Dayana Masih Satu-Satunya Isteri Saya – Ashraf Muslim

on Saturday, June 22, 2013

Akhirnya setelah lama berdiam diri, Ashraf Muslim tampil untuk memberikan kenyataan buat pertama kali mengenai status rumahtangganya. Sebelum ini, kecoh dibuatnya apabila ada pihak memaklumkan yang Ashraf Muslim bakal berkahwin buat kali kedua. Malah dikatakan Ashraf Muslim sudah ke mahkamah untuk membuat permohonan tersebut.
ashraf muslimTambah menghangatkan suasana, seorang wanita yang bernama Sakinah turut tampil membuat pengakuan. Menurut Sakinah, Dayana, isteri Ashraf Muslim redha jika dia berkahwin dengan suaminya itu. Namun hari ini menerusi Kosmo, Ashraf Muslim menegasnya yang hanya Dayana isterinya. Kata Ashraf:-
Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah. Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar
ashraf
Semoga perkahwinan Ashraf dan Dayana tidak akan mengalami keretakan akibat kontroversi ini. Apa pun, kalau benar Ashraf Muslim berkemampuan daripada segi zahir dan batin, tidak salah kiranya untuk berkahwin satu lagi. Yang penting, perlu dapat keizinan daripada isteri. Semoga segala masalah antara mereka dapat diselesaikan. Sama-samalah kita doakan. sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment