Mikail Andre Berlakon Tumbuk Hidung Pelakon Sampai Patah

on Tuesday, July 2, 2013

Mikail Andre Berlakon Tumbuk Hidung Pelakon Sampai Patah | Mikail Andre yang pertama kali memegang watak utama didalam filem "1 Lawan Satu" mengakui pengalaman tersalah langkah ketika melakonkan aksi lasak merupakan pengalaman untuknya. Menurut beliau,

Mikail Andre Berlakon Tumbuk Hidung Pelakon Sampai Patah

“Saya tidak mengalami kecederaan yang teruk sepanjang penggambaran 1 Lawan Satu, namun ketika salah satu babak berlawan saya dengan tidak sengaja tertumbuk hidung lawan saya dan menyebabkan hidungnya patah dan senget. Namun kerana pelakon tersebut merupakan seorang komander, dia tetap meneruskan babak tersebut,” kata Mikail ketika ditemui di majlis pra-tonton filem tersebut di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Mikail turut memberitahu beliau trauma akibat insiden tersebut namun sikap profesional pelakon lagak ngeri tersebut sedikit sebanyak membantunya. Ketika ditemui, Mikail turut berkongsi di mana pelakon babak aksi tersebut telah bangkit semula dan meluruskan semula hidungnya yang berdarah dan senget dengan menggunakan sebatang pen.

Pertama kali memegang watak sebagai teraju utama untuk filem ‘1 Lawan Satu’, pelakon Mikail Andre mengakui agak janggal untuk berlakon di bawah filem arahan abangnya, Pierre Andre. Namun keadaan tersebut bertukar menjadi pengalaman yang berharga kerana sering mendapat bimbingan dari abangnya itu.

Berkongsi mengenai pengalamannya berlakon dalam filem yang padat aksi itu, Mikail memberitahu filem tersebut banyak menguji ketahanan mental dan fizikal pendatang baru sepertinya namun dia menyahut cabaran yang diberikan oleh abangnya itu. Selain kerap bersenam di gimnasium, Mikail turut menjalankan latihan lebih kurang tiga minggu bersama pelakon lain.

Menyentuh mengenai penglibatannya dalam industri lakonan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata yang minatnya dalam bidang lakonan muncul secara tiba-tiba dan dia telah menyuarakan hasrat tersebut kepada abangnya. Namun, Pierre mencabar Mikail untuk kurus memandangkan berat badannya pada ketika itu mencecah 130 kilogram.

“Saya menyahut cabaran yang diberikan oleh Pierre pada ketika itu kerana kata-katanya itu ada benarnya juga. Dalam masa hampir setahun saya berjaya menurunkan berat badan dan Berjaya membuktikan kepada abang yang saya memang bersungguh-sungguh dalam bidang lakonan,” katanya. sumber

Pertandingan Ratu Cantik Miss Hongkong 2013, Tetapi Peserta Tak Berapa Nak Cantik.


Sebenarnya pertandingan kecantikan memaparkan wanita-wanita cantik dan cerdas. Namun yang terjadi di Hong Kong, (peserta) pertandingan kecantikan malah menjadi bahan cemuhan, khususnya oleh para netizen, setempat, China, dan Taiwan.


Bagaimana tidak, para peserta Miss Hongkong 2013 dikatakan semua tidak ada yang cantik. Ya memang benar mereka tidak ada yang cantik kecuali dipulaskan make up ke wajah mereka. Mari kita lihat sebahagian dari peserta pemilihan Miss Hongkong 2013.







Kerana Jujur, Wanita Ini Pulangkan Beg Penuh Berisi Berlian

Seorang wanita China yang telah menemui sebuah beg berisi berlian bernilai jutaan dolar bertindak mulia apabila memulangkan semula barangan berharga itu kepada pemiliknya.




Wanita berkenaan, Fu Zhuli menemui beg mengandungi berlian bernilai HK$250 juta (RM101.8 juta) di sebuah kafeteria semasa melawat pameran barang kemas di pulau ini.

Fu Zhuli yang datang dari Shenzen,China dikatakan terus menjaga beg tersebut sehingga pemilik permata itu kembali untuk mendapatkan semula hak miliknya.


"Saya masuk ke sebuah kafeteria untuk berehat sambil menikmati ais krim. Saya melihat dua orang warga asing sedang berbual dan kemudian beredar dari kafeteria itu dengan tangan kosong," kata Zhuli.

"Selepas meja mereka dibersihkan, saya melihat sebuah beg hitam berada di lantai," tambahnya.

Kata Fu Zhuli lagi, dia sewaktu kejadian telah membuka beg tersebut dan melihat ianya berisi ketulan berlian sebesar kacang soya.

Setiap butir berlian itu dianggarkan berharga antara AS$65,052 (RM205,499) hingga AS$130,104 (RM410,998).

Pemilik beg itu yang merupakan seorang lelaki warga Israel bergegas mendapatkan semula begnya yang dijaga oleh Zhuli.

Pemilik beg tersebut kemudian dipercayai memberi sedikit saguhati kepada Zhuli atas kejujurannya itu.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Badhri Radzi pemain tengah lengkap

Piya pemain serba boleh  


JENERAL padang Kelantan, Mohd. Badhri Radzi sepatutnya menyertai skuad kebangsaan sejak lima tahun lalu dan beliau perlu diberi tugas mengemudi jentera tengah Harimau Malaya.Demikian luah legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar yang bersetuju dengan pandangan bekas jurulatih The Red Warriors (TRW), Datuk M. Karathu seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam yang mahu pemain berusia 31 tahun itu diberi peluang untuk membuktikan kehebatan di pentas antarabangsa.


Menurutnya, Mohd. Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya, berjaya meletakkan dirinya dalam kelas yang tersendiri apabila memiliki segala kelebihan yang diperlukan sebagai seorang pemain tengah dalam sesebuah pasukan.“Pemain tengah ini ada pelbagai kategori, ada yang beraksi sebagai pemain tengah hanya untuk melengkapkan kesebelasan utama, ada juga pemain tengah yang disenaraikan dalam pasukan kerana mempunyai kelebihan lain seperti sepakan percuma tetapi tidak mampu untuk memberi impak.

“Tetapi, Piya melengkapkan kesemua kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pemain tengah yang baik. Kawalan bola, hantaran, sepakan percuma, membaca pergerakan rakan sepasukan dan menjaringkan gol adalah aset yang cukup bernilai untuk seorang yang bernama Piya ini,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.Tambahnya, enam musim beraksi pada perlawanan akhir termasuk membantu Kelantan menjulang kejuaraan trebel musim lalu, serta mempertahan kejuaraan Piala FA untuk musim kedua berturut-turut selain dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir, sudah cukup buat Piya melengkapkan resume untuk dipilih menyertai skuad kebangsaan.

Katanya, dalam sesebuah pasukan bola sepak, mencari dan menghasilkan seorang pemain tengah yang baik adalah cukup sukar berbanding pemain di posisi lain kerana posisi tersebut memerlukan pemain berkenaan untuk mengawal keseluruhan pasukan.“Pemain tengah harus mempunyai kemampuan memegang bola, berani membawa masuk bola ke kawasan lawan kerana dalam bola sepak, jika anda mampu untuk memegang bola dan membawa masuk ke kawasan lawan sejauh 20 meter itu adalah sudah cukup baik.“Lihat apa yang dilakukan Piya, dia mampu menggelecek pemain lawan, membawa masuk bola, mampu melakukan hantaran dan membuka gerakan.

Apa lagi yang diperlukan oleh seorang jurulatih jika bukan pemain tengah sepertinya.“Perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu menyaksikan Piya menjadi arkitek untuk ketiga-tiga gol yang dihasilkan Kelantan dan malam Sabtu lalu, dia sekali lagi membuktikan betapa Kelantan antara pasukan yang bertuah kerana memiliki pemain sepertinya apabila bola hantarannya disudahkan dengan baik oleh Mohd. Norfarhan Muhammad,” ujarnya.

Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Piya hanyalah seorang 'jaguh kampung' kerana berjaya membuktikan kehebatannya ketika beraksi bersama Kelantan sahaja dan gagal memberikan aksi terbaik di peringkat yang lebih tinggi, Dali menjawab: “Piya ‘wajib’ diberikan peluang untuk berada dalam pasukan seperti mana pemain regular lain dalam skuad kebangsaan. Jika dia hanya diberi peluang untuk beraksi untuk tempoh 45 minit atau kurang, kemudian anda cuba untuk kritik corak permainannya, itu adalah tidak adil.

“Jika dia (Piya) mahu dibandingkan dengan Safiq (Rahim), dia perlu diberi ruang seperti mana yang diperoleh Safiq dan kemudian barulah anda boleh komen atau kritik aksinya.“Harimau Malaya perlu mengekalkan Shakir Shaari dan membawa masuk Piya untuk melihat perubahan dan saya yakin impaknya nanti pasti akan positif.“Soal menang atau kalah adalah perkara yang berbeza tetapi, untuk kita melihat perubahan dalam permainan skuad kebangsaan, senaraikan Piya dalam kesebelasan utama kerana saya fikir dia sudah bersedia untuk menggalas tugas baharu itu,” jelasnya.KO

Benjy Mengaku Tidak Bersalah Miliki Syabu

ohartis-benjy-mengaku-tidak-bersalah-miliki-dadah-1
Minggu lalu, tersebar berita penangkapan anak kepada pelakon veteren Azean Irdawaty iaitu Benjy kerana positif dadah dalam serbuan polis di Bukit Antarabangsa.
Benjy dihadapkan ke mahkamah majitret diatas tuduhan memiliki dadah jenis Syabu seberat 4.7gram namun beliau mengaku tidak bersalah. Ditangkap bersama Benjy ketika itu lima lagi rakannya termasuk dua orang wanita.
Majistret Ayuni Izzati Sulaiman menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes tersebut selain mengarahkan setiap tertuduh masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,800 dengan seorang penjamin.
Benjy juga turut mengamuk dan bertindak menumbuk salah seorang jurugambar yang merakam gambarnya sebaik sahaja dia keluar dari bilik mahkamah selepas ditahan reman.
sumber : http://ohartis.com/

Kim Jin Sung Nafi Bercinta Dengan Hanez Suraya

Pelakon dan model kelahiran Seoul, Kim Jin Sung yang mula mencipta nama di Malaysia menyangkal dakwaan menyimpan perasaan terhadap Hanez Suraya sambil berkongsi ciri-ciri gadis idamannya.
Saya suka Hanez, walaupun dia hampir menepati ciri-ciri gadis idaman yang saya cari tetapi tidaklah sampai saya bercinta dengannya.
Sejujurnya saya tidak tahu mengenai khabar angin yang dikaitkan antara saya dan Hanez. Kami tiada hubungan istimewa kerana masing-masing professional sewaktu bekerja. Tapi apa yang saya boleh katakan, dia adalah seorang kawan yang baik.
Menurut Kim Jin Sung atau lebih mesra disapa JS, dia menggemari gadis yang tinggi, bijak serta cantik untuk dijadikan teman hidup.
HS JS

sumber : http://www.ohbulan.com/

Mentera M. Nasir Menjadi.



Lagu-lagu seperti Mentera Semerah Padi dan Senyuman Listrikmu begitu dekat dengan peminat. Susunan muzik yang cukup hebat menambahkan seri pada lagu yang sudah sedikit berusia itu.

Tidak terhenti daripada terus memberikan yang terbaik buat para pencinta karyanya, M. Nasir membuktikan pengalaman berpuluh tahun di atas pentas berjaya meletakkan dia di tempat tertinggi.

Uniknya M. Nasir masih berada dalam kelas tersendiri. Muzik yang diperjuangkan oleh lelaki berkenaan masih punyai ramai pengikut lantaran kita semakin ketandusan penyanyi yang mempertahankan roh Melayu dalam setiap karya mereka.

Kehebatan karya-karya M. Nasir tidak terletak kepada populariti lagu itu semata-mata sebaliknya seni kata puitis penuh maksud tersirat menambahkan lagi misteri pada setiap sentuhan penyanyi ini.

Dan biar dia di depan, kekuatan M. Nasir tidak hanya terletak pada dirinya sebaliknya bersama paduan para pemuzik yang mendokong persembahannya.

Diketuai Aznan Alias bersama rakan-rakan yang lain nyata telah menyempurnakan konsert Sang Pencinta yang bermula 28 Jun yang lalu sehingga 30 Jun.

Seperti yang dijanjikan, konsert kali ini tidak hanya menghidangkan peminat dengan lagu-lagu popular sebaliknya mengetengahkan lagu-lagu yang kurang dimainkan di radio.

Memulakan konsert dengan lagu Dalam dan Bahtera Raudhah sudah pasti ramai yang samar-samar mendengarkan lagu tersebut. Namun buat peminat setianya, lagu itu bukan asing pada mereka.

Momentum yang dicipta sejak lagu pertama diteruskan sehingga tamat konsert. Variasi lagu-lagu yang dipilih oleh penyanyi ini cukup lengkap dan bagaikan perjalanan satu malam yang manis untuk ditempuhi.

Konsert yang dianjurkan oleh Bombbay Worldwide itu turut diserikan dengan lagu-lagu lain seperti Apokalips, Keroncong Untuk Ana, Hidayah, Rajawali, Hijab Kekasih, Tanya Sama Itu Hud-Hud dan banyak lagi.

Tidak hanya mendendangkan lagu-lagu nyanyiannya, M. Nasir turut menyanyikan lagu ciptaannya kepada penyanyi lain seperti Layang-Layang Terputus Tali, Menanti Titian Usang dan Srikandi Cintaku.

Semangat kemelayuan M. Nasir terserlah di dalam lagu Wadi dan Mustika. Selain menggunakan akordion sebagai penambah seri, ketukan gamelan juga membangkitkan lagi semangat Melayu pada konsert ini.


Apa yang pasti percaturan Bombay selaku penganjur konsert ini menjadi dengan pembaharuan pemetaan visual yang boleh disifatkan antara terbaik pernah dihasilkan.