Anak Adi Putra Masuk Wad

on Tuesday, July 2, 2013

Anak Adi Putra Masuk Wad | Khabarnya selepas tiga hari bercuti bersama peminat di Bandung, pelakon utama watak Teduhan Kasih,  Adi Putra terpaksa bergegas ke hospital ekoran anaknya yang dimasukkan ke wad kerana masalah pernafasan.

Anak Adi Putra Masuk Wad

Adi Putra yang dihubungi wartawan hiburan mediahiburan telah mengesahkan berita tersebut;

"Sebelum ini Adelia dah lama batuk. Kerana kahak yang banyak menyebabkan dia susah bernafas. Jadi, Adelia terpaksa ditahan dan perlu menjalani pembedahan kecil.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar semalam. InsyaAllah Adelia dijangka keluar esok."

Dalam pada itu, Adi Putra juga sempat memberitahu dia dan isterinya bersama-sama menjaga anak mereka sepanjang di hospital.

# Semoga cepat sembuh. sumber

Permintaan Diana Danielle Sebelum Lahirkan Anak

Permintaan Diana Danielle Sebelum Lahirkan Anak | Ramai peminat industri hiburan tahu yang isteri Farid Kamil,  Diana Danielle akan melahirkan bayi sulung mereka pada bulan Julai ini.



Diana yang kini berada di Australia menerusi laman Instagram beliau memohon semua rakan dan peminat mendoakan yang terbaik buat beliau sementara menantikan kelahiran cahayamata pertama mereka. Mesti ramai  peminat yang tak sabar dan ingin melihat wajah bayi Farid Kamil dan Diana Danielle ini... sumber


Permintaan Diana Danielle Sebelum Lahirkan Anak

Fazura Bertudung Labuh Bersama Prof Muhaya



Fazura kelihatan sangat manis apabila tampil bertudung labuh dalam satu program bersama Prof Dr Muhaya Muhamad, 3 minggu lalu. 

Gambar berkenaan dimuat naik oleh pelakon jelita ini ke laman Instagram miliknya. Boleh dikira agak ‘rare’ bagi artis sepertinya memakai tudung sebegini kerana tudung yang dipilih artis wanita untuk tampil di khalayak umum biasanya sama ada selendang atau tampak glamor dengan pelbagai cara lilitan. 

Bersama gambar tersebut, Fazura memuatkan caption menyatakan dia memakai tudung yang sedia untuk dibawa bersolat bersama bonda dan mentornya, Prof Dr Muhaya yang sangat dikasihi dan dihormatinya. 

Manalah tahu, satu hari nanti Fazura benar-benar mendapat hidayah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya. sumber

(VIDEO) Subhanallah! Lelaki Bercahaya Dirakam Dalam Masjid Nabawi




Di laman YouTube, satu video yang melihatkan susuk tubuh seorang lelaki bercahaya yang sedang mendengar khutbah Jumaat dalam Masjid Nabawi tersebar meluas. Dalam video itu, menampakkan hanya seorang lelaki sahaja sangat bercahaya ketika khusyuk mendengar. 

Subhanallah! 

Itu adalah tanda kebesaran Tuhan. Sekiranya cahaya itu adalah cahaya matahari, boleh dikatakan agak mustahil kerana hanya lelaki itu sahaja yang terkena cahaya. 

Sekiranya di edit, wallahu’alam. Kiranya benar di edit, hebat juga manusia yang melakukan kerja seperti itu. 

Apa-apa pun, semua yang berlaku di muka bumi ini adalah kebesaram dam kekuasaan dari Tuhan, Allah S.W.T.  sumber


Syarat Peraturan Baru Penerbangan MAS Mulai Julai 2013


Syarat Peraturan Baru Penerbangan MAS yang dikuatkuasa mulai 1 Julai 2013. Sistem penerbangan Malaysia telah menaik taraf peraturan yang sedia ada bagi keselesaan penumpang mereka. Untuk info, peraturan kali ini adalah lebih baik daripada peraturan sebelumnya.

peraturan baru mas 2013

Syarat Peraturan Baru MAS Mulai Julai 2013
  • Pelanggan Kelas Ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat maksimum 7 kilogram (kg) berbanding 5 kg sebelum ini.
  • Penumpang Kelas Pertama dan Perniagaan dibenarkan membawa dua bagasi dengan berat maksimum masing-masing 7 kg. Had ketinggian setiap bagasi tidak lebih 56 sentimeter (sm), panjang 36 sm dan lebar 23 sm.
  • Setiap pelanggan boleh membawa masuk sama ada notebook atau komputer riba atau beg bimbit atau beg binokular.
  • Pelanggan yang membawa bayi berumur kurang daripada 24 bulan, boleh membawa satu beg berisi makanan bayi dan lampin seberat 5 kg, katil lipat dan kereta sorong bayi boleh lipat.
  • Kadar bayaran tertentu akan dikenakan ke atas bagasi kabin yang melebihi had muatan dibenarkan.
sumber

Senarai Laman Web Kena Hack Digodam Hacker Bangladesh


Senarai laman web di Malaysia yang kena hack atau digodam hacker Bangladesh. Kesemua laman web tersebut adalah laman web besar di Malaysia seperti microsoft, Dell, Skype, Kaperksky, MSN dan Bing cawangan Malaysia. Penggodam ini menyampaikan satu mesej kepada rakyat Malaysia semua menghormati rakyat Bangladesh yang bekerja di negara ini dan bukannya mencaci mereka.

laman-web

Senarai Laman Web Kena Godam Bangladesh

laman-web

sumber


Syura mahu tunaikan nazar ibu


JUARA Masterchef Selebriti Malaysia 2, Syura mahu menghantar ibunya menunaikan umrah menerusi duit kemenangannya.

Syura menerima hadiah dua tiket penerbangan kelas perniagaan pergi dan balik ke Paris, Perancis menaiki pesawat Airbus A380 MAS dan lebih manis apabila sajian Syura akan dihidangkan di kelas pertama pesawat berkenaan.

Penyanyi itu turut meluahkan isi hati untuk menghantar ibunya, Samsiah Mohammad, 62, mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum dia dan suaminya terbang ke Perancis.

“Saya mahu lunaskan nazar terhadap ibu saya terlebih dahulu sebelum pergi bercuti. Ini impian saya apabila menyertai rancangan ini dah syukur Alhamdulillah hajat saya dimakbulkan,” ujarnya.

MasterChef Selebriti Malaysia 2 disertai oleh 19 selebriti antaranya Rozita Che Wan, Enot, Kenchana Devi, Norish Karman, Syanie, Lydiawati, Datuk Aznil Nawawi dan Zain Saidin.

Sementara itu, ulas Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkenaan spekulasi kemenangan Syura yang telah bocor terlebih awal, pihaknya akan memastikan rahsia rancangan MasterChef selepas ini diperketatkan.

“Sebenarnya spekulasi itu timbul kerana rancangan ini telah dirakamkan terlebih awal, namun tidak dinafikan sehingga malam episod akhir masih ada sokongan terhadap Celina.

“Spekulasi sukar dikawal dan orang akan tetap memperkatakan tapi kebenarannya muncul pada malam episod akhir,” katanya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp