Dua Maut Kereta Rempuh Treler Di Lebuh Raya Karak

on Saturday, June 15, 2013

Dua lelaki maut dan tiga parah termasuk seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan selepas sebuah kereta Proton Wira hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 30.3, Lebuh raya Karak, menghala ibu negara, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa, K Rajkumaran, 32 dan Salim Burhanuddin, 57, warga Myanmar yang memegang kad pelarian UNCHR meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, tiga penumpang kereta terbabit cedera parah termasuk isteri dan anak Salim dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa dipercayai datang dari Kelantan dan dalam perjalanan pulang ke rumah di ibu negara selepas selesai urusan kerja.
“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu rakan Rajkumaran hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah treler.
“Akibat rempuhan Rajkumaran yang berada di bahagian penumpang hadapan manakala Salim berada di bahagian belakang maut di tempat kejadian,” katanya.
Rahim berkata, tiga lagi mangsa termasuk bayi lelaki berusia tujuh bulan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Polis sudah merakam percakapan pemandu treler berkenaan dan dalam proses untuk mengambil keterangan pemandu kereta Proton Wira. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment