GAMBAR, 3 Pelajar Universiti Maut Jam 5 Pagi, Kereta Langgar Pembahagi Jalan

on Sunday, June 16, 2013

3 Pelajar Universiti Maut Jam 5 Pagi, Kereta Langgar Pembahagi Jalan | Tiga orang pelajar disebuah universiti tempatan maut pagi tadi dalam satu kemalangan di Lebuhraya Persekutuan sebelum Plaza Tol Batu Tiga.

3 Pelajar Universiti Maut Jam 5 Pagi, Kereta Langgar Pembahagi Jalan

Dalam kejadian itu, Perodua Viva yang dinaiki penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kesemuanya berusia 18 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Mangsa masing-masing dua lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian manakala penumpang wanita yang cedera di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mayat dihantar ke Rumah Mayat HTAR untuk diuruskan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk pengebumian manakala mangsa yang cedera ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut. SUMBER

UAI sifatkan petisyen BN di Kelantan kelakar


Penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kenyataannya bahawa ‘haram menjatuhkan kerajaan Islam’ yang dijadikan bahan kempen di Kelantan bukan kenyataan peribadi malah ianya sebahagian daripada ajaran Islam.
Katanya, tindakan BN mengemukakan petisyen dengan mengaitkan kenyataannya itu sebagai punca kekalahan mereka di Kelantan adalah tindakan ‘kelakar’.
“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (bahawa) haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh,” katanya dipetik Sinar Harian.
Jawapan itu sebagai mengulas tindakan BN Kelantan yang memfaikan petisyen yang mengaitkan kenyataannya itu yang diguna semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 di Kelantan baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Azhar juga dipetik berkata, kenyataannya itu dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.
“Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu.
“(Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya. SUMBER

Hangat, Gadis Misteri Mengaku Di Tangkap Khalwat Bersama Artis

Hangat, Gadis Misteri Mengaku Di Tangkap Khalwat Bersama Artis | Menerusi rancangan Melodi, tengahari tadi telah melaporkan dan menemubual seorang gadis misteri yang mengaku dirinya telah ditangkap khalwat bersama seorang artis lelaki baru-baru ini. Bagaimanapun melalui sidang akhbar sebelum ini, artis lelaki itu mendakwa dirinya diperangkap dan cuba memberitahu yang beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Hangat, Gadis Misteri Mengaku Di Tangkap Khalwat Bersama Artis

Gadis tersebut yang dirahsiakan namanya dikatakan kesal dan kecewa dengan sikap artis lelaki tersebut mendakwa diperangkap sebaliknya mendedahkan artis lelaki itu sememangnya mempunyai hubungan dan kerap mengunjunginya.

Dalam pada itu, gadis misteri itu juga mendakwa tunang artis lelaki tersebut ada berjumpa dengannya bertanyakan hal kes mereka sewaktu beliau berada dikampung dan pertemuan itu dikatakan berjalan dengan baik.

Selain itu beliau juga akan terus mendedahkan belang sebenar artis lelaki yang didakwa cuba berselindung itu dan beliau juga nekad untuk tidak kembali lagi kepada artis lelaki tersebut.

Apapun, itulah antara cebisan temubual gadis misteri itu bersama Melodi. Bagi yang mengikuti rancangan Melodi tadi pasti dapat meneka siapakah sebenarnya artis lelaki yang dimaksudkan. Memang akan menjadi panas isu ini....... SUMBER


Hantu Kapcai Menang Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012



Filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar membawa tuah buat pengarahnya apabila dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012.
Kemenangan itu membolehkan Hantu Kapcai terbitan Showbiz Sdn Bhd membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.
Hantu Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).
Sementara itu pengarah Dharma Harun Al-Rashid turut membuat kejutan apabila memenangi bagi kategori Direktor Baru Terhebat menerusi filem Adik Manja Returns.
Hadiah bagi anugerah PFM(Persatuan Filem Malaysia) yang diraih oleh penerbit David Teo dan Astro First Terhebat (Ombak Rindu) di sampaikan oleh presiden PFM iaitu Datuk Yusof Haslam dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Anugerah Blockbuster 2012 merupakan penganjuran buat kali kedua bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Antara filem-filem yang bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.
Acara itu telah berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Baru), Johor pukul 9.00 malam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2012:
1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat : Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja Returns)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat : Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat : Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Aku Ada Kau Ada?
8. Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin (3 Temujanji)
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Sofi Jikan ( Jalan Kembali Bohsia 2)
11.Anugerah Lagu Tema Terhebat : Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)
12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Azura)
14.Anugerah PFM : David Teo
15.Anugerah Astro First Terhebat : Ombak Rindu

Gambar Nor Azfar Penyelia Felda Mati Dibunuh Di Lahad Datu


Warga Emas DitemMIS ANJUR PERSIDANGAN BAGI MANTAPKAN FUNGSI SURAU DAN MASJID ui Mati Di Lantai Dapur

Gambar mayat Mohd Nor Azfar Noh seorang penyelia Felda mati dibunuh di Felda Sahabat Lahad Datu. Keadaan mayat ketika ditemui agak mengerikan dengan kepala hampir hancur dan kesan tikaman dibadan. Kepala pecah berpunca akibat dilanggar menggunakan pancuan empat roda selepas mangsa dibunuh. Untuk maklumat terkini, mangsa yang berusia 27 tahun itu dikatakan baru bekerja di Felda Sahabat lebih kurang dari setahun dan berasal dari tanah semenanjung iaitu Johor Bahru.
gambar penyelia ladang felda dibunuh


Punca kematian masih dalam siasatan dan kemungkinan motif dendam merupakan faktor kepada pembunuhan kejam tersebut. Difahamkan, penemuan mayat tersebut menggemparkan penduduk Felda apabila mangsa ditemui terbaring diatas jalan raya dengan keadaan yang mengerikan pada pukul 5.15 pagi 15 Jun 2013. SUMBER

Kenapa Pemain Real Madrid Ini Memeluk Islam?


Julien-Faubert
Pemain bola sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan bekas pemain tengah Real Madrid mendedahkan alasan di sebalik keputusannya memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.
Julien-Faubert
Dia berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan moral sebahagian besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal di bandar Le Havre. Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatkannya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kehidupan peribadi mereka.
Pemain yang berkahwin dengan wanita Islam yang berasal dari Algeria itu dalam wawancara dengan surat khabar Perancis “L’Equipe” berkata, “Saya akhirnya mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya itu yang menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang mendorong saya untuk mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika yang sangat tinggi dan juga nilai-nilai toleransi. ”
Faubert menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan yang sangat penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang berbangsa Algeria yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap pengayaan maklumat mengenai agama Islam. SUMBER


[VIDEO] Bekas Minuman Nabi Muhammad S.A.W Dibawa Pulang Kembali Ke Chechnya



Subhanallah.. Lihatlah bertapa sanjungnya penduduk-penduduk Arab terhadap Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Beratus-ratus bijik kereta Polis dan pengiring serta beribu-ribu rakyat mengiringi “Bekas Minuman” Rasulullah untuk tatapan umum.
Bertapa sanjungnya mereka terhadap Nabi Muhammad S.A.W sehingga menitiskan air mata apabila dapat menyentuh bekas minuman milik Rasulullah.
Presiden Republik Chechnya, Ramazan Kadirov  telah memindahkan bekas minuman yang dikatakan pernah digunakan oleh Nabi SAW dari London ke Chechnya.
Usia bekas minuman tersebut dikatakan sudah menjangkau 14 kurun yang menguatkan lagi dakwaan ini. Kadirov telah berusaha sedaya upaya memindahkan bekas minuman tersebut ke negaranya
Setibanya di lapangan terbang Grozny, ia telah disambut dengan meriah dan kemudian dibawa pula ke Masjid Besar Grozny dalam konvoi besar dengan diringi kereta-kereta mewah.
Presiden Ramazan Kadirov telah diringi oleh Haji Ahmad Kadirov pengerusi Majlis Ulama Chechnya dalam upacara yang diadakan secara penuh meriah itu.
Turut dibawa ialah dua helai karpet yang pernah menutup makam Nabi SAW dalam tempoh yang agak lama. Menurut Kadirov.
Sejarah bekas minuman berkenaan asalnya berada dalam simpanan salah seorang keturunan Nabi SAW sehinggalah akhirnya setelah melalui tempoh yang panjang ia tersimpan di London.
Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda :

“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

 “Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
Presiden Republik Chechnya, Ramazan Kadirov memuliakan bekas minuman itu sebagai memuliakan kedudukan Nabi SAW yang pernah menggunakannya. Ia juga disebut sebagai tabarruk (mengambil keberkatan) dengan kesan peninggalan Nabi SAW. Apatah lagi amat banyak dalil sahih yang mengharuskannya, sama ada di dalam Sahih al-Bukhari dan lain-lainnya.

Keterangannya adalah seperti berikut:

Ummu Salamah menyimpan beberapa helai rambut Nabi SAW yang berwarna kemerah-merahan di dalam sebuah bekas seperti genta. Apabila terdapat orang yang sakit, maka mereka bertabarruk dengan rambut tersebut, memohon kesembuhan dengan keberkatannya. Dengan merendam sehelai dari rambut tersebut ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air, maka orang yang sakit tersebut akan meminum air dari rendaman rambut tersebut. Dengan keberkatan rambut Nabi SAW, maka mereka disembuhkan oleh Allah daripada penyakit yang dihidapi.
 (Al-‘Aini; ‘Umdah al Qari, Syarh Sohih al Bukhari, 22:49)