Syura mahu tunaikan nazar ibu

on Tuesday, July 2, 2013


JUARA Masterchef Selebriti Malaysia 2, Syura mahu menghantar ibunya menunaikan umrah menerusi duit kemenangannya.

Syura menerima hadiah dua tiket penerbangan kelas perniagaan pergi dan balik ke Paris, Perancis menaiki pesawat Airbus A380 MAS dan lebih manis apabila sajian Syura akan dihidangkan di kelas pertama pesawat berkenaan.

Penyanyi itu turut meluahkan isi hati untuk menghantar ibunya, Samsiah Mohammad, 62, mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum dia dan suaminya terbang ke Perancis.

“Saya mahu lunaskan nazar terhadap ibu saya terlebih dahulu sebelum pergi bercuti. Ini impian saya apabila menyertai rancangan ini dah syukur Alhamdulillah hajat saya dimakbulkan,” ujarnya.

MasterChef Selebriti Malaysia 2 disertai oleh 19 selebriti antaranya Rozita Che Wan, Enot, Kenchana Devi, Norish Karman, Syanie, Lydiawati, Datuk Aznil Nawawi dan Zain Saidin.

Sementara itu, ulas Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkenaan spekulasi kemenangan Syura yang telah bocor terlebih awal, pihaknya akan memastikan rahsia rancangan MasterChef selepas ini diperketatkan.

“Sebenarnya spekulasi itu timbul kerana rancangan ini telah dirakamkan terlebih awal, namun tidak dinafikan sehingga malam episod akhir masih ada sokongan terhadap Celina.

“Spekulasi sukar dikawal dan orang akan tetap memperkatakan tapi kebenarannya muncul pada malam episod akhir,” katanya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment