Hanez Suraya Akui Sukar Lupakan Awi Rafael

on Tuesday, July 2, 2013

Hanez Suraya mengakui dirinya masih gagal untuk melupakan bekas kekasih Awi Rafael biarpun telah hampir sebulan percintaan mereka berakhir.


Menurut Hanez Suraya lagi, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.

"Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.

"Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Autumn Di Hatiku, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, dia turut menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan tersebut.

"Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar.

"Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah," ujarnya.

Di tebak mengenai soal calon pengganti, kata Hanez, buat masa ini, dia belum mampu untuk menerima mana-mana cinta lain sebagai pengganti.

"Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya," ujar Hanez.


sumber : http://kezoom.blogspot.com/



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment