“Apa Masalahnya Jika Saya Kahwin Lari?” – Shahz Jaszle

on Monday, July 1, 2013



Biarpun pertunangan Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri sudah diputuskan sejak 10 Jun lalu oleh keluarga Puteri, namun Shahz tetap menegaskan bahawa dia tetap mahu meneruskan perhubungannya dan bernikah dengan Puteri biarpun tanpa restu keluarga.

Shahz yang menegaskan bahawa dia terlalu mencintai Puteri dan tekad untuk kahwin lari sekiranya gagal memujuk keluarga Puteri untuk menerimanya kembali. Walaupun Shahz tahu bahawa, biarpun dia disahkan tidak bersalah, keluarga Puteri tidak mahu menerimanya lagi setelah segala kontroversi yang berlaku.

“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi. Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan,” ujar Shahz Jaszle.

Menurut Shah Jaszle juga, selepas insiden dia ditangkap khalwat Puteri semakin kerap menemaninya di set penggambaran jika ada kelapangan, tidak pula timbul soal Puteri ponteng kuliah.

Shahz juga mengakui bahawa isu berkenaan tangkap khalwat benar-benar buatnya tertekan dan sudah penat untuk berhadapan dengan isu ini.

sumber :http://ohartis.com/ 

Mat Yo Marah Buang Pingat Dalam Tong Sampah



Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan. Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

Perlu sokongan
Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu. Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring

sumber : http://ohartis.com/

Permintaan Diana Danielle Sebelum Lahirkan Bayi Sulung


Sebelum ini dunia hiburan tempatan kecoh dengan penyebaran sekeping foto yang menunjukkan pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil sedang mendukung seorang bayi lelaki sehingga ada yang menyangka isteri pelakon tersebut, Diana Danielle telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Akan tetapi, segala spekulasi itu telah dibidas oleh Farid menerusi sebuah video Keek, di mana menerusi video tersebut pelakon ini telah menyatakan bahawa bayi sulungnya itu dijangka akan lahir pada pertengahan Julai ini.

Memandangkan hari ini telah memasuki bulan Julai, jadi pastinya ramai peminat sudah tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata pertama pasangan ini dan menerusi laman Instagram, Diana turut memohon agar semua rakan dan ahli keluarga mendoakan yang terbaik buat dirinya.



Diana & Farid ketika berbulan madu

Menerusi respon peminat dilaman berkenaan, ramai antara mereka mendoakan keselamatan pelakon ini dan berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar.
Tidak kurang juga ada yang menasihati Diana supaya memperbanyakkan doa serta zikir agar semuanya dipermudahkan.

Apa pun,  tidak sabar untuk melihat kehadiran bayi sulung Farid Kamil dan Diana Danielle. Diharapkan agar semuanya selamat dan berjalan dengan baik.

sumber : http://www.ohbulan.com/

Min Yasmin Gelabah Julfekar Jatuh Sakit



Semalam laman Twitter digemparkan dengan tweet daripada penyanyi baru, Min Yasmin mengkhabarkan tentang keadaan Julfekar yang jatuh sakit secara tiba-tiba.
Menurut Min Yasmin, mereka sepatutnya keluar untuk bermain badminton apabila Julfekar tiba-tiba menelefonnya memberitahu tidak boleh bergerak.



Julfekar, komposer terkenal yang juga merupakan bos kepada Min Yasmin kemudian dikejarkan ke hospital kerana dipercayai tulang belakangnya tergelincir dan bergesel menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

Susulan daripada itu, Julfekar diarahkan untuk berehat selama tujuh hari sebelum menjalani rawatan lanjut pada 12 Julai 2013.
Sebelum ini, pernah timbul isu percintaan yang melibatkan Min Yasmin dan Julfekar namun kedua-duanya menafikan gosip itu walaupun Min mengakui keluarganya tiada masalah bermenantukan Julfekar.

sumber : http://www.ohbulan.com/

Biar betik!!Lelaki jadi genius setelah dipukul penjahat!!

Aneh, lelaki ini menjadi genius setelah dipukul oleh sekumpulan penjahat. BAGI kebanyakan orang, pendidikan yang tinggi diperlukan untuk mendapat gelaran genius. Namun bagi Jason Padgett, kecerdasan tinggi diperolehnya hanya dalam waktu satu malam. Macam mana boleh terjadi ya??
Lelaki yang berasal dari Tacoma, Washington, Amerika Serikat ini tidak mempunyai gelaran sarjana, setelah disingkirkan dari kolej kerana tidak mencapai tahap yang ditetapkan pihak kolej. Dengan gelaran mahasiswa yang disingkirkan, Padgett menghabiskan waktunya hanya dengan berpesta dan berfoya-foya.

Hingga pada suatu malam, hidup Padgett berubah selamanya. Setelah berpesta di sebuah kelab karaoke di Tacoma, sekumpulan penjahat menyerang Padgett, memukul dan menendang kepalanya berkali-kali.“Saya melihat kilatan cahaya, lalu tidak sedarkan diri. Setelah sedar, saya sedang berlutut di tanah dan saya pikir, saya akan mati,” ungkapnya seperti dikutip Oddity Central, Selasa (1/5).

Dua hari setelah insiden ini, Padgett merasakan sesuatu yang berbeza. Lelaki yang kini berusia 41 tahun itu mendadak mampu menggambar diagram yang mewakili rumus-rumus matematik dalam pelbagai bentuk. Padahal sebelumnya Padgett tidak mampu menggambarkannya sama sekali.
“Saya melihat semua hal seperti diagram theorem Pythagoras. Setiap benda dengan lekukan, spiral, semua terlihat seperti diagram matematik,” ujarnya.Gambar dengan pola geometrik matematik yang dibuat Padgett disebut fractal. 
Gambar fractal buatan Padgett dilihat sangat detail, bahkan rumit untuk dibuat secara manual.Kemampuan Padgett yang datang secara tiba-tiba membuat Padgett sempat ke Finlandia untuk menjalani serangkaian test oleh Berit Brogaard, ahli syaraf dan professor falsafah dari Center for Neurodynamics di University of Missouri – St. Louis.Hasil scan menunjukkan Padgett mengalami kerosakan otak, sehingga beberapa bahagian otak yang lazimnya tidak dapat diakses menjadi terdedah . 
Keadaan inilah yang membuat Padgett memiliki kecerdasan setara manusia super.Dengan kepintaran ini, Padgett meninggalkan profesion lamanya sebagai pegawai kedai perabot dan beralih menjadi guru matematik.Sumber

Atilia Kemalangan

Kilafairy Sorok Kisah Sedang Bercinta Dengan Hardy Hartono?



Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy sebelum ini memang jarang dikaitkan dengan mana mana lelaki melainkan awal kemunculannya dulu kontroversi susuk tubuhnya yang seksi hingga digelar Angelina Jolie Malaysia dan juga pernah dikaitkan dengan pengarah filem Karak.

Sejak awal tahun lalu, kami mengikuti juga perkembangan artis ini memang agak sibuk dengan perniagaan butik pakaiannya, Rack dan terselit juga gambar dia bersama seorang lelaki dengan kepsyen yang agak menarik namun begitu Kilafairy bijak mengaburi mata pengikut-pengikutnya.

Melihat dari komen-komen peminatnya di laman Instagram ada juga yang meneka lelaki tersebut adalah pelakon dari seberang, Hardy Hartono dan pada keluaran Berita Harian semalam, gossip ini dapat disahkan apabila memang mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing dan berjaya menyorok perhubungan mereka lebih kurang dua tahun.

Detik perkenalan mereka bermula ketika Hardy Hartono datang ke Malaysia untuk berlakon di bawah arahan Erma Fatima berjudul Kitab Cinta dan itu merupakan percubaan pertamanya di sini dan ketika membelek majalah yang terpampang wajah Kilafairy, Hardy seakan jatuh cinta pandang pertama dan bermula dari situ mereka mula berkomunikasi.

“Kami bertukar nombor telefon termasuk Blackberry Messenger (BBM). Kami berhubung tanpa berjumpa dan hanya beberapa bulan selepas itu baru bersua muka. Menerusi komunikasi, ia menjadi kelebihan untuk saya mengenali dirinya serba sedikit. Tak sangka kami rapat sudah dua tahun.”








sumber :http://www.rotikaya.com/