Hujan Batu Di Singapura Setelah Jerebu Yang Dasyat SubhanAllah (Video)

on Thursday, June 27, 2013


Hujan Batu Di Singapura Setelah Jerebu Yang Dasyat SubhanAllah (Video)


hujan batu di singapura ...selepas kejadian jerebu..ini semua kekuasaan allah....usahkan hujan batu...hujan emas pon boleh kalau Allah turunkan.


Fakta sains Hujan Batu 


Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus
(awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level . Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di
negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa . Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming , di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar..


PROSES HUJAN BATU MELALUI PERSPEKTIF QUR’AN

Pengenalan
Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.
Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan air batu

(Surah An-Nuur : 43)
Terjemahannya:
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Pembentukan hujan batu
Allah menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.
Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 3) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba  yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain. sumber




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment