Home > All posts
Disyaki Skandal Dengan Isteri Orang, Warga Emas Dilanggar & Dipukul Sebelum Mati
Posted by TerbaikLaH on Monday, July 1, 2013 at 1:41 PM

Pelajar Tingkatan Dua Dirogol Selepas Dipaksa Minum Arak Di Sabak Bernam
Posted by TerbaikLaH at 1:40 PM

SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Sinar Harian
Subhanallah! Penemuan Kucing Berlidah Manusia Di Terengganu
Posted by TerbaikLaH at 1:39 PM

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Hani Nur Zara & Shamsul Akmar, Adik Hattan
Posted by TerbaikLaH at 1:38 PM

Majlis resepsi pasangan ini dikhabarkan akan dilaksanakan di Negeri Sembilan pada 6 Julai. Turut hadir bersama di majlis pernikahan tersebut ialah Hattan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti dan diacarakan oleh diva tersohor Azwan Ali. sumber

Makna Kurang Elok, Natasha Hudson Tukar Nama Anak
Posted by TerbaikLaH at 1:36 PM

kan tetapi setelah mengetahui Taqiyyah turut mempunyai maksud kurang elok, sehingga ia melibatkan pengikut ajaran Syiah, Natasha telah mengambil keputusan untuk menukar nama bayinya kepada Naeema Kalila.

Menurut aktres tersebut, pada awalnya dia juga tidak tahu Taqiyyah turut mempunyai makna lain, sehingga dia menyertai sebuah majlis usrah. Setelah mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif mengenai soal agama, Natasha serta suami bersepakat untuk menukar nama puterinya itu kepada nama yang lebih elok dan sesuai.
Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah.
Natasha Hudson dan Carleed telah bernikah pada April 2012 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat pelakon wanita tersebut. Hasil perkahwinan dahulu, Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun. sumber
Manusia paling hebat imbangkan badan dengan kepala di hujung besi!!
Posted by TerbaikLaH at 1:36 PM
Manusia terhebat imbangkan badan dengan kepala..Biasa ja??
Yang ni luar biasa!! Beliau mengimbangkan badan menggunakan kepala di hujung besi..
Erghh..ngeri ja tgk..tapi tu la kenyataannya..Hebat!!
Jom layan gambar kalau xpercaya..
Yang ni luar biasa!! Beliau mengimbangkan badan menggunakan kepala di hujung besi..
Erghh..ngeri ja tgk..tapi tu la kenyataannya..Hebat!!
Jom layan gambar kalau xpercaya..
JANGAN CUBA AKSI INI DI RUMAH!!
Seleb VS Seleb
Posted by TerbaikLaH at 1:33 PM
Jom kita lihat perbandingan fesyen-fesyen artis Hollywood
Mary Kate Vs Ashley Olsen
Pasangan kembar Mary Kate dan Ashley Olsen ini tampil dengan gaya tersendiri lagi pelik ketika ke acara Met Gala 2013 baru-baru ini. Gaun malam Ashley Olsen itu tidak sesuai di badannya. Persalinan Mary Kate pula mungkin boleh membuatkan Peta naik hantu kerana kehadiran bulu binatang itu.

Beyonce Vs Blake LivelyApabila gaun meleret Givenchy yang dipakai Beyonce berlawan dengan gaun Gucci yang dipakai Blake Lively. Siapakah pemenangnya? Suka dengan kesederhanaan yang ada pada gaun Blake dan rasanya gaun Givenchy itu terlalu berserabut di badan Beyonce.

Jennifer Lopez Vs Anne HathawayJennifer Lopez tak mahu kalah gaya dengan gaun harimau kumbang rekaan teman rapatnya Michael Kors, manakala Anne Hathaway tampil berani menunjukkan sebahagian badannya dengan gaun Valentino. Amboi Anne Hathaway, rambut baru nampak.

Giuliana Rancic Vs Ivanka Trum
Giuliana Rancic dan Ivanka Trump mempunyai persamaan. Untuk itu kali ini mereka disatukan ketika hadir di majlis Met Gala 2013 baru-baru ini. Sesuai dengan tema Punk, rasanya Ivanka Trump menepati tema acara. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, dia memang tampak cukup Stailista.
]
sumber : http://www.murai.com.my/