Diana Danielle Sah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

on Tuesday, July 2, 2013

Tahniah diucapkan kepada pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang telah pun menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Khabarnya pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Farid Kamil menerusi laman Instagram beliau. Diana Danielle selamat melahirkan bayi lelaki seberat 9.71lbs atau 4.39kg  lebih kurang jam 5 petang tadi di Australia.





sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Gambar Persandingan Diraja Tengku Amalin A'ishah Puteri


Sempena Majlis Istiadat Persandingan Diraja yang diadakan pada 28 Jun lepas, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri telah tampil dengan dua persalinan iaitu tradisional dan moden pada malam berkenaan. 


Kedua-dua Pengantin Diraja kelihatan anggun dengan busana yang digayakan pada Istiadat berkenaan yang berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.


Ibu Kandung Dera Anak Dipenjara 13 Tahun, Bapa Tiri 13 Tahun

Ibu Kandung Dera Anak Dipenjara 13 Tahun, Bapa Tiri 13 Tahun | Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang ibu kandung yang mendera tiga anaknya.

Bagi bapa tiri mereka dihukum penjara 13 tahun selepas pasangan itu mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mendera kanak-kanak berkenaan.


Norazira Abas, 29, dan Mohd Shazwan Shaari, 26, didakwa melakukan perbuatan itu antara Mac hingga Jun lepas di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak 4 di sini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mereka didakwa mendera ketiga-tiga beradik yang berusia 7, 5 dan 2 tahun enam bulan.


Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana cedera teruk di seluruh anggota badan akibat dicucuh puntung rokok, disimbah air panas dan kaki dirantai, selain ditampar serta dipukul.

Ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, Mohd Shazwan, yang bekerja sebagai buruh, dan Norazira, yang tidak bekerja, hanya mengangguk tanda faham. - KO

VIDEO Farid Kamil Dan Diana Danielle


Suka dengan kemesraan yang mereka berdua tampilkan di dalam video yang telah dikongsi oleh Farid Kamil ini. Memang cute sangat pasangan ini. Yang pasti, perut Diana Danielle semakin membesar. Pasti kedua-duanya sudah tidak sabar lagi menanti saat kelahiran bayi pertama mereka.

Comel kan? Semoga Diana Danielle sentiasa ceria dan turut sama menjaga kesihatan anak di dalam kandungan. Tak sabar rasanya nak menatap wajah comel anak mereka kelak. Sama-sama kita doakan agar kebahagiaan mereka ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

sumber : http://anakbloggerjambu.blogspot.com/

Seleb Mengenakan Kaus Atau Tshirt Bergambar Selebriti Lain

Artis juga manusia biasa. Seperti semua orang, mereka juga punya seleb idola dan bahkan senang mengenakan kaus bergambar wajah sang idola.

1. Rihanna

Mengenakan kaus bergambar wajah supermodel Kate Moss.

2. Cara Delevingne

Model asal Inggris ini mengenakan kaus bergambar Rihanna.

3. Rita Ora

Mengenakan kaus bergambar wajah sahabatnya, Cara Delevigne.

4. Jourdan Dunn

Sang model mengenakan kaus bergambar wajah mendiang rapper Tupac.

5. Justin Beiber

Mengenakan kaus bergambar wajah aktris Tiffany Amber Thiessen.

6. Tiffany Thiessen

Tiffany membalasnya beberapa minggu kemudian dengan mengenakan kaus bergambar Justin Bieber.

sumber : http://www.borakkosong.com/




Elaine Daly Dilantik Mentor Miss Universe Malaysia 2014!

Selebriti popular Elaine Daly telah berjaya dilantik menjadi Mentor Miss Universe Malaysia 2014. Siapa tidak kenal Elaine Daly? Pengacara rancangan tv iaitu Bella. Elaine Daly memang layak menjadi mentor kepada Miss Universe Malaysia kerana pengalamannya memang terlibat dalam industri hiburan dan dunia kecantikan.

Gambar Elaine Daly Peserta Miss Universe Malaysia 2003

Model, pelakon dan pengacara Elaine Daly kerana dilantik menjadi mentor serta penasihat kepada peserta Miss Universe 2014. Khabarnya perlantikan anchor program Bella ini dilakukan berdasarkan kepada pengalaman serta pencapaian Elaine Daly sebagai Miss Malaysia World 1999 dan Miss Malaysia Universe 2003.

Dengan peranan baru yang dipegangnya itu Elaine Daly yang memiliki kerjaya profesional sebagai seorang peguam ini juga bakal memperkenalkan pencarian The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014.

Elaine Daly juga akan memastikan bahawa pada The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014 ini nanti adalah hip, urban, relevan dan real. Besar juga peranan Elaine Daly yang dimainkan kan?

Diharap sesiapa yang dipilih nanti, biarlah seorang wanita yang boleh diklasifikasikan sebagai "beauty with brain" sepertimana Elaine Daly sendiri.

Elaine Daly adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan ikon oleh kebanyakan gadis-gadis di luar sana kerana dia telah membuktikan bahawa gadis yang jelita bukan sekadar bimbo semata-mata tetapi jugak bijak.

sumber 

Manusia Yang Mempunya Mulut Terbesar Di Dunia. (Gambar & Video)


Untuk menjadi terkenal di dunia kadang harus mempunyai kekhususan dalam diri baik sengaja mahupun semulajadi dari lahir. Di dunia ada pencatat rekod dalam hal-hal itu yang sudah diiktiraf sejak lama iaitu Guinness World Records. Siapapun yang masuk dalam GWR akan mendapat hadiah dan menjadi terkenal di dunia.

Seperti yang dilakukan oleh Fancisco Domingo Joaquim, warga Angola yangpada mulanya hanya cuba-cuba mengupload video tentang dirinya di youtube hingga mendapat perhatian dunia. Para pemerhati hal-hal aneh tergoda dan penasaran menyaksikan video Domingo di Youtube yang menunjukkan betapa lebar dan elastisnya mulut lelaki tersebut.

Akhirnya pasukan dari GWR berjumpa dengannya dan membuktikan kelebihan Domingo Di Angola Afrika. Ternyata benar seperti dalam videonya, Domingo mampu menunjukkan mulutnya yang lebar dan elastik. Bahkan mampu memasukkan dan memutar-mutarminumanl tin Coke tanpa bantuan tangan.

Mulutnya memang elastik hingga selebar 17 sentimeter atau 6,69 inci. Padahal mulut orang biasa normal hanya sekitar 7 sentimeter saja. sememangnya saja Domingo akan menarik perhatian dunia dan videonya di youtube ramai dikunjungi orang ini komentarnya.

Selain mulut terlebar di dunia, GWR juga menyerahkan piagam kepada pemenang keunikan lain seperti Jenggut terpanjang di dunia, Orang paling pendek, Manusia berbulu lebat dan Orang tahan bakar api.

Sekarang Domingo telah dinobatkan menjadi pemilik mulut terluas di dunia oleh Guinness World Records 2010 dan dia digelar sebagai Jaw Angola of Awe. Tidak dinyatakan di sini bagaimana si mulut besar itu melatihnya hingga boleh muat masuk tin sebesar itu. Bila Domingo diam sebenarnya tampak biasa dan mulutnya pun normal.


Domingo pun tidak bercerita apakah sakit atau tidak ketika bibir mulutnya ditarik kekiri-kanan, atas bawah hingga menutupi hidung dan janggutnya. Jangan dicuba! Ini gambarnya: