Subhanallah.. Lihatlah bertapa sanjungnya penduduk-penduduk Arab terhadap Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Beratus-ratus bijik kereta Polis dan pengiring serta beribu-ribu rakyat mengiringi “Bekas Minuman” Rasulullah untuk tatapan umum.
Bertapa sanjungnya mereka terhadap Nabi Muhammad S.A.W sehingga menitiskan air mata apabila dapat menyentuh bekas minuman milik Rasulullah.
Presiden Republik Chechnya, Ramazan Kadirov telah memindahkan bekas minuman yang dikatakan pernah digunakan oleh Nabi SAW dari London ke Chechnya.
Usia bekas minuman tersebut dikatakan sudah menjangkau 14 kurun yang menguatkan lagi dakwaan ini. Kadirov telah berusaha sedaya upaya memindahkan bekas minuman tersebut ke negaranya
Setibanya di lapangan terbang Grozny, ia telah disambut dengan meriah dan kemudian dibawa pula ke Masjid Besar Grozny dalam konvoi besar dengan diringi kereta-kereta mewah.
Presiden Ramazan Kadirov telah diringi oleh Haji Ahmad Kadirov pengerusi Majlis Ulama Chechnya dalam upacara yang diadakan secara penuh meriah itu.
Turut dibawa ialah dua helai karpet yang pernah menutup makam Nabi SAW dalam tempoh yang agak lama. Menurut Kadirov.
Sejarah bekas minuman berkenaan asalnya berada dalam simpanan salah seorang keturunan Nabi SAW sehinggalah akhirnya setelah melalui tempoh yang panjang ia tersimpan di London.
Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
“Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
Presiden Republik Chechnya, Ramazan Kadirov memuliakan bekas minuman itu sebagai memuliakan kedudukan Nabi SAW yang pernah menggunakannya. Ia juga disebut sebagai tabarruk (mengambil keberkatan) dengan kesan peninggalan Nabi SAW. Apatah lagi amat banyak dalil sahih yang mengharuskannya, sama ada di dalam Sahih al-Bukhari dan lain-lainnya.
Keterangannya adalah seperti berikut:
Ummu Salamah menyimpan beberapa helai rambut Nabi SAW yang berwarna kemerah-merahan di dalam sebuah bekas seperti genta. Apabila terdapat orang yang sakit, maka mereka bertabarruk dengan rambut tersebut, memohon kesembuhan dengan keberkatannya. Dengan merendam sehelai dari rambut tersebut ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air, maka orang yang sakit tersebut akan meminum air dari rendaman rambut tersebut. Dengan keberkatan rambut Nabi SAW, maka mereka disembuhkan oleh Allah daripada penyakit yang dihidapi.
(Al-‘Aini; ‘Umdah al Qari, Syarh Sohih al Bukhari, 22:49)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment