SAKSIKAN PINTU KAABAH DI BUKA, DICUCI OLEH GABENOR MAKKAH 10 JUN 2013. [VIDEO]

on Monday, June 24, 2013


Sebagai amalan biasa, Kaabah akan dicuci 2 kali dalam 1 tahun iaitu 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari selepas musim haji atau pertengahan Muharram.

Maka pada 10 Jun 2013 bersamaan dengan 1 Syaaban adalah genap 30 hari menjelang Ramadan dan dengan keizinan penyimpan kunci Kaabah dan penjaga dua masjid suci Islam, Raja Abdullah, Gabenor Mekah, Putera Khalid al Faisal akan mengetuai upacara mencuci Kaabah dengan menggunakan kain putih yang dibasahi dengan air zam zam, air mawar Parsi serta wangian lain dan akan mengelap dinding bahagian dlm kaabah manakala lantainya pula akan direnjis dengan air zam zam dan air mawar Parsi.

Sebelum memulakan upacara, Putera Khalid akan menunaikan tawaf 7 pusingan sambil menyentuh Hajjarul Aswad. Selepas tawaf, kunci Kaabah akan diserahkan kepadannya oleh pemegang amanahnya iaitu dari Bani Syaibah dan memasuki Kaabah.

Sebaik memasuki Kaabah, beliau akan tunaikan solat sunat 2 rakaat di atas lantai marmar di lokasi dimana Rasulullah SAW bersembahyang.

Sebaik semua tetamu keluar dari Kaabah, kerja2 cucian akan bermula dan diakhiri dengan  menyapu sejumlah besar wangi2an didalam dan pada dinding luar Kaabah.

Kiswah atau kelambu Kaabah akan ditukar pada 9 Zulhijjah pada ketika jemaah haji berada di Arafah untuk sempurnakan rukun haji tiap tahun. Wallahualam, sekadar berkongsi pengetahuan.


FOSIL ZAMAN DINOSAUR 260 JUTA TAHUN DITEMUI DI KUALA LIPIS (4 GAMBAR).

 



Mengejutkan ini adalah satu penemuan yang jarang kali kita dengar, biasanya berita pasal penemuan fosil cuma di luar negara. Di kawasan Sungai Yu, Merapoh dijumpai satu fosil cangkerang yang dipercayai berusia 260 juta tahun.


Lokasi penemuan fosil cangkerang di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh. Gambar kecil: Antara fosil cangkerang dari jenis ‘brakiopoda’ dipercayai berusia 260 juta tahun.


Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh.

Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis ‘brakiopoda’ yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

“Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011.

“Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp,” katanya.

Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif.

Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas.

“Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya.

“Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu.

“Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau,


Ini membuktikan di malaysia , sewaktu  ratusan juta tahun lampau terdapat kehidupan zaman dinasour. Tetapi mengapakah cengkerang? apakah sewaktu dahulunya malaysia adalah dasar lautan yang dimana masa kini pembentukkan dataran tanah yang naik keatas di sebabkan oleh perlanggaran kerak bumi... maklumlah kita berada di dalam Lingkaran Api Pasifik.

Restoran Gunakan Dulang Terbang Untuk Hantar Makanan (video).


Unik apabila terdapat restoran yang menggunakan teknik perkhidmatan dulang terbang bagi menghantar makanan kepada pelanggan. Kebiasaannya sudah pasti pelayan yang menghantarkan makan itu adalah manusia tetapi berlainan di rangkaian restoran di Britain bernama Yo! Sushi ini dimana ia membuat perkhidmatan dulang terbang pertama di dunia bagi menghantar hidangan ke meja pelanggan dengan pantas.



iTray menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas. Dron dikawal melalui komputer iPad boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam. Pekerja restoran mengawalnya untuk menerbangkan sushi dari dapur ke meja pelanggan.

Konsepnya memang hebat apabila memesan makanan ianya akan diterbangkan ke meja. Dengan cara ini dapat menarik lagi ramai pelanggan untuk enjoy menyaksikan makanan yang di pesan terbang ke meja mereka. Tapi kalau silap kawal jangan pulak ade yang tertumpah kat pelanggan, masak jawabnyer. Kat Malaysia ade sesape taukeh restoran yang nak cuba?.


IKAN DUYUNG TERAKAM DI KIRYAT YAM, ISRAEL [VIDEO]


Menggemparkan dalam satu video yang di siarkan dalam Animal Planet, terakamnya ikan duyung yang berada di atas batu dan kemudiannya seakan sedar ianya di rakam dan terus masuk kedalam laut dan terus lenyap dari pandangan. Kejadian tersebut berjaya dirakamkan di Kiryat Yam, Israel.



Jadi ramai orang yang berada di sekitar kawasan itu terus berkumpul di tebing laut untuk melihat ikan duyung itu sendiri. Walaupun ramai orang tahu itu mungkin palsu tetapi mereka masih percaya. Ada orang juga kata, ikan duyung itu cuma naik pada waktu petang.

Mungkin duyung itu benar-benar wujud, tapi tak semua dapat melihat atau menjumpainya mungkin hanya dengan tidak sengaja jer. Sebab dalam dunia nie mungkin bukan kita saja kehidupan yang ada. Jadi anda percaya ke tak? Walau apa pun tanggapan dan pandangan kita mengenai ikan duyung, kewujudan makhluk itu akan tetap terus menjadi satu misteri dan mitos yang diperkatakan daripada satu generasi ke generasi yang lain.


Pelakon Filem Agama MURTAD Kerana CINTA

on Sunday, June 23, 2013


Pelakon Filem Agama MURTAD Kerana CINTA - Betullah pepatah melayu kata bahawa cinta tu buta.. Buktinya, sorang pelakon wanita cantik yang pernah membintangi sebuah filem agama, MURTAD kerana cinta..

Korang kenal tak dengan nama Rianti Cartwright? Tak kenal ye? Kalau gua sebut nama Aisyah dalam filem ‘Ayat-ayat Cinta’? Korang kenal tak? Pelakon cantik tu diberitakan dah murtad apabila memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian..
Dia memilih untuk gadaikan pegangan agama dia semata-mata kerana cinta.. Ketika ditemubual oleh media Indonesia tentang status agamanya, pelakon tersebut menjawab.., “Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.
” Rianti bagaimanapun berkata dia bahagia setelah menjadi isteri kepada Alfonso Nainggolan atau Cas, selepas berkahwin pada 17 September lalu di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
 “Saya sekarang amat bahagia,” kata aktres berusia 28 tahun itu. Perghh!!! Hebatkan penangan cinta ni beb.. Manusia sanggup buat apa saja demi cinta tanpa sedar bahawa cinta tu sebenarnya tak kemana.. Dorang tu tak sedar, tanpa akal yang waras, cinta tu sebenarnya hanyalah rubbish!! 

Siapakah lelaki tua ni ???


Inilah beliau Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,



Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Makkah sejak British jejak tanah melayu sehingga ssekarang .. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu degan Masyeikh Makkah yang terkenal antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani,
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi,
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki,
-Syeikh Hassan Masyath.. Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah adalah:
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah,
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Photo: Inilah beliau Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,  Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Makkah sejak British jejak tanah melayu sehingga ssekarang .. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu degan Masyeikh Makkah yang terkenal antaranya:  -Syeikh Wan Ismail Al-Fathani, -Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi, -Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki, -Syeikh Hassan Masyath.. Dll  *Antara rakan seguru beliau d Makkah adalah:  -Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah -Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah, -Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll  Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti' keran beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun.. Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yg meminta nasihat. . Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau..  Ulama hebat berusia 100 tahun ini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Kampung Asam Jawa daerah Parit Panjang Kedah .. Untuk pergi ke rumah beliau .. Perlu berjalan dikawasan yang dpenuhi dengan hutan iaitu lebih kurang 2 km dari jalan utama .. Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal .. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran .. Oleh sebab itu orang kampung tidak menyukai beliau .. Malah beliau dihina dengan bermacam macam kata keji seperti orang gila dan seorang yang suka menyekat rezeki orang .. Allahurobbi ..  Walaupun umur beliau sudah pun satu abad .. Subhanallah .. Beliau masih bercucuk tanam .. Mencangkul .. dan apa lebih hebat lagi ... Beliau membina rumahnya itu sendiri dengan tulang empat keratnya .. Allahurobbi .. Untuk ke kedai .. Beliau terpaksa berjalan kaki dari rumahnya hampir 1 km.. Cuba tuan puan bayangkan dengan usianya .. keadaannya beliau terpaksa berjalan kaki .. Subhanallah ..  Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ..   Sahabatku .. Ulama Solihin ini telah lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. Selagi masih ada peluang .. selagi masih ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini ..   Wallahualam ..

Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti' keran beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun.. Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yg meminta nasihat. . Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau..

Ulama hebat berusia 100 tahun ini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Kampung Asam Jawa daerah Parit Panjang Kedah .. Untuk pergi ke rumah beliau .. Perlu berjalan dikawasan yang dpenuhi dengan hutan iaitu lebih kurang 2 km dari jalan utama .. Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal .. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran .. Oleh sebab itu orang kampung tidak menyukai beliau .. Malah beliau dihina dengan bermacam macam kata keji seperti orang gila dan seorang yang suka menyekat rezeki orang .. Allahurobbi ..

Walaupun umur beliau sudah pun satu abad .. Subhanallah .. Beliau masih bercucuk tanam .. Mencangkul .. dan apa lebih hebat lagi ... Beliau membina rumahnya itu sendiri dengan tulang empat keratnya .. Allahurobbi .. Untuk ke kedai .. Beliau terpaksa berjalan kaki dari rumahnya hampir 1 km.. Cuba tuan puan bayangkan dengan usianya .. keadaannya beliau terpaksa berjalan kaki .. Subhanallah ..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ..

Sahabatku .. Ulama Solihin ini telah lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. Selagi masih ada peluang .. selagi masih ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..

BAHAYA JEREBU-Siptom pada kesihatan manusia,panduan dan langkah mengurangkan kesan jerebu

BAHAYA JEREBU-Siptom pada kesihatan manusia,panduan dan langkah mengurangkan kesan jerebu

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) ialah skala bagi menentukan tahap jerebu.
Kadar penentuan jerebu berdasarkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya (10 Mikron ke bawah) seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogn dioksida dan keadaan zon.
Pengkelasan tahap kualiti udara mengikut IPU seperti berikut:

0 - 50               BAIK                                              HIJAU
51 - 100           SEDERHANA                               BIRU
101- 200          TIDAK SIHAT                             MERAH
201 - 300         SANGAT TIDAK SIHAT           KUNING
301 - 400         BERBAHAYA                              HITAM


401 - 500         SANGAT BERBAHAYA            HITAM
Lebih 501       DARURAT                                    HITAM

Simptom pada kesihatan manusia

Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama kepada:-

  • Kanak-kanak
  • Orang Tua
  • Perokok
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain seperti:
               -Asma
               -Radang paru-paru
               -Alahan
               -Penyakit jantung

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu:-


  • Iritasi (kegatalan) kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung ersumbat
  • Iritasi di mata serta merah-merah
  • Kulit terasa gatal
  • Sakit dada
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Mata terasa pedih dan berair
Panduan

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, ajntung atau paru-paru kronik perlu ke linik atau hospital dengan segera jika keadaan bertambah buruk.

  • Golongan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti dinasihatkan
  • Orang ramai dinasihat tinggal di dalam bangunan atau rumah
  • Orang ramai perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (IPU melebihi 100)
  • Minum air yang banyak
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Mereka yang berisiko tingi dinasihatkan engambil cuti di luar kawasan yang berjerebu jika keadaan berterusan pada tahap bahaya
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan semua penunggang motosikal,mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat berhabuk
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa dan sanak saudara yang berpenyakit tidak dibenarkan merokok dalam rumah
  • Jika kenderaan berhawa dingin, sentiasa guna dan elakkan membuka cermin kereta

Langkah mengurangkan masalah jerebu

  • Peningkatan kenderaan bermtor di jalan raya. Kenderaan perlu diselenggara dengan baik selain memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya
  • pembukaan tanah secara meluas bukan saja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah
  • Hindari membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan aktiviti ini

Fakta!!

~ 19 September 1997 sarawak isytihar darurat bencana alam pertama kali apabila mencatatkan IPU 625
~1997 Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM34 billion dari sektor pertanian dan pelancongan

Sumber: Metro Ahad