Sebagai amalan biasa, Kaabah akan dicuci 2 kali dalam 1 tahun iaitu 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari selepas musim haji atau pertengahan Muharram.
Maka pada 10 Jun 2013 bersamaan dengan 1 Syaaban adalah genap 30 hari menjelang Ramadan dan dengan keizinan penyimpan kunci Kaabah dan penjaga dua masjid suci Islam, Raja Abdullah, Gabenor Mekah, Putera Khalid al Faisal akan mengetuai upacara mencuci Kaabah dengan menggunakan kain putih yang dibasahi dengan air zam zam, air mawar Parsi serta wangian lain dan akan mengelap dinding bahagian dlm kaabah manakala lantainya pula akan direnjis dengan air zam zam dan air mawar Parsi.
Sebelum memulakan upacara, Putera Khalid akan menunaikan tawaf 7 pusingan sambil menyentuh Hajjarul Aswad. Selepas tawaf, kunci Kaabah akan diserahkan kepadannya oleh pemegang amanahnya iaitu dari Bani Syaibah dan memasuki Kaabah.
Sebaik memasuki Kaabah, beliau akan tunaikan solat sunat 2 rakaat di atas lantai marmar di lokasi dimana Rasulullah SAW bersembahyang.
Sebaik semua tetamu keluar dari Kaabah, kerja2 cucian akan bermula dan diakhiri dengan menyapu sejumlah besar wangi2an didalam dan pada dinding luar Kaabah.
Kiswah atau kelambu Kaabah akan ditukar pada 9 Zulhijjah pada ketika jemaah haji berada di Arafah untuk sempurnakan rukun haji tiap tahun. Wallahualam, sekadar berkongsi pengetahuan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment