Menurut Awi Rafael, hubungannya dengan Shila ketika itu hanyalah sebagai kawan. Tidak lebih dari itu. Kata Awi:-
Saya ikhlas berkawan dengan Shila dan tidak pernah terfikir bercinta pun waktu itu. Hubungan kami seperti rakan-rakan artis lain. Sebagai rakan artis saya gembira dengan pencapaiannya dalam bidang seni. Buat masa sekarang fokus utama saya adalah karier, tentang masa depan itu biar Allah yang tentukan. Lagipun saya baru sahaja putus cinta, jadi mana mungkin saya mencari cinta baru buat masa ini
Nampaknya khabar angin tersebut hanyalah khabar angin. Namun mana tahu di masa hadapan memang akan ada jodoh antara Awi dan Shila. Buat masa ini, biarlah mereka berdua memberi fokus kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu. Semoga karier Awi dan Shila terus berkembang di masa hadapan.
sumber : http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment