RESTORAN KHAS UNTUK PEMINAT CANDY CRUSH!

on Wednesday, June 26, 2013






RESTORAN CANDY CRUSH | Khas untuk mereka yang sangat meminati permainan Candy Crush. Restoran ini dibuka khas untuk anda semua. Semoga anda mendapat  pengalaman terhebat makan sambil bermain Candy Crush.



HA! HA! HA!



Jom tengok gambar uncensored Restoran Candy Crush yang paling badass di bawah.


|

|

|

|

|

|

|

|

|



|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

Panjang betul lidah awek ini


Apa yang pelik?


Info,Tips dan Petua -Lemon dan Minyak Zaitun

Info,Tips dan Petua -Lemon dan Minyak Zaitun










Perahan lemon dan minyak zaitun buang kolestrol

  • Makanan berkolesterol tinggi memang sedap tetapi tinggi risikonya ke atas kesihatan.
  • Untuk mengatasinya, amalkan minum perahan jus lemon yang di campur dengan satu sudu teh minyak zaitun setiap hari dan sebelum memakan makanan berkolesterol tinggi.
  • Campuran ini juga boleh membuang lemak bagi mengatasi kegemukan.
  • Selamat mencuba!!

Isu poligami: Asyraf Muslim kecewa

Isu poligami: Asyraf Muslim kecewa


SETELAH lebih sebulan mendiamkan diri, pelakon Ashraf Muslim akhirnya membuka mulut berhubung desas-desus poligami yang kecoh diperkatakan, awal bulan lalu.

Akui mendiamkan diri bagi menjaga hati banyak pihak, Ashraf lebih memilih untuk tidak mengulas lanjut soal itu.

Sebelum ini, Ashraf menerusi kenyataannya di sebuah akhbar tidak menafikan ke mahkamah atas satu urusan, namun enggan mendedahkan urusan terbabit.

Tindakan Ashraf berahsia, bukan meredakan keadaan, sebaliknya satu demi satu cerita mula keluar termasuk identiti wanita yang bakal 'dikahwininya'.

Ketika ditemui pada majlis Seindah Ramadan TV3, semalam, Ashraf akui kecewa apabila cerita sensitif seperti itu terpalit ke atasnya.

"Soal poligami ini sangat sensitif. Bukan pada saya saja. Semua orang pun berpendapat macam itu.

"Tapi bukan hak saya untuk menghalang orang mengata atau bercerita apa pun," katanya.

Berhubung kenyataan dari wanita yang dikatakan bakal menjadi isterinya itu, Ashraf menafikan kenyataan tersebut keluar daripada wanita itu.

"Kenyataan yang keluar itu (di akhbar tempatan) bukan datang daripada seseorang itu (wanita yang didakwa bakal dikahwininya).

"Tidak ada siapa pun antara kami yang bagi kenyataan. Sama ada saya ke, isteri saya ke, siapa yang diperkatakan itu ke. Tidak ada," katanya.

Tambahnya, "kalau saya lawan (kenyataan balas) pun, macam-macam cerita juga akan jadi. Baik saya senyap dan bersabar. Lagi banyak saya cakap, lagi macam-macam spekulasi orang buat."

Menyentuh soal namanya yang tiba-tiba terpalit dengan kontroversi seumpama itu, Ashraf ada mempersoalkan apa salahnya sehingga timbul cerita seperti itu.

"Apa salah saya? Kenapa orang nak bercerita pasal saya? Ada yang cakap saya begini, isteri saya begitu.

"Bagi saya, saya kecewalah. Saya kecewa orang yang tak faham ini. Mungkin ada kepentingan atau mungkin kurang didikan agama," katanya. - SinarHarian

Misha Omar bakal kahwin tahun depan

Misha Omar bakal kahwin tahun depan



KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Misha Omar hari ini mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Firos Ezzwan Rossly pada Februari tahun depan.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan kesesuaian jadual mereka dan mendapat persetujuan keluarga kedua belah pihak.


Penyanyi lagu Angin Syurga itu berkata, penangguhan selama dua tahun sejak bertunang pada Februari 2011 berpunca daripada kesibukan jadual mereka sebelum ini.

Katanya, majlis pernikahan yang belum ditentukan tarikh itu bakal berlangsung di kampung halamannya di Kota Bahru, Kelantan-hmetro

Suami enggan mandi,isteri buat perjanjian

Suami enggan mandi,isteri buat perjanjian



APA jadinya bila lelaki yang sudah diterima menjadi suami ternyata mempunyai perangai enggan mandi. Jawapannya ialah buat surat prjanjin!! Inilah yang terjadi di China.

Sang isteri, Yin berkata adalah beruntung jika suaminya, Lou mahu mandi seminggu sekali. tetapi hakikatnya tidak!!

Sebelum berkahwin, Yin tidak tahu akan tabiat buruk Lou. Perkara itu hanya terungkap setelah setahun berkahwin. Lalu apa isi surat itu???

Dinyatakan bahawa Lou mesti mandi setiap hari. "Saya tidak tahan dengan bau badannya yang menyengat maka saya paksa dia untuk menandatangani surat tersebut!" kata Yin dengan nada tegas campur kesal.

Surat perjanjian itu juga menyatakan jika Lou melanggar perjanjian sebanyak 3 kali,Yin akan mengusir Lou untuk meninggalkan rumah selama satu bulan.

Ternyata walaupun marah dan tak selesa,masih ada rasa sayang Yin pada suaminya kerana perjanjian itu tidak menyebut jika melanggar perjanjian mereka akan bercerai atau Yin akan meninggalkan Lou.

Apa yang menghairankan surat perjanjian itu dilakukan setelah setahun berkahwin!! Bermakna dalam tempoh setahun iu Yin hidup bersama dan tidur seranjang dengan Lou dalam keadaan busuk!

Bagaimana dia dapat bertahan menahan bau busuk saminya dalam tempoh setahun???- Kredit to Aneka Tips