Mahu berjaya sebagai penyanyi

on Sunday, June 30, 2013


Warner Music realisasikan impian Maya Karin miliki album baru
Bebas daripada soalan berbaur peribadi yang sudah ditebak jawapannya, Maya Karin teruja apabila perbualan lebih terarah kepada perancangan kerjayanya. Biar sering dihadapkan persoalan yang serupa sejak kembali solo selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Ali Shorthose, tiga tahun lalu, Maya menarik sedikit nafas lega apabila diajak berkongsi topik lebih serius.

Saya akur karier nyanyian belum mampu untuk membawa saya berbangga seperti pencapaian diraih dalam lakonan. Tetapi itu tidak pernah membuat saya ingin berundur.

Tanpa berselindung mengakui, peningkatan usia mampu membataskan langkah seseorang anak seni untuk terus meneroka kemampuan namun perkara itu tidak pernah terjadi kepadanya.
"Kesibukan itu bagai tiada henti, selain penggambaran filem dan rakaman album, saya juga diundang menjadi pengacara majlis bertaraf global serta terbabit dalam kerja kebajikan berkaitan alam sekitar. Ketika usia meningkat dan semakin ramai bakat baru meraih ruang selesa, saya masih tidak dilupakan. Itu sudah membuat saya terlalu bersyukur," kata Maya yang menerjah industri seni pada 2000 sebagai pengacara program Wavelength.

Wanita berketurunan Melayu-Jerman itu berkata, kesibukan berterusan memaksanya mencari dahan kukuh untuk berpaut terutama dalam pengurusan kerjayanya selepas tempat naungannya dulu menutup operasi. Lima tahun bersama Satu Entertainment, meskipun berat namun Maya terpaksa melangkah menyusun laluan sendiri.

Maya bagaimanapun bernasib baik apabila Audi Mok masih mengambil berat mengenai perjalanan kariernya, lalu memperkenalkannya kepada pengurusan Warner Music.
"Bermula daripada perbincangan mengenai urusan pengedaran album, Warner akhirnya menawarkan ruang untuk saya bernaung secara profesional. Atas kepercayaan kepada Audi yang saya anggap seperti abang sendiri, saya bersetuju kerana mereka memiliki pasukan pengurusan yang tersusun.

"Saya bukan hanya pelakon yang perlu berada di lokasi. tanggungjawab itu turut menuntut fokus tinggi dalam menghayati watak, selain terpaksa berurusan pelbagai pihak.
"Saya tidak mahu kerana tamak, kerjaya dan hubungan dengan media dan pelanggan jadi kacau bilau. Untuk terus maju, saya percaya artis memerlukan pengurusan yang bagus," katanya yang sudah tiga bulan menyertai Warner Music.

Meskipun berpengalaman hampir 13 tahun, Maya melihat pengurusan artis sebagai satu perkara penting yang membantu memanjangkan langkahnya.

"Banyak aspek perlu dititikberatkan seseorang artis, terutama berkaitan hal kreativiti. Mengapa perlu memperjudi diri memikirkan hal kecil sedangkan banyak perkara lain perlu diberi fokus?
"Artis sebagai produk memerlukan pengurus yang baik. Mereka tidak hanya berperanan menjawab panggilan dan berunding hal berkaitan tawaran, sebaliknya turut memikirkan wawasan dan visi memajukan kerjaya seseorang artis.

"Sama seperti membuka sebuah syarikat, pengurus harus mempunyai perancangan, struktur kewangan dan memahami artis sebagai produk yang berdepan saingan.
"Saya tidak mampu menangani tanggungjawab itu seorang diri. Saya juga berasakan artis tanpa pengurusan yang baik hanya merugikan diri sendiri," katanya.

Keinginan untuk meneruskan karier nyanyian sudah lama bertunas dalam dirinya, cuma entah kenapa perancangan itu seperti tertunda.

"Mungkin ketika itu Tuhan belum mengizinkan. Bukan tidak berusaha kerana saya sudah merakamkan beberapa lagu, termasuk single Sinar Ini tetapi penerbitan album ketiga tidak juga menjadi kenyataan.
"Saya akur karier nyanyian belum mampu untuk membawa saya berbangga seperti pencapaian diraih dalam lakonan. Tetapi itu tidak pernah membuat saya ingin berundur.
"Kepercayaan diberi umpama bintang yang jatuh dari langit kerana sementara menunggu filem ditayangkan, saya berikan dulu fokus kepada nyanyian," katanya.

sumber : http://www.bharian.com.my/

Gambar Almy Nadia Bertudung Litup

 Berikut adalah  gambar Almy Nadia yang bertudung litup. Nampak comey lorrr.....:











sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Siti Nurhaliza Bercadang Ambil 2 Anak Angkat Palestin

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.

Menurut Siti, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.

"Ya... saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.

"Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.Bagaimanapun tambah Siti, perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

"Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu," ujarnya.Menurut Siit lagi, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.

"Saya bangga ramai rakan artis dah menjejakkan kaki di sana, Insyaallah saya sendiri memang bercita-cita untuk ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke bumi Gaza."Saya selalu mendengar cerita bahawa berada di sana lebih tenang dan tidak seperti digambarkan di dada-dada akhbar," katanya.

Pada Majlis tersebut, Siti turut menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin."Saya bersyukur kerana diberi penghormatan biarpun sumbangan saya yang sedikit kepada penduduk Gaza berbanding apa yang telah Mapim lakukan.

"Namun saya berharap ramai lagi rakan artis dan orang ramai lebih perihatin dengan kesusahan rakyat di negara itu," katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Halim dan kumpulan Rabbani.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Pemain gitar kumpulan Heavy Metal Lightningfan Daripada China Petik Gitar Didalam Aliran Elektrik.

 
Pemain gitar kumpulan Lightningfan, Wang Hongbin beraksi bersama gitarnya, menghasilkan aliran elektrik disekeliling gelung digelar Tesla Col di Fuzhou, China.
















Mengerikan........ Keretapi Lalu Dalam Pasar. (Gambar & Video)

 


Kalau anda melancong ke Thailand jangan lupa melawat kesebuah pasar yang terletak di Mae Klong di barat daya Bangkok, Thailand dan apabila anda berada didalam pasar itu nanti jangan pulak anda terkejut beruk apabila mendengar siren yang menandakan sebuah keretapi akan melalui dikawasan anda sedang membeli belah disitu dan anda juga akan mengalami suasana yang kelam kabut apabila semua peniaga dipasar ditempat keretapi tersebut akan lalu mengemas barang-barang mereka termasuk menurunkan khemah yang mereka pasang........... kalau tak kemas dan diketepikan alamat memang hancur dilanggar keretapi tersebut.










FACEBOOK GROUP MENCARI KEPUASAN SEKS YANG MEMALUKAN NEGARA!






GROUP FACEBOOK MENCARI KEPUASAN SEKS YANG SESAT | Kami dikejutkan dengan kemunculan satu group facebook yang menghimpunkan lelaki dan wanita gila seks satu Malaysia  untuk berkongsi pasangan dan memuaskan nafsu seks mereka. Apa yang membimbangkan, kebanyakan daripada mereka yang menyertai group Mencari Kepuasan Seks tersebut merupakan orang melayu.



Lihat sahaja berapa ramai orang melayu

Top 10 Tempat Aneh Dan Ajaib Di Dunia


1. Dry Valleys - Antartika



Lembah Kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini tidak jauh jadi pemandangan di Marikh. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temukan di Antartika, dan sama sekali tidak mendapat salji, sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Kdang-kala di dasar lembah ini terdapat danau ais yang tebalnya mencapai beberapa meter. Dan dibawah danau ini, terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih ajaib lagi, ternyata di dalam air tersebut ada makhluk hidup yang boleh hidup.


2. Socotra Island - Lautan Hindi 



Jika anda berkesempatan mengunjungi pulau ini, anda boleh dengan mudah berbohong bahwa anda baru saja diculik Alien, pemandangan Pulau Socotra yang sudah terpisah dari benua terdekat, benua Afrika selama 6 atau 7 Juta tahun ini, sangat unik. Apalagi di pulau ini terdapat 700 flora spesies flora dan fauna paling jarang ditemui di dunia.

Tapi jangan berharap boleh tinggal, iklim dipulau ini sangat keras, panas, dan kering banget. Pantai di pulau ini banyak sekali terdapat gua, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7 km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525 meter, dan bahkan beberapa tanaman usianya mencapai 20 juta tahun.

3.Rio Tinto - Sepanyol 



Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah plus aneh, sehingga pemandangan yang ada semakin mirip dengan bulan. Pertumbuhan dari lombong ini tidak hanya memakan gunung dan lembah yang ada, bahkan sampai semua penduduk desa di dekat tambang tersebut harus dipindahkan ke kota terdekat. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat masam dan tinggi kandungan logam beratnya.

4. Klikuk, the Spotted Lake - Kanada 



Pada saat musim panas, air di danau ini, berwap dan meninggalkan mineral yang ada mengkristal, dan membentuk berbagai kolam kecil dengan berbagai warna, yang pada umumnya adalah biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangi rasa sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat untuk merawat anggota mereka yang terluka.

5. Salar de Uyuni - Bolivia 



Adalah tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dan dataran geyser, dengan berbagai fatamorgana unik yang membuat anda merasa tinggal di planet lain.

6. Vale da Lua - Brazil 



Terjemahan dari nama tempat ini adalah Lembah Bulan, yang merupakan lembah batu yang terkikis air, dan meninggalkan banyak 'kolam renang alami'. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan tertua di dunia, yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal.

7. Blood Pond Hot Spring - Jepun 



Mata Air Panas Kolam Darah, adalah salah satu 'neraka' di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas alami yang muncul ditempat ini sangat indah, tapi mungkin tidak untuk mandi. 'Neraka kolam darah' ini memiliki air dengan warna merah akibat kandungan besi di dalamnya. Rasa macam di Mars kan ?

8. The Stone Forest - China 



Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya dibaca Shilin, adalah batuan alami yang dibentuk dari air yang terus menerus menggelegak menerpa permukaan dan mengikis bebatuan yang ada dan meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang alami. Daerah ini ternyata dikenal semenjak dinasi Ming dan dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Pertama'.

9. The Richat Structure - Mauritania 



Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) sampai dapat dilihat dari luar angkasa. Bentuk lingkaran yang ada juga masih belum dapat dijelaskan oleh para ilmuwan.

10. Eisriesenwelt Ice Caves - Austria 




Gua Ais ini berbeza sekali dengan gua biasa. Sekali anda masuk, panahan cahaya yang ada akan membuat anda merasa tidak sedang berada dalam planet ini, tapi sedang menjelajah ke planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan dapat mencapai panjang 40km.