by TerbaikLaH on Friday, June 14, 2013 at 6:01 PM
SUBANG JAYA – Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.
Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya.
Kejadian malang itu berlaku apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.
Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur.
Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.
Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.
Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital, katanya.
Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.
Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya, katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu.
Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Sumber: Terengganu today
Ribut Pulau Pinang: Dua maut, lapan cedera parah
Posted by TerbaikLaH at 5:28 PM
Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.
Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian barat daya.
Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan, katanya.
Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO jatuh.
Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap pemancar tersebut selain sebatang paip bawah tanah di jalan berkenaan juga pecah.
Hentakan tiang pemancar ke atas jalan raya turut menyebabkan terbentuk sebuah kawah air kecil.
Abdul Rahim dalam pada itu menambah, pihaknya meminta orang ramai agar tidak bimbang dan panik dengan kejadian berkenaan dan polis telah mengerahkan semua anggota termasuk di daerah-daerah untuk turun padang bagi memantau perkembangan kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 6.55 petang mengenai kejadian di Jalan Macalister.
Apabila tiba, sebuah pemancar telekomunikasi dilihat telah jatuh di atas jalan raya dan menghempap tujuh buah kereta serta sebuah lori. Kita sedang melakukan pembersihan dan punca kejadian dipercayai akibat angin kuat,” ujarnya. SUMBER
Gambar Fiza Elite Kini Cantik Bertudung
Posted by TerbaikLaH at 5:27 PM
Memang betullah wanita kalau bertudung memang akan lebih terserlah kecantikannya. Admin tengok memang Fiza Elite lebih cantik bertudung berbanding ketika zaman seksi meksinya dulu. Jutaan tahniah kepada Fiza atas perubahan ini. Alhamdulillah.
Manis kan? Memang sejuk hati memandang wajah Fiza Elite. Semoga Fiza akan terus kekal bertudung. Admin suka style tudung Fiza yang sempoi dan tidak melampau-lampau. Diharap style sebegini pun dapat dikekalkan. Admin tertarik membaca pengumuman Fiza Elite mengenai penghijrahannya di Instagram.
Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia.Tahniah sekali lagi buat Fiza. SUMBER

















