Susan Manen Aktif Selepas Anak Membesar

on Tuesday, July 2, 2013


SUSAN mengaku sering menolak tawaran berlakon kerana diberi imbuhan yang terlalu sedikit.

NAMA pelakon cantik Susan Manen mungkin agak asing buat generasi baharu, tetapi dia pernah bergiat aktif dalam bidang lakonan sekitar pertengahan tahun 90-an.

Setelah muncul juara pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1993, dia kemudiannya telah dilamar untuk membintangi filem berjudul Penyu arahan Z. Lokman dua tahun kemudian sehingga mula melonjakkan namanya sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun, pelakon yang kini berusia 39 tahun itu seperti tenggelam dalam dunia lakonan apabila dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mustapha Kamal dan bergelar mualaf pada tahun 1998.

Berpeluang menemuinya semasa penggambaran telemovie Abang Long vs Kak Yong di Damansara, Petaling Jaya, Selangor minggu lalu, ibu kepada empat orang anak itu menyatakan dia tidak pernah meninggalkan bidang lakonan.

"Memandangkan kesemua anak-anak saya sudah semakin membesar, sudah tiba masanya untuk saya aktif semula. Sebelum ini agak sukar untuk selalu berlakon kerana perlu menjaga anak-anak memandangkan kami tidak menggunakan khidmat pembantu rumah."katanya.

"Suami menyokong keinginan saya yang ingin aktif berlakon kerana dia juga merupakan seorang pelakon, asalkan saya perlu menjaga batas-batas sebagai seorang isteri dan ibu. Kini, kami hanya perlu mengaturkan jadual supaya tumpuan terhadap anak-anak tidak terabai. Misalnya, kami akan pastikan jadual lakonan tidak bertembung sesama sendiri supaya ada yang menjaga rumah dan anak-anak sekiranya salah seorang daripada kami menjalani penggambaran."

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment