Lelaki Ini Hanya Minum Tanpa Makan Selama 5 Thn

on Saturday, June 29, 2013

Bagi kebanyakan orang, menahan lapar selama beberapa jam saja sudah membuat badan menjadi lemah dan tak bermaya. Tetapi seorang lelaki di AS mengaku boleh hidup hanya dengan air dan cahaya matahari selama 5 tahun. Selama 10 bulan terakhir, dia hanya makan sebanyak 7 kali.

Lelaki bernama Kirby tersebut muncul dalam sebuah acara televisyen berama 'Taboo USA' yang ditayangkan oleh National Geography Channel. Dia mengaku dirinya adalah seorang Breatharianism, yaitu orang yang boleh bertahan hidup dengan udara, mendapatkan tenaga dari cahaya, angin, dan getaran.

"Saya hanya makan selama 7 kali selama 10 bulan terakhir. Saya masih sedar, apabila saya memakan makanan, itu malah membuat saya merasa sangat lelah," katanya seperti dipeti dari Huffington Post, Kamis (27/6/2013).

Kirby mengaku bahawa untuk memakan makanan pun dia menghadkan kuantitinya agar tak lebih dari 500 kalori. Dia telah menjalani pola hidup Breatharianism selama 5 tahun, walau tahu beberapa orang tak kuat dan meninggal ketika cuba menerapkan gaya hidup sama.

Uniknya, dia mengaku telah menjalani pemeriksaan rutin 6 bulan yang lalu dan hasilnya menunjukkan bahawa keadaan kesihatannya cukup baik. Dia yakin dia boleh berumur panjang dengan menjadi seorang breatharian, bahkan boleh membalik proses penuaan.

Dalam acara tersebut, Kirby mengatakan ingin mengubah dunia dengan breatharisme. Apabila ingin makan, dia hanya mengambil sepotong roti dan anggur merah.

Breatharianism yang menjadi landasan pola hidup. Breatharianism adalah sebuah konsep yang meyakini bahawa sinar matahari boleh menyediakan semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Sebelum ini, dikhabarkan seorang nenek di Seattle juga menjalani pola hidup sama.

Nenek bernama Navenna Shine tersebut ingin menjalani pola hidup Breatharianism selama sekurang-kurangnya 40 hari terlebih dahulu. Jika berjaya, dia akan meneruskannya lebih lama lagi. Sampai setakat ini, hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan nenek tersebut masih sihat.

sumber : Dairishare

Gambar Anak Natasha Hudson, Naeema Taqiyyah

Natasha Hudson dan Carleed Khaza telah berkongsi gambar anak mereka menerusi laman Instagram.

Bayi yang comel ini diberikan nama Naeema Taqiyyah. Untuk makluman, Naeema Taqiyyah telah dilahirkan pada 22 April lepas jam 4.00 petang. Menerusi keterangan yang ditulis di laman Instagramnya, Naeema membawa erti keselesaan, rahmat dan tenang. Manakala Taqiyyah pula membawa makna warak dan membuat sesuatu dengan betul atau bermoral.

Seorang lagi anak perempuan Natasha Hudson bernama Nessa Helena kini berusia 5 tahun.










sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Tetamu Tak Diundang

Ada Tetamu Tak Diundang Semasa Berkelah ..

Semasa orang awam sedang berkelah di tepi tasik tiba2 terdapat sesuatu tetamu tanpa diundang...

Rupanya Aligator...



sumber : http://exazaf.blogspot.com/

Pesawat Kawalan Jauh Yang Awesome, Inspirasi Dari Watak Adiwira

Seorang lelaki telah mencipta beberapa pesawat kawalan radio jarak jauh yang di inspirasikan dari watak adiwira di San Diegio, California.

Lelaki itu, Otto Dieffenbach yang merupakan seorang pereka bersama seorang rakan perniagaannya Ed Hanley telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menghasilkan pesawat kawalan radio jarak jauh berbentuk manusia.

Syarikat tersebut menghasilkan pesawat berbentuk manusia, karakter dan objek untuk digunakan bagi tujuan komersial serta promosi.

Dieffenbach melakukan satu ujian penerbangan di satu kawasan di San Diego kelmarin. Antara karakter adiwira yang ada ialah Superman, Iron Man dan Ms. Emerson.

Pesawat kawalan radio yang dicipta Dieffenbach hanya menggunakan bateri yang diletakkan pada bahagian kepala karakter tersebut.


Semua karakter adiwira itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan seorang manusia dewasa.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Zubir BH Bergaduh Dengan Shah Jaszle?

Kisah panas Shahz Jaszle dan seorang gadis yang bernama Farah sememangnya sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Terbaru menerusi Astro Gempak, mereka telah menerima berita mengenai seorang wartawan yang cukup dikenali, Zubir Mohd Yunus telah bergaduh (bertikam lidah) dengan Shah Jaszle.

Menurut sumber mereka lagi, penulis di ruangan Bi-Pop, Berita Harian itu telah mengadakan pertemuan dengan pelakon Shah Jaszle petang semalam untuk sesi temuramah namun keadaan menjadi tegang apabila Zubir dikatakan telah memarahi Shahz Jaszle.

Bagaimanapun, pihak Astro Gempak yang tidak mahu mendengar cerita dari sebelah pihak terus mendapatkan maklumbalas daripada Zubir sendiri mengenai perkara tersebut.

Melalui laman sosial Intagram dan Facebook miliknya, Zubir telah memuat naik gambarnya bersama Shahz Jaszle yang tertulis ‘Masam2 manis sepetang bersama @shahzjaszle’.

Dalam pada itu, Zubir juga sempat berpesan, “Jangan dengar dan percaya pada spekulasi..”

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

4 Tahun Keliling Dunia Berjalan Kaki Sejauh 40,000 KM

 Jarang ada orang melaukan perkara yang dianggap mustahil, andainya ada pastinya orang tersebut adalah orang yang sangat luarbiasa. Terbaru, seorang lelaki Jepun, Masahito Yoshida berjaya mengelilingi dunia dengan hanya berjalan kaki dalam masa empat tahun.


Masahito Yoshida ketika berada di Kuching, Sarawak

Lelaki berusia 32 tahun itu memulakan misinya untuk mengelilingi dunia pada 2009 dengan bermula dari Shanghai, China.

Sejak itu, dia telah melakukan perjalanan sejauh kira-kira 40,000 kilometer di empat benua. Yoshida melakukan aksi itu hanya kerana mahu mengelilingi dunia dan melihat keajaiban dunia.

Misi pertamanya ialah berjalan kaki ke Cape Roca, Portugal dengan melalui Asia Tengah dan Eropah sebelum berjaya sampai ke bandar itu pada Ogos 2010 selepas berjalan kaki sejauh 16,000 kilometer.

Dia kemudiannya melanjutkan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) menaiki pesawat dan menghabiskan masa lebih setahun untuk berjalan sejauh 6,000 kilometer dari Atlantic City, New Jersey ke Vancouver, Kanada.

Pada hujung 2011 pula, Yoshida melakukan penerbangan ke Melbourne, Australia dari Kanada dan berjalan ke Darwin sebelum ke Singapura dan kembali ke Shangai, China.


"Sepanjang ekspedisi ini, saya berdepan dengan beberapa insiden berbahaya, tetapi ia memberi kesedaran kepada saya bahawa masih ramai orang yang baik hati di dunia ini," katanya yang dipetik daripada laman web Oddity Central. - AGENSI

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Gambar Pembunuh Dirang Menangis Di Hukum Gantung

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Allah S.W.T telah memberi kepada manusia itu akal dan fikiran untuk digunakan bukannya hanya mengikut nafsu semata yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Begitulah yang terjadi kepada Muidin Maidin.

Tangisan Muidin Maidin, lelaki yang membunuh dan membakar budak perempuan, Dirang, 5, sebaik dihukum ke tali gantung tidak dapat memadam perlakuan kejam lelaki itu yang berpunca akibat dendam kesumat terhadap nenek si mati.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman mandatori itu selepas mendapati keterangan pembelaan Muidin, 26, gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Abdul Halim ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan Muidin sebagai penjenayah paling kejam, berbahaya dan tidak layak bersama masyarakat kerana bernafsu binatang.

“Asid deoksiribonukleik (DNA) kamu didapati ada pada anus dan vagina si mati. Dia seorang insan kerdil (berusia 4 tahun ketika itu) tidak mengerti apa-apa.

“Kamu telah menekup si mati hingga lemas dan tak bernyawa, kemudian kamu cuba lupuskan dia dengan cara membakarnya.

“Kamu fikir kamu bijak, tapi berkat solat hajat, doa dan harapan daripada rakyat negara ini akhirnya Allah memberi jalan hingga jasad Dirang ditemui.

“Kematian Dirang sangat kejam dan tragis. Hanya ada satu hukuman untuk kes ini dan dengan itu mahkamah memutuskan kamu digantung di leher sampai mati,” tegas beliau.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/