NGERI...perempuan dibunuh dan dikerat

on Tuesday, July 2, 2013

Motif pembunuhan disebabkan dendam. Dunia semakin kejam...










NGERI...hukuman buat PEROGOL

Hukuman yang boleh dianggap kejam ini adalah hukuman yang dijalankan kepada perogol yang dilaksanakan di Alagoas, Brazil. Mungkin dengan cara ini, peratusan perogol disana dapat dikurangkan disamping hukuman dijalankan di khalayak ramai...













Amar Alfian dan Adam Corrie


Susan Manen Aktif Selepas Anak Membesar


SUSAN mengaku sering menolak tawaran berlakon kerana diberi imbuhan yang terlalu sedikit.

NAMA pelakon cantik Susan Manen mungkin agak asing buat generasi baharu, tetapi dia pernah bergiat aktif dalam bidang lakonan sekitar pertengahan tahun 90-an.

Setelah muncul juara pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1993, dia kemudiannya telah dilamar untuk membintangi filem berjudul Penyu arahan Z. Lokman dua tahun kemudian sehingga mula melonjakkan namanya sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun, pelakon yang kini berusia 39 tahun itu seperti tenggelam dalam dunia lakonan apabila dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mustapha Kamal dan bergelar mualaf pada tahun 1998.

Berpeluang menemuinya semasa penggambaran telemovie Abang Long vs Kak Yong di Damansara, Petaling Jaya, Selangor minggu lalu, ibu kepada empat orang anak itu menyatakan dia tidak pernah meninggalkan bidang lakonan.

"Memandangkan kesemua anak-anak saya sudah semakin membesar, sudah tiba masanya untuk saya aktif semula. Sebelum ini agak sukar untuk selalu berlakon kerana perlu menjaga anak-anak memandangkan kami tidak menggunakan khidmat pembantu rumah."katanya.

"Suami menyokong keinginan saya yang ingin aktif berlakon kerana dia juga merupakan seorang pelakon, asalkan saya perlu menjaga batas-batas sebagai seorang isteri dan ibu. Kini, kami hanya perlu mengaturkan jadual supaya tumpuan terhadap anak-anak tidak terabai. Misalnya, kami akan pastikan jadual lakonan tidak bertembung sesama sendiri supaya ada yang menjaga rumah dan anak-anak sekiranya salah seorang daripada kami menjalani penggambaran."

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Adakah korang seberani awek cun ini?

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Японку подвесили за кожу спины на стальных крюках

Rumah Khairi Jamaluddin Di Masuki Perompak

Rumah Khairi Jamaluddin Di Masuki Perompak | Empat orang lelaki telah masuk/menceroboh kediaman Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Jalan Setiabestari, Bukit Damansara kelmarin dan melarikan beberapa unit komputer riba dan jam tangan.

Rumah Khairi Jamaluddin Di Masuki Perompak

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, semasa kejadian pada pukul 5.30 petang itu hanya pembantu rumah menteri itu berada di rumah tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan itu dikatakan tiada di rumah semasa kejadian kerana menyaksikan final Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Tambah beliau, suspek-suspek yang dikatakan menaiki sebuah kereta Proton Waja itu masuk ke rumah orang kenamaan itu dengan memanjat tembok pagar di tepi rumah dan masuk menerusi pintu kayu depan yang tidak berkunci.

“Semasa itu pembantu rumah menteri itu berada di dapur dan menyedari kejadian itu semasa keluar ke ruang tamu sebelum terkejut melihat pintu depan terbuka.

“Selepas itu pembantu rumah terbabit melihat empat suspek sedang menyelongkar bilik tidur utama majikannya,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. sumber

Komposer Julfekar Rebah Ketika Hendak Bermain Badminton

Komposer Julfekar Rebah Ketika Hendak Bermain Badminton | Komposer Julfekar Ahmad Shah mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang ketika sedang bersiap untuk bermain badminton di sebuah kompleks sukan Cheras, pada semalam (Ahad).
Komposer Julfekar Rebah Ketika Hendak Bermain Badminton

Menurut Julfekar, 49, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 9.30 pagi ketika dia sedang menunduk untuk mengikat tali kasut di rumahnya sebelum terdengar bunyi sesuatu pada bahagian pinggangnya yang membuatkan dia rebah.

"Ketika itu saya bersama dua artis saya iaitu Min Yasmin dan Hafeez Hai. Mereka mengajak saya bersukan bermain badminton bersama.

"Memandangkan saya tidak pernah bersukan, jadi saya cukup bersemangat dengan membeli satu set peralatan dan pakaian sukan.

"Tetapi tak sangka pula, ketika saya memusing badan untuk mengikat tali kasut, tulang belakang saya berbunyi dan ketika itu saya terus tak boleh nak bergerak," katanya yang dihubungi wartawan.

Menurut Julfekar lagi, akibat kejadian itu, dua artis berkenaan telah menghubungi ambulans dan dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, dekat sini bagi mendapatkan rawatan.

Komposer Julfekar Rebah Ketika Hendak Bermain Badminton

Tambah Julfekar, pemeriksaan awal mendapati terdapat gelinciran pada tulang pinggulnya tetapi pihak hospital akan dapat mengesahkan perkara itu selepas membuat rawatan susulan pada 12 Julai depan.

"Doktor meminta saya untuk berehat sebelum menjalani pemeriksaan MRI (imbasan resonen magnetik).

"Tetapi saya tidak boleh duduk diam kerana banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Seperti hari ini (Isnin), saya mempunyai rakaman lagu raya bersama dengan artis-artis syarikat saya, MilleniumArt dan Dream Music Sdn Bhd.," ujarnya yang dibenarkan keluar pusat perubatan itu kira-kira pukul 5 petang hari yang sama.

Menurut Julfekar lagi, kecederaan itu sebenarnya telah memberikan sedikit peringatan untuknya mengenai keperluan menjaga kesihatan diri.

"Sebelum ini saya tidak pernah berasa akan melalui kesakitan yang sangat perit seperti ini. Tetapi apabila perkara ini berlaku baru saya sedar, penjagaan kesihatan amat diperlukan.

"Tambahan pula, doktor kata berat badan saya melebihi daripada yang sepatutnya. Mungkin selepas ini saya akan lebih kerap menjalani rutin senaman," ujarnya sambil memberitahu kejadian tersebut telah membuatkan dia hampir-hampir pitam. sumber