MISTERI! - BATU YANG BERJALAN DI CALIFORNIA.

on Monday, June 24, 2013



Semakin hari, semakin banyak perkara pelik berlaku di dunia. Perkara yang dulunya, kita kata mustahil akan berlaku kini sudah berlaku. Pernahkah tak anda   mendengar kisah batu yang berjalan secara sendirinya?.


Bukanlah berjalan dengan kaki, tetapi ia bergerak dari satu empat ke satu tempat yang lain. Batu berjalan menjadi salah satu misteri yang paling menarik di Death Valley National Park, lokasinya di tasik kering Racetrack Playa, California-AS. Batu berjalan itu dapat dijumpai dengan mudah di permukaan Playa dengan jejak panjang di belakangnya.


Bagaimana mereka boleh bergerak atau berpindah masih menjadi misteri besar di fikiran para penyelidik. Ini kerana, batu yang berjalan tidak hanya batu kecil yang mudah tertiup oleh angin. Ada beberapa batu besar dengan berat ratusan kilogram yang juga turut “jalan-jalan cari makan”.

Persoalannya,bagaimana cara mereka bergerak? Ini menjadi cabaran besar bagi para penyelidik. Mengapa fenomena ini menjadi misteri? Kerana, tidak ada satu orang pun yang pernah melihat batu itu berjalan.

Sampai hari ini, faktanya adalah tidak ada seorang atau satu organisasi pun yang mengetahui bagaimana batu-batu itu boleh berpindah tempat.

Racetrack Playa adalah sebuah tasik kering yang mendatar dengan panjangnya empat kilometer dan lebar kira-kira dua kilometer. Terletak di California, Amerika Syarikat, permukaannya terdiri daripada batuan sedimen yang diperbuat dari lumpur dan tanah liat.

Iklim di kawasan ini juga kering. Hujan hanya terjadi beberapa inci pada setahun. Namun, saat hujan, pergunungan yang mengelilingi Racetrack Playa akan membekal air ke permukaan tasik dan menjadi tasik cetek yang sangat luas. Sayangnya, ini hanya bertahan beberapa hari saja. Setelah itu, dalam keadaan basah, permukaannya berubah menjadi lumpur yang lembut dan licin.

Ada beberapa andaian atau penjelasan tentang mengapa batu-batu di Racetrack Playa dapat berjalan. Semua penjelasan tersebut masuk akal.Mugkin korang akan bersetuju dengan salah satunya. Namun, sampai saat ini belum ada yang dapat membuktikannya bersama-sama secara ilmiah.

Apakah mereka digerakkan oleh manusia atau haiwan?

Jejak yang terbentuk di belakang batu menunjukkan bahawa batu-batu berjalan itu berpindah di atas permukaan Racetrack Playa masih ditutupi dengan lumpur yang sangat lembut. Dan, di sekitar jejak batu, tidak ada lumpur yang rosak akibat jejak makhluk hidup yang lain. Ertinya, sangat kecil kemungkinan batu tersebut dipindahkan oleh manusia dan haiwan.

Apakah mereka digerakkan oleh angin?

Ini penjelasan paling logik dan dipilih banyak orang kerana undian.Bukan sekadar meneka-neka. Tapi, jika dipelajari dari jejak batu yang berjalan, arahnya sejajar dengan arah angin yang bertiup di Racetrack Playa, yakni dari barat daya ke arah timur laut.Hembusan angin kencang dijangka mampu menolak batu sampai berpindah tempat.

Apakah mereka digerakkan oleh ais?

Beberapa orang mengaku sempat menyaksikan Racetrack Playa yang diliputi oleh lapisan ais tipis. Oleh sebab itu,air membeku di sekitar batu. Lalu, angin bertiup di atas permukaan ais dan mengheret lapisan ais berikut batu yang berada di permukaan ais.

Beberapa kajian telah menemukan jejak sangat jelas pada beberapa batu. Namun, seharusnya pengangkutan lapisan batu besar diharapkan meninggalkan tanda pada permukaan Namun, sampai sekarang, tanda tersebut belum boleh dibuktikan.

Sungguh misteri dan tidak tercapai akal fikiran dan juga ilmu-ilmu hukum fizik mahupun sains yang dapat membongkar misteri bagaimana batu ini boleh berjalan. Sesungguhnnya kuasa Yang Esa, tiada yang mustahil.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment