8 Gambar Terkini Bayi Irma Hasmie Dan Redza | Berikut merupakan gambar terkini bagi anak sulung pasangan Irma Hasmie dan Redza yang bernama Redza Syah Irfan. Dalam tak sedar usia Irfhan kini telah pun mencecah 3 bulan dan menerusi gambar terbarunya, dia dilihat semakin montel dan comel. Untuk info, Redza Syah Irfan dilahirkan di Prince Court Medical Centre pada 29.03.13.
Home > All posts
8 Gambar Terkini Bayi Irma Hasmie Dan Redza yang Kini Berusia 3 Bulan.
Posted by TerbaikLaH on Thursday, June 27, 2013 at 9:46 PM
Benjy Di Tahan Lagi Sekali Ekoran Kes Syabu
Posted by TerbaikLaH at 9:45 PM
Benjy Di Tahan Lagi Sekali Ekoran Kes Syabu | Pelakon, Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pagi semalam atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.
Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu esok (hari ini) di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.
“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya. - UTUSAN
Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu esok (hari ini) di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.
“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya. - UTUSAN
Hujan Batu Di Singapura Setelah Jerebu Yang Dasyat SubhanAllah (Video)
Posted by TerbaikLaH at 9:44 PM
Hujan Batu Di Singapura Setelah Jerebu Yang Dasyat SubhanAllah (Video)
hujan batu di singapura ...selepas kejadian jerebu..ini semua kekuasaan allah....usahkan hujan batu...hujan emas pon boleh kalau Allah turunkan.
Fakta sains Hujan Batu
Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus
(awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level . Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di
negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa . Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming , di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar..
PROSES HUJAN BATU MELALUI PERSPEKTIF QUR’AN
Pengenalan
Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.
Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan air batu
(Surah An-Nuur : 43)
Terjemahannya:
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Pembentukan hujan batu
Allah menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.
Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 3) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain. sumber
Kejadian Runtuhan Bumbung Di Presint 14 dan 15 Putrajaya ( 5 Gambar)
Posted by TerbaikLaH at 9:42 PM
Kejadian Runtuhan Bumbung Di Presint 14 dan 15 Putrajaya ( 5 Gambar)
kejadian Bumbung Runtuh berlaku di Presint 15 Putrajaya 25.6.2013 sekitar jam 5.30 petang akibat daripada angin ribut yang kuat.
Melalui Facebook Tengku Adnan Tengku Mansor dan gambar ‘runtuh’ disebabkan ribut yang berlaku di Putrajaya Semalam.
Alhamdulillah, bencana ribut yang melanda Putrajaya tadi tidak melibatkan nyawa penduduk di sini. Walaupun berlaku kerosakan kerana bumbung tangki air di apartment Presint 15 dan di apartment Presint 14 diterbangkan angin namun syukur kerana tidak ada individu yang terlibat. Ada juga pokok tumbang di sekitar Presint 9 dan 10 dan pihak bomba dan penyelamat melaksanakan kerja-kerja agar tidak menyulitkan masyarakat tempatan. Semoga kediaman kita dan negara yang tercinta ini terus dipelihara Allah SWT dan kita semua terus diperkuatkan iman. – FB Ku Nan
VIDEO: Bila Mat Salleh Cakap Loghat Terengganu
Posted by TerbaikLaH at 9:41 PM

KATANYA kalau kita pergi ke Pulau Kapas, kita pasti akan bertemu ‘Mat Dan’Difahamkan Mat Dan adalah seorang warga British yang dah lama menetap di pulau itu, tak nak balik-balik la kot.Sememangnya pulau-pulau di negara kita khususnya di Terengganu memang cantik dan menarik sehinggakan ada yang terus jatuh cinta pada flora dan faunanya, termasuk dengan awek-aweknya sekali hehehehKhabarnya Mat Dan dah pun memeluk Islam, baguslah tu Mungkinkah Mat Dan pun dah menemui ‘cintanya’ di sini?Wallahualam…. MyNewsHub
Lelaki Baru Kahwin Ratah Tubuh Adik Angkat Hingga Hamil
Posted by TerbaikLaH at 9:40 PM
Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong.
Menurutnya, siasatan mendapati walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil. Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi.
“Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ.
“Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah,” katanya.
Katanya, kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya.
“Mangsa menceritakan kejadian rogol itu selepas dia tidak dapat berselindung dan keluarganya membuat laporan polis.
“Suspek terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. sumber
CABUL PELAKON: Pengarah Drama Serah Diri Bantu Siasatan
Posted by TerbaikLaH at 9:30 PM
















