Misha Omar bakal kahwin tahun depan

on Wednesday, June 26, 2013

Misha Omar bakal kahwin tahun depan



KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Misha Omar hari ini mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Firos Ezzwan Rossly pada Februari tahun depan.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan kesesuaian jadual mereka dan mendapat persetujuan keluarga kedua belah pihak.


Penyanyi lagu Angin Syurga itu berkata, penangguhan selama dua tahun sejak bertunang pada Februari 2011 berpunca daripada kesibukan jadual mereka sebelum ini.

Katanya, majlis pernikahan yang belum ditentukan tarikh itu bakal berlangsung di kampung halamannya di Kota Bahru, Kelantan-hmetro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment