Ramai-ramai pukul seorang!!!! Gila puak-puak beruk nie. Kesian pulak pada pegawai DBKL nie. Siapa yang peduli kalau pegawai DBKL nie mati sekali pun. Pihak berkuasa kalau nak tangkap lepas tue lepas macam tue saja tanpa hukuman yang setimpal baik biarkan saja mereka nie buat kacau.
Home > All posts
KL622 Live !! Video Pegawai DBKL Di Pukul........ BlackOut505
Posted by TerbaikLaH on Saturday, June 22, 2013 at 8:08 PM
TEMPAHAN COKLAT HARI RAYA BUATAN BUMIPUTERA!
Posted by TerbaikLaH at 9:00 AM
TEMPAHAN COKLAT HARI RAYA PALING MURAH DI PASARAN | Hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Jadi, sekarang ini ramai yang sibuk menyediakan persiapan raya. Macam mana dengan kuih raya? Dah tempah ke?
Bagi mereka yang mencari kelainan untuk hari raya nanti, boleh cuba gantikan kuih raya kepada coklat raya. Mesti para tetamu yang hadir akan teruja dengan menu kuih raya anda nanti .
Bayi Berkaki Empat Selamat Dibedah
Posted by TerbaikLaH at 5:45 AM

Bayi Berkaki Empat Selamat Dibedah - Cape Town : Seorang bayi berkaki empat dari Namibia, Andrew Palismwe telah menjalani pembedahan dramatik selama sembilan jam untuk membuang dua belah kaki di Hospital Red Cross War Memorial Children.
Bayi berkenaan yang dilahirkan pada 6 April lalu juga mempunyai dua limpa dan keadaan itu berlaku akibat pembentukan pasangan kembarnya yang tidak menjadi.
Andrew yang berasal dari Caprivi itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas beberapa hari berada dalam unit rawatan rapi.
Dia kini dalam proses pemulihan selepas dipindahkan ke Hospital Windhoek Central .
Dalam pada itu, ibu bayi berkenaan, Ruthy Mutanimiye berkata, anaknya memberikan tindak balas yang baik kepada ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.
Ruthy juga bersyukur kerana anaknya itu berjaya menjalani pembedahan berkenaan meskipun kosnya tidak mampu ditanggung oleh dia sekeluarga.
Bayaran pembedahan tersebut ditanggung oleh kerajaan Namibia melalui dana bagi membantu pesakit di negara berkenaan yang tidak mampu mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta.
Namun kerajaan Namibia tidak mendedahkan jumlah bantuan kewangan yang disumbangkan untuk pembedahan berkenaan. – MyNewsHub
Dayana Masih Satu-Satunya Isteri Saya – Ashraf Muslim
Posted by TerbaikLaH at 5:30 AM
Akhirnya setelah lama berdiam diri, Ashraf Muslim tampil untuk memberikan kenyataan buat pertama kali mengenai status rumahtangganya. Sebelum ini, kecoh dibuatnya apabila ada pihak memaklumkan yang Ashraf Muslim bakal berkahwin buat kali kedua. Malah dikatakan Ashraf Muslim sudah ke mahkamah untuk membuat permohonan tersebut.
Tambah menghangatkan suasana, seorang wanita yang bernama Sakinah turut tampil membuat pengakuan. Menurut Sakinah, Dayana, isteri Ashraf Muslim redha jika dia berkahwin dengan suaminya itu. Namun hari ini menerusi Kosmo, Ashraf Muslim menegasnya yang hanya Dayana isterinya. Kata Ashraf:-
Tambah menghangatkan suasana, seorang wanita yang bernama Sakinah turut tampil membuat pengakuan. Menurut Sakinah, Dayana, isteri Ashraf Muslim redha jika dia berkahwin dengan suaminya itu. Namun hari ini menerusi Kosmo, Ashraf Muslim menegasnya yang hanya Dayana isterinya. Kata Ashraf:-Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah. Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar

Semoga perkahwinan Ashraf dan Dayana tidak akan mengalami keretakan akibat kontroversi ini. Apa pun, kalau benar Ashraf Muslim berkemampuan daripada segi zahir dan batin, tidak salah kiranya untuk berkahwin satu lagi. Yang penting, perlu dapat keizinan daripada isteri. Semoga segala masalah antara mereka dapat diselesaikan. Sama-samalah kita doakan. sumber
Berdebar Nak Kahwin, Pierre Andre Hafal Akad Nikah Setiap Malam
Posted by TerbaikLaH at 5:28 AM
Berdebar Nak Kahwin, Pierre Andre Hafal Akad Nikah Setiap Malam | Pelakon dan pengarah filem Pierre Andre teruja dan berdebar untuk menempuhi alam perkahwinan bersama seorang model yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini sehinggakan beliau menghafal lafaz akad nikah setiap malam.
Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia bersyukur kerana salah satu impiannya untuk bergelar suami akhirnya terlaksana.
"Untuk bergelar seorang suami merupakan impian saya selama ini dan saya bagaikan tidak sabar untuk menantikan detik-detik tersebut.
"Namun, perasaan berdebar tetap ada dan setiap malam saya akan menghafal lafaz akad nikah sebelum tidur," katanya ketika ditemui pada sidang media drama Dewi Lasak, di sini, Khamis.
Pierre akan bergelar suami kepada Siti Nurhidayah Hashim dalam satu majlis akad nikah Ahad ini yang akan diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari.
Menurutnya, majlis resepsi kedua-dua pihak akan dilakukan secara sederhana dan hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat. Bagaimanapun kata Piere pihaknya masih belum menetapkan tariknya lagi.
"Majlis resepsi sebelah perempuan mungkin akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti manakala sebelah saya pula tidak dapat dipastikan. Yang pasti ia akan dibuat secara tertutup untuk keluarga sahaja," ujarnya.
Pierre yang mengenali Siti Nurhidayah sejak dua tahun lalu mengakui wanita tersebut mempunyai ciri-ciri isteri yang diidamkannya.
"Ketika jumpa dia, saya tidak beberapa yakin untuk ada hubungan kerana dia seorang model sudah tentu kehidupan berbeza.
"Tapi bila saya kenal keluarganya, saya tahu dia seorang wanita yang terdidik kerana keluarganya guru. Dia juga seorang yang tidak cerewet dan sentiasa bersederhana," ujarnya.
Ditanya sama ada dia akan menjemput bekas teman wanitanya iaitu pelakon Yana Samsudin, Pierre berkata, soal jemputan diserahkan kepada keluarga.
"Insya-Allah kita akan jemput tapi saya serah kepada pihak keluarga tentang urusan jemputan. Lagipun saya kena juga ambil pandangan dan jaga hati bakal isteri saya," katanya. sumber

SENARAI SOSEJ YANG TIDAK HALAL DAN HARAM DIMAKAN!
Posted by TerbaikLaH at 1:35 AM
PRODUK SOSEJ YANG HARAM DI MAKAN | SENARAI HOTDOG YANG HARAM DIMAKAN | Sosej ialah produk makanan yang biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramuan lain seperti herba dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong.
Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.
Gambar Hiasan.
Berikut adalah senarai brand sosej
Inilah Punca Erra Fazira Enggan Sebut Nama Ustaz Azhar Idrus
Posted by TerbaikLaH on Friday, June 21, 2013 at 9:04 PM
Sebelum ini kecoh di laman blog mengenai pengacara dan pelakon terkenal tanah air, Erra Fazira yang dikatakan enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis.
Banyak spekulasi wujud kerana isu berkenaan. Ada yang mengutuk dan ada pula yang menyokong Erra Fazira.
Punca sebenar Erra Fazira tidak sebut nama Ustaz Azhar Idrus adalah disebabkan "tiada dalam skrip" seperti mana yang Erra tulis di laman Twitternya.
Kepada mereka yang masih belum berpuas hati boleh lah bertanya kepada penulis skrip berkenaan.
-AMMBOI