Ibu Kandung Dera Anak Dipenjara 13 Tahun, Bapa Tiri 13 Tahun | Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang ibu kandung yang mendera tiga anaknya.
Bagi bapa tiri mereka dihukum penjara 13 tahun selepas pasangan itu mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mendera kanak-kanak berkenaan.
Norazira Abas, 29, dan Mohd Shazwan Shaari, 26, didakwa melakukan perbuatan itu antara Mac hingga Jun lepas di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak 4 di sini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mereka didakwa mendera ketiga-tiga beradik yang berusia 7, 5 dan 2 tahun enam bulan.
Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana cedera teruk di seluruh anggota badan akibat dicucuh puntung rokok, disimbah air panas dan kaki dirantai, selain ditampar serta dipukul.
Ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, Mohd Shazwan, yang bekerja sebagai buruh, dan Norazira, yang tidak bekerja, hanya mengangguk tanda faham. - KO
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment