Shah Jaszle Akan Kahwin Lari Jika Hubungan Terus Tidak Direstui Keluarga Redzwani Puteri

on Tuesday, July 2, 2013

Memang gila. Pendek akal juga si Shah Jaszle ini rupanya. Mana ada orang nak kahwin lari siap bagitau kat suratkhabar. Kalau nak kahwin lari, terus pergi je. Jangan bagitau perancangan anda. Mungkin Shah Jaszle kecewa sangat kerana hubungannya dengan Redzwani Puteri kini mendapat tentangan daripada keluarga sebelah sehingga membuat keputusan sebegini.
shah jaszle kahwin lari
Kata Shah Jaszle kepada Berita Harian semalam:-
Apa masalahnya sekalipun kami kahwin lari? Saya akan terus pujuk keluarga Puteri menerima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tak mahu perkara itu terjadi. Tapi, jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana. Sekarang saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu teruskan.
redzwani puteri
Untuk makluman, hubungan pertunangan antara Shah Jaszle dan Redzwani Puteri sudah pun berakhir. Namun Puteri masih lagi bertemu dengan Shah Jaszle dan meneruskan percintaan mereka. Perkara ini amat mengecewakan keluarga Puteri terutamanya abang sulungnya, Redzwan Najib. Kata abang Puteri:-
Sebenarnya saya dah malas dah nak fikir mengenai perkara ini. Saya dan keluarga cuba menghalang Puteri meneruskan perhubungan bersama Shahz, tapi nampaknya tidak berkesan, jadi saya abil keputusan buat tak tahu saja. Terus-terang saya dah tak kisah dengan situasi yang berlaku ketika ini.
Saya dah tak larat nak nasihatkan Puteri. Ayah pula memang halang habis-habisan hubungan Puteri dengan Shahz selepas membaca laporan JAIS. Bagi saya, apa yang dilakukan Puteri, tempiasnya kena pada keluarga. Namun, Puteri pernah berjanji dengan emak, dia memang akan tinggalkan Shahz, namun beri beliau sedikit masa. Katanya bukan senang nak hilangkan perasaan cinta tue, tapi yang berlaku sebaliknya.
Memang sukar nak hilangkan perasan kasih dan sayang lebih-lebih lagi jika sudah bergelar tunang. Puteri kena cepat-cepat cari kekasih baru.Hanya itu jalan paling pantas. Diharap Puteri dapat berfikir secara rasional dan memikirkan masa depannya sebelum membuat apa-apa keputusan.

PASANGAN REMAJA KANTOI BERMADU ASMARA DI TEMPAT AWAM!

on Monday, July 1, 2013





GAMBAR REMAJA BOGEL BEROMEN DI TEMPAT AWAM | Seorang pelayar web Stomp, Nur Ilham telah terserempak dengan pasangan ini di tempat letak kereta bertingkat di Blok 34A Lebuh Marsailing sedang memadu asmara dikawasan awam.



Apa yang mengejutkan beliau adalah, tindakan remaja perempuan itu yang telah menanggalkan baju dan branya.



Remaja perempuan itu kemudiannya berbaring dan membiarkan

Gambar Zehra Zamri Terkini


Inilah penyanyi Zehra Zamri yang terkenal dengan lagu Hanya Kau yang dikatakan kini sudah bertudung. Zehra kelihatan disatu majlis besar kenamaan untuk makan malam TUDM yang turut dihadiri Sultan Pahang
Sultan Haji Ahmad Shah.






Ardi Rizal budak 2 tahun sudah kurang merokok.

Ahaa..entry kali ni pasal budak 2 tahun yang ketagih hisap rokok.. Kira macam sambungan jugakla.. Bagi yang tak pernah baca, klik SINI.Waktu tengah wat research,terjumpa la 1 blog ni.. Blog ni update terjumpa artikel dari Utusan Malaysia mengatakan bahawa budak tersebut tidak lagi ketagih merokok..


JAKARTA 8 Jun - Budak lelaki Indonesia berusia dua tahun yang mencetuskan kekecohan apabila video merakamkan dia merokok tersebar di Internet pada bulan lalu, berjaya mengurangkan lebih separuh ketagihannya.Ardi Rizal kini hanya menghisap 15 rokok sehari berbanding 40 batang sehari sebelum ini, hasil daripada terapi 'tumpuan bermain' oleh pegawai kebajikan kanak-kanak Indonesia.Dia diberi rokok seawal usia 18 bulan dan sejak itu jika tidak diberikan rokok, dia akan menghantukkan kepalanya ke dinding dan meragam, namun ibu bapanya menyatakan dia dalam keadaan 'sihat'.Penggunaan teknik psikologi juga dipakai, yang mana Ardi yang suka menyanyi diberitahu yang dia tidak akan dapat menjadi artis terkenal jika dia terus merokok. -AFP Sumber


(12 GAMBAR)Majlis Pernikahan Hani Nur Zara Dengan Shamsul Akmar, Adik Hattan

Pada 29 Jun lepas, telah berlangsung majlis pernikahan anak perempuan produser Julie Dahlan yang juga seorang pelakon, Hani Nur Zara Harmi, 31, yang telah berkahwin dengan adik kepada penyanyi Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33.


Majlis resepsi pasangan ini dikhabarkan akan dilaksanakan di Negeri Sembilan pada 6 Julai.Turut hadir bersama di majlis pernikahan tersebut ialah Hattan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti dan diacarakan oleh diva tersohor Azwan Ali. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.










Awi Rafael Nafi Pernah Bercinta Dengan Shila Amzah

Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa Awi Rafael pernah bercinta dengan Shila Amzah. Khabar angin ini bertiup kencang selepas Awi putus cinta dengan Hanez Suraya. Hari ini menerusi Utusan Malaysia, Awi menafikan khabar angin tersebut.



Menurut Awi Rafael, hubungannya dengan Shila ketika itu hanyalah sebagai kawan. Tidak lebih dari itu. Kata Awi:-
Saya ikhlas berkawan dengan Shila dan tidak pernah terfikir bercinta pun waktu itu. Hubungan kami seperti rakan-rakan artis lain. Sebagai rakan artis saya gembira dengan pencapaiannya dalam bidang seni. Buat masa sekarang fokus utama saya adalah karier, tentang masa depan itu biar Allah yang tentukan. Lagipun saya baru sahaja putus cinta, jadi mana mungkin saya mencari cinta baru buat masa ini

Nampaknya khabar angin tersebut hanyalah khabar angin. Namun mana tahu di masa hadapan memang akan ada jodoh antara Awi dan Shila. Buat masa ini, biarlah mereka berdua memberi fokus kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu. Semoga karier Awi dan Shila terus berkembang di masa hadapan.


sumber : http://beautifulnara.com/

Saya Tolak Kalau Watak Ibu Ala-ala Orang Kampung – Zila Bakarinart

Barulah Abang Nara faham kenapa kalau Zila Bakarin berlakon, mesti watak yang dibawanya sentiasa vogue, mekap tebal dan berbulu mata palsu. Rupa-rupanya Zila Bakarin hanya akan menerima watak yang membawakan imej ibu moden. Kalau ditawarkan watak ibu ala-ala kampung ini, pasti akan ditolak oleh Zila.
zila bakarin
Abang Nara tak kisah pun sebab setiap pelakon pasti ada watak yang mereka mahukan. Lagipun lakonan Zila Bakarin memang menjadi. Bagi jerlah watak apa pun. Confirm Zila boleh buat. Kata Zila menerusi Pancaindera semalam:-
Salahkah saya kalau mahu kelihatan sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki? Takkan saya nak nampak selekeh. Itu bukan cara saya. Bahkan saya sendiri yang mahu jadi ibu yang cantik kalau dapat tawaran berlakon. Saya tolak awal-awal kalau produksi mahu saya berperwatakan ibu ala-ala orang kampung. Kena pakai baju kurung, tudung kepala dan selekeh memanjang.
Saya mahu watak ibu yang moden, memakai baju cantik dan bermekap. Kalau kita lihat drama yang ditayangkan di Indonesia, semua watak-watak ibu digambarkan cantik. Mana ada yang selekeh atau buruk.
zilaNamun bagi Abang Nara, sekali sekala mainkan watak ibu ala-ala kekampungan pun apa salahnya. Bolehlah pelbagaikan watak. Tak adalah orang bosan melihat Zila Bakarin memainkan watak yang sama. Apa kata Zila cuba berlakon ibu ala-ala kampung tapi yang vogue punya. Confirm meletup kan? Hehehe.