Piya pemain serba boleh
JENERAL padang Kelantan, Mohd. Badhri Radzi sepatutnya menyertai skuad kebangsaan sejak lima tahun lalu dan beliau perlu diberi tugas mengemudi jentera tengah Harimau Malaya.Demikian luah legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar yang bersetuju dengan pandangan bekas jurulatih The Red Warriors (TRW), Datuk M. Karathu seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam yang mahu pemain berusia 31 tahun itu diberi peluang untuk membuktikan kehebatan di pentas antarabangsa.
Menurutnya, Mohd. Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya, berjaya meletakkan dirinya dalam kelas yang tersendiri apabila memiliki segala kelebihan yang diperlukan sebagai seorang pemain tengah dalam sesebuah pasukan.“Pemain tengah ini ada pelbagai kategori, ada yang beraksi sebagai pemain tengah hanya untuk melengkapkan kesebelasan utama, ada juga pemain tengah yang disenaraikan dalam pasukan kerana mempunyai kelebihan lain seperti sepakan percuma tetapi tidak mampu untuk memberi impak.
“Tetapi, Piya melengkapkan kesemua kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pemain tengah yang baik. Kawalan bola, hantaran, sepakan percuma, membaca pergerakan rakan sepasukan dan menjaringkan gol adalah aset yang cukup bernilai untuk seorang yang bernama Piya ini,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.Tambahnya, enam musim beraksi pada perlawanan akhir termasuk membantu Kelantan menjulang kejuaraan trebel musim lalu, serta mempertahan kejuaraan Piala FA untuk musim kedua berturut-turut selain dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir, sudah cukup buat Piya melengkapkan resume untuk dipilih menyertai skuad kebangsaan.
Katanya, dalam sesebuah pasukan bola sepak, mencari dan menghasilkan seorang pemain tengah yang baik adalah cukup sukar berbanding pemain di posisi lain kerana posisi tersebut memerlukan pemain berkenaan untuk mengawal keseluruhan pasukan.“Pemain tengah harus mempunyai kemampuan memegang bola, berani membawa masuk bola ke kawasan lawan kerana dalam bola sepak, jika anda mampu untuk memegang bola dan membawa masuk ke kawasan lawan sejauh 20 meter itu adalah sudah cukup baik.“Lihat apa yang dilakukan Piya, dia mampu menggelecek pemain lawan, membawa masuk bola, mampu melakukan hantaran dan membuka gerakan.
Apa lagi yang diperlukan oleh seorang jurulatih jika bukan pemain tengah sepertinya.“Perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu menyaksikan Piya menjadi arkitek untuk ketiga-tiga gol yang dihasilkan Kelantan dan malam Sabtu lalu, dia sekali lagi membuktikan betapa Kelantan antara pasukan yang bertuah kerana memiliki pemain sepertinya apabila bola hantarannya disudahkan dengan baik oleh Mohd. Norfarhan Muhammad,” ujarnya.
Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Piya hanyalah seorang 'jaguh kampung' kerana berjaya membuktikan kehebatannya ketika beraksi bersama Kelantan sahaja dan gagal memberikan aksi terbaik di peringkat yang lebih tinggi, Dali menjawab: “Piya ‘wajib’ diberikan peluang untuk berada dalam pasukan seperti mana pemain regular lain dalam skuad kebangsaan. Jika dia hanya diberi peluang untuk beraksi untuk tempoh 45 minit atau kurang, kemudian anda cuba untuk kritik corak permainannya, itu adalah tidak adil.
“Jika dia (Piya) mahu dibandingkan dengan Safiq (Rahim), dia perlu diberi ruang seperti mana yang diperoleh Safiq dan kemudian barulah anda boleh komen atau kritik aksinya.“Harimau Malaya perlu mengekalkan Shakir Shaari dan membawa masuk Piya untuk melihat perubahan dan saya yakin impaknya nanti pasti akan positif.“Soal menang atau kalah adalah perkara yang berbeza tetapi, untuk kita melihat perubahan dalam permainan skuad kebangsaan, senaraikan Piya dalam kesebelasan utama kerana saya fikir dia sudah bersedia untuk menggalas tugas baharu itu,” jelasnya.KO
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment