Datuk 70 Tahun Badan Macam 30 Tahun

on Tuesday, July 2, 2013

Anda tentu ingat gambar berikut adalah hasil dari super impose. Tetapi tanggapan anda sememangnya salah kerana ianya adalah gambar asli Dr. Jeffrey Life. Dr. Jeffrey mula berusaha membina badan ketika dia berusia 60 tahun. Pada masa itu dia mengalami obesiti, diabetis dan kemurungan.

Hasil kerja keras selama 12 minggu dalam cabaran Muscle Media Magazine dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11kg namun dia belum berpuas hati. Dr. Jeffrey mula mengambil beberapa jenis hormon dan makanan kesihatan beserta latihan fizikal yang keras bertujuan mendapatkan tubuh badan idamannya itu.









sumber : http://www.mijamedia.com/

Artis Bollywood Yang Melakukan Pembedahan Plastik

Ramai peminat yang mengkagumi kecantikan hero dan heroin Bollywood pujaan mereka.Tahukah anda kecantikan mereka itu hasil daripada pembedahan plastik.Di bawah adalah senarai artis-artis Bollywood yang melakukan pembedahan plastik.


Priyanka Chopra - nosejob (rhinoplasty)



Preity Zinta - facial fillers



Sushmita Sen - silicon implants



Kareena Kapoor - nose job & cheek bones



Aamir Khan - facelift & fillers



Sridevi - nose job



Ayesha Takia - silicon implants

Saif Ali Khan - botox(wrinkled), face lift & under eye blepharoplasty


Katrina Kaif - lips collagen & nose job


sumber : http://ceritaapakah.blogspot.com/

Lelaki Hadiahkan Kekasihnya Gaun Dari 9999 Mawar

Seorang lelaki dari China, Xiao Fang menghadiahkan sepasang gaun yang dihiasi 9999 kuntum mawar merah bagi tujuan melamar kekasihnya, Yin Mu. Pada mulanya dia hanya ingin melamar dengan sekuntum bunga, namun menyedari yang kekasihnya itu menyukai fesyen dia berubah fikiran lalu mendapat idea untuk menghasilkan gaun tersebut.

Angka 9 menurut kepercayaan masyarakat di China membawa maksud kekal selamanya. Bertuahnya Yin Mu dapat kekasih seperti Xioa Fang. Semoga perkahwinan mereka berkekalan.







sumber : http://www.mijamedia.com/

Foto Percutian Nazim Othman Di Bali

Pada 29 Jun lalu, Nazim Othman telah terbang ke Bali, Indonesia bersama teman-temannya dan sepanjang berada di pusat peranginan tersebut, pelakon ini telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya melalui laman Instagram serta Twitter.

Menerusi foto-foto yang dipaparkan, pelakon drama Epilog Cinta Khirana ini bukan sekadar berjalan mengelilingi pantai Bali, malah aktor berkenaan turut mencuba aktiviti meluncur ombak bersama teman-temannya.






sumber : http://www.ohbulan.com/

Hanez Suraya Akui Sukar Lupakan Awi Rafael

Hanez Suraya mengakui dirinya masih gagal untuk melupakan bekas kekasih Awi Rafael biarpun telah hampir sebulan percintaan mereka berakhir.


Menurut Hanez Suraya lagi, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.

"Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.

"Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Autumn Di Hatiku, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, dia turut menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan tersebut.

"Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar.

"Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah," ujarnya.

Di tebak mengenai soal calon pengganti, kata Hanez, buat masa ini, dia belum mampu untuk menerima mana-mana cinta lain sebagai pengganti.

"Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya," ujar Hanez.


sumber : http://kezoom.blogspot.com/



Kenapa Natasha Hudson tukar nama anaknya?

Natasha Hudson tukar nama anak


UMUM mengetahui bahawa pelakon dan model Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu.


Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.

Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian.Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua Natasha itu.


Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila.

"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah."Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik."Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya.

Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha.Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5.Sumber


Shah Jaszle Akui Makin Tertekan Dengan Kontroversi

Shah Jaszle Akui Makin Tertekan Dengan Kontroversi  | Shahz Jaszle mengakui dirinya semakin tertekan dengan kontroversi yang melandanya ekoran ditangkap khalwat bersama Farah selain diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung kejadian itu oleh pelbagai pihak.

Menurut Shah Jaszle lagi, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan untuk bermuhasabah tentang kejadian khalwat itu.

Shah Jaszle Akui Makin Tertekan Dengan Kontroversi

"Terus terang saya tidak tahu lagi ingin cakap apa mengenai kes tersebut supaya masyarakat dapat memahami situasi saya.

"Saya berasa letih dengan kontroversi tersebut dan ingin berehat seketika supaya dapat menenangkan fikiran," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.

Kata Shahz Jaszle lagi,  dia juga mengambil keputusan itu selepas tidak pernah mengambil cuti daripada berlakon sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Shahz Jaszle berkata, dia enggan lagi mengulas kes berkenaan mahupun hubungan dengan tunangnya dengan Redzwani Puteri kerana sedar jawapannya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.

Jelasnya, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada terus bercakap tentang kes tersebut dan menunggu perbicaraan di mahkamah penghujung tahun ini.

"Macam-macam saya kena hentam dan pelbagai pertanyaan yang diajukan sehingga saya tidak tahu lagi hendak menggunakan ayat apa bagi mempertahankan diri.

"Jalan paling baik adalah berdiam diri selepas ini dan tunggu perbicaraan di mahkamah kelak," ujarnya.

Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri bertunang pada 8 Disember 2012 dan mereka dijadualkan berkahwin pada 2015 selepas wanita yang menuntut dalam jurusan perubatan itu tamat pengajian. Kes khalwat antara Shah Jaszle dan Farah akan disebut di Mahkamah Syariah pada 12 November depan. sumber