Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferarri F430

on Monday, June 24, 2013

Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferarri F430 | Satu video ditemui dimana kelihatan Ustaz Azhar Idrus sedang memandu Ferrari F430 sebaik tamat satu kuliah agama di Sri Damansara. Sebelum ini pernah juga kita melihat UAI membawa Ferarri berwarna merah.
Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferarri F430

Tidak banyak informasi berkenaan video tersebut, namun begitu menurut tuan punya kereta Ferarri F430 itu ketika dalam perjalanan pulang,

"Ustaz memang power, pandai dia bawak kereta... bukan senang nak cari pemandu macam Ustaz Azhar Idrus.."

Jom tengok video UAI memandu Ferrari F340 dibawah. sumber

Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferarri F430 - Merah

Gambar Dan Video Ustaz Azhar Idrus Pandu Ferarri


METALLICA BAKAL BERAKSI DI KUALA LUMPUR?




METALLICA BAKAL BERAKSI DI KUALA LUMPUR? | Pastinya ramai peminat setia Metallica yang dah tak sabar-sabar untuk menonton Metallica Live In Kuala Lumpur. Mana taknya, kumpulan ini merupakan kumpulan yang digelar The Living Legend dan masih berbisa hingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, kumpulan rock heavy metal dari Los Angeles, Metallica telah disahkan akan membuat persembahan di Singapura dalam siri jelajahnya ke Asia pada Ogos ini.

Konsert yang akan berlangsung di Pusat Pameran Changi pada 24 Ogos itu merupakan konsert kedua Metallica di republik itu dalam masa 20 tahun. ”Tiket-tiket akan mula dijual pada Jumaat, 28 Jun pukul 9 pagi melalui www.sistic.org.sg dan pukul 10 pagi melalui agen-agen tiket,” kata kumpulan itu di laman web rasminya pada Khamis.

Difahamkan ada penganjur yang sedang berusaha untuk membawa Metallica ke Kuala Lumpur dan usaha itu dalam perbincangan akhir.

Media di Indonesia sebelum ini melaporkan ada usaha yang sama untuk menampilkan Metallica di Jakarta pada Oktober ini namun ada kemungkinan ia akan beraksi di Jakarta dalam siri jelajah yang sama pada Ogos nanti.

Ini berdasarkan kepada tempoh seminggu yang belum terisi antara konsert di Seoul pada 18 Ogos dan konsert di Singapura pada 24 Ogos.

10 Ogos: Tokyo
11 Ogos: Osaka
13 Ogos: Shanghai
18 Ogos: Seoul
????       Jakarta
????       Kuala Lumpur

24 Ogos: Singapura

Diharap sangat perbincangan tersebut akan membuahkan hasil yang menggembirakan dan dapat mempersembahkan kumpulan Metallica secara live, khas buat peminat rock tanahair. Admin pastikan akan menjadi antara pembeli tiket awal nanti. Sama-sama kita nantikan.

Bagi yang ada duit lebih tu, boleh la tempah tiket persembahan Metallica di Singapore dulu…..

sumber


JIMMY SHANLEY KAHWINI JANDA?



JIMMY SHANLEY KAHWINI JANDA? | Betul ke yang khabarnya Jimmy Shanley sebenarnya sudah berkahwin semula? Menurut Pancaindera hari ini yang bercerita mengenai status perkahwinan Jimmy Shanley, menerusi ruangan Gebang Syed, Jimmy Shanley dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang wanita cantik berstatus janda. Kata sumber tersebut:-


Tak tahu nak cakap macam mana tapi memang Jimmy dah berkahwin dengan seorang wanita cantik berstatus janda sedikit masa lalu. Majlis tersebut pun tak dibuat besar untuk mengelak pengetahuan peminat. Tapi khabarnya isteri Jimmy memang kaya raya dan dalam kalangan orang yang banyak duit. Mungkin itu jodoh terbaik buat Jimmy setelah mengalami kegagalan rumah tangga beberapa tahun lalu.

Kalau benarlah dikata, alhamdulillah, semoga akhirnya Jimmy telah bertemu dengan wanita yang boleh membahagiakan hatinya dan admin doakan agar perkahwinan mereka ini kekal sampai ke akhir hayat. Amin…




Tips dan Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

Gambar hiasan

Tips dan Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tinggi bagi mengelakkan daripada alahan dan penyakit.

Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Semakin hari semakin terasa akan kesan-kesannya. Mata mula terasa pedih, tengkuk mula terasa cepat kering, dan macam-macam lagi.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Panduan Dan Tip Kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber : www.moh.gov.my

Gambar Kahwin Pierre Andre Dan Nurhidayah 23 Jun 2013


Gambar Kahwin Pierre Andre Dan Nurhidayah 23 Jun 2013. Perkahwinan antara Pierre Andre dan Siti Nur Hidayah telah selamat berlansung dengan hanya sekali lafaz di Masji Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang. Majlis pernikahan dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai dan beberapa rakan artis.

Pierre Andre kahwin

Untuk hantaran perkahwinan, pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, sebentuk cincin, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi. Mas Kahwin yang diterima berjumla RM 300 manakala wang hantaran yang diterima pihak perempuan adalah sebanyak RM 20,000.

pierre andre

pierre andre nikah

perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 1 
perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 2 
perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 3 
perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 4 
perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 5 perkahwinan Pierre Andre dan Nurhidayah 6
pierre-andre-kahwin-foto-2 pierre-andre-kahwin-foto-3 pierre-andre-kahwin-foto-5
pierre
gambar kahwin pierre andre
gambar kahwin pierre andre
gambar kahwin pierre andre gambar kahwin pierre andre gambar kahwin pierre andre gambar kahwin pierre andre gambar kahwin pierre andre

sumber


Senarai Rasmi Sekolah Ditutup Akibat Jerebu Dari KPM


Senarai rasmi terkini sekolah ditutup akibat Jerebu dari Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 24 Jun 2013. Hanya sekolah rendah dan menengah mahupun tadika yang berada dikawasan IPU ditahap bahaya sahaja yang akan ditutup. Hal ini berikutan untuk memastikan kesihatan pelajar terjamin memandangkan jerebu boleh menyebabkan kesesakan nafas dan mata berair. Sekolah akan dibuka semula apabila bacaan IPU pulih dan ada penurunan.

moe

Senarai Rasmi Sekolah Ditutup Akibat Jerebu

1) Semua sekolah di Melaka,  Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
2) Beberapa daerah di Johor dan Pahang yang terjejas teruk
3) Sekolah di Port Dickson
4) Sekolah di Kuantan

sumber

KEMALANGAN: Akhirnya Bertemu ‘Kekasih Abadi’….

KEMALANGAN: Akhir Bertemu 'Kekasih Abadi'....

AYER KEROH – Persoalan mengenai jodoh di dalam laman sosial Facebook seorang pemuda akhirnya terjawab apabila dia akhirnya menemui ‘kekasih’ abadi selepas maut dalam kemalangan di sini, malam kelmarin.
‘Siapalah jodoh aku agaknya ya…’ adalah status terakhir yang sempat ditulis dalam laman sosial tersebut oleh Mohd Khairil Zulkifli, 27, pekerja Pusat Pendidikan Pelajaran di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebelum menemui ajal apabila motosikal ditunggangnya berlanggar sebuah kereta di persimpangan masuk ke Taman Tasek Utama di sini.
Menurut ibunya, Jamaliah Ali, 50, dia sering meminta anak sulung daripada lima beradik itu berkahwin namun hanya dibalas dengan gelak ketawa.
“Dari dulu saya selalu cakap dengan dia supaya cepat cari jodoh, namun dia hanya gelak besar. Tapi pagi semalam (kelmarin) rupanya-rupanya dia ada tulis tentang persoalan jodoh dalam Facebook, dan tak sangka juga itu petanda dia pergi meninggalkan kami,” katanya.
Menurut Jamaliah, dia yang terkejut mendapat berita mengenai anaknya itu bergegas ke Hospital Melaka dari rumahnya di Selandar, Jasin.
“Dia keluar rumah kira-kira jam 7 pagi dan kebiasaannya akan balik ke rumah antara jam enam petang dan sebelum lapan malam. Namun semalam (kelmarin) sehingga 8.30 malam dia masih balik sebelum saya diberitahu polis dan kawan kepada anak saya.
“Sebelum keluar rumah memang tiada perubahan ketara pada dirinya namun dia yang pendiam dilihat banyak bergurau dengan adik-adiknya kebelakangan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammmad Koey Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa terbabit kemalangan jam 8 malam.
“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ berlanggar dengan Proton Satria yang dipandu wanita ketika sampai di Jalan Mitc berhampiran Balai Polis Ayer Keroh.
“Mangsa datang dari arah bulatan MITC menghala persimpangan Seri Negeri, berlanggar dengan kereta yang dinaiki tiga penumpang berkenaan yang mahu masuk ke arah Taman Tasek Utama,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
“Tiga penumpang kereta yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - SINAR HARIAN
KEMALANGAN: Akhir Bertemu 'Kekasih Abadi'....