METALLICA BAKAL BERAKSI DI KUALA LUMPUR?

on Monday, June 24, 2013




METALLICA BAKAL BERAKSI DI KUALA LUMPUR? | Pastinya ramai peminat setia Metallica yang dah tak sabar-sabar untuk menonton Metallica Live In Kuala Lumpur. Mana taknya, kumpulan ini merupakan kumpulan yang digelar The Living Legend dan masih berbisa hingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, kumpulan rock heavy metal dari Los Angeles, Metallica telah disahkan akan membuat persembahan di Singapura dalam siri jelajahnya ke Asia pada Ogos ini.

Konsert yang akan berlangsung di Pusat Pameran Changi pada 24 Ogos itu merupakan konsert kedua Metallica di republik itu dalam masa 20 tahun. ”Tiket-tiket akan mula dijual pada Jumaat, 28 Jun pukul 9 pagi melalui www.sistic.org.sg dan pukul 10 pagi melalui agen-agen tiket,” kata kumpulan itu di laman web rasminya pada Khamis.

Difahamkan ada penganjur yang sedang berusaha untuk membawa Metallica ke Kuala Lumpur dan usaha itu dalam perbincangan akhir.

Media di Indonesia sebelum ini melaporkan ada usaha yang sama untuk menampilkan Metallica di Jakarta pada Oktober ini namun ada kemungkinan ia akan beraksi di Jakarta dalam siri jelajah yang sama pada Ogos nanti.

Ini berdasarkan kepada tempoh seminggu yang belum terisi antara konsert di Seoul pada 18 Ogos dan konsert di Singapura pada 24 Ogos.

10 Ogos: Tokyo
11 Ogos: Osaka
13 Ogos: Shanghai
18 Ogos: Seoul
????       Jakarta
????       Kuala Lumpur

24 Ogos: Singapura

Diharap sangat perbincangan tersebut akan membuahkan hasil yang menggembirakan dan dapat mempersembahkan kumpulan Metallica secara live, khas buat peminat rock tanahair. Admin pastikan akan menjadi antara pembeli tiket awal nanti. Sama-sama kita nantikan.

Bagi yang ada duit lebih tu, boleh la tempah tiket persembahan Metallica di Singapore dulu…..

sumber


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment