Laki Bini Kaki ‘Wheelie’.

on Wednesday, July 3, 2013

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri muda sanggup menempah maut dengan membuat aksi ‘Wheelie’ di depan Dataran Merdeka hanya semata-mata dicabar rakan mereka, malam kelmarin.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang baru berkahwin setahun lalu itu tidak memikirkan risiko yang bakal ditanggung sebaliknya menunjukkan kemahiran ‘bodoh’ mereka menunggang motosikal Yamaha 125, kira-kira jam 7 malam.

Sumber polis berkata, si isteri yang berusia 19 tahun juga didapati tanpa berasa takut membantu suaminya berusia awal 20-an mengimbangi badannya sepanjang melakukan aksi berbahaya itu di Jalan Raja Laut.

Menurutnya, perbuatan pasangan terbabit dikesan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) yang ketika itu sedang melakukan Ops Samseng Jalanraya di sekitar ibu kota.

“Ketika itu, pasangan berkenaan berada di lampu isyarat Jalan Raja Laut sebelum membuat aksi ‘Wheelie’ sebaik lampu bertukar hijau sejauh beberapa meter.

“Pasangan itu kemudian memecut laju ke Jalan Sultan Ismail dan akhirnya dicekup di Jalan Ampang ketika memberhentikan motosikalnya,” katanya.

Katanya, soal siasat mendapati mereka adalah pasangan suami isteri dan melakukan aksi berkenaan akibat dicabar rakan.

“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Si suami ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

“Isterinya pula dibebaskan dengan dijamin anggota keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. 

Benjy Didakwa Lagi Miliki Dadah.

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy (kiri) bersama lima rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan memiliki dadah seberat 4.7 gram syabu, minggu lalu. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 2 Julai - Pelakon era 1990-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, minggu lalu.

Selain Benjy, 34, turut didakwa atas tuduhan sama ialah dua peniaga, Zain Amir Zainal Khairi, 37; dan Imran Radzi Ibrahim, 32, pasangan suami isteri, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta pekerja binaan, Afifi Hamidi, 27.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman melainkan Zain Amir.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki satu beg kecil berzip yang mengandungi 4.7 gram syabu di rumah bernombor C-2-2 Oakleaf Park Kondo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Hulu Kelang, kira-kira pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama (Pindaan 2007) yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Ayuni Izzaty membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu ketika polis melakukan serbuan disebuah rumah. 

GAMBAR MESRA PERCUTIAN QI RAZALI DAN NELYDIA SENROSE DI LANGKAWI!





GAMBAR ROMANTIK QI RAZALI DAN NELYDIA SENROSE BERCUTI DI LANGKAWI | Nampaknya Qi Razali dan Nelydia Senrose tidak lagi cuba menyorokkan hubungan yang semakin mekar antara mereka berdua. Terbaru pasangan bercinta ini telah berkongsi beberapa keping gambar percutian mereka ke Langkawi.

Jangan risau kerana mereka tidak pergi berdua, sebaliknya ditemani oleh rakan-rakan.



Walaupun masih ada

FASHA SANDHA ADALAH WANITA BESI!






FASHA SANDHA MENGAKU WANITA BESI | Kalau kisah hidup Fasha Sanda dijadikan filem, pasti ianya akan meletup dan mendapat kutipan lebih RM10 juta. Siapa yang taknak tengok susur galur kehidupan artis paling kontroversi Malaysia.

Jatuh berkali-kali tetapi tetap gah dan bangun semula.

Ikuti temubual ekslusif Murai dan Fasha Sandha bekenaan kemenangannya di ABPBH2010 baru-baru ini :


MURAI:

AWEK CUN DARI JEPUN INI SANGAT BERANI!






GADIS CANTIK DARI JEPUN INI SANGAT BERANI | Bukan semua wanita gemar akan benda lasak ekstrim seperti ini. Gadis ini menggemari aktiviti menggantung badan dengan hanya menggunakan kulit. Selalunya kita tengok mat saleh je main gantung-gantung kan.







GAMBAR NGERI HUKUMAN KEJAM UNTUK PEROGOL!






GAMBAR HUKUMAN UNTUK PEROGOL DI BRAZIL | Hukuman yang boleh dianggap kejam ini adalah hukuman yang dijalankan kepada perogol yang dilaksanakan di Alagoas, Brazil. Mungkin dengan cara ini, peratusan perogol di sana dapat dikurangkan di samping hukuman dijalankan di khalayak ramai.








GAMBAR WANITA DIBUNUH DAN DIKERAT KEJAM!






GAMBAR NGERI GADIS DIBUNUH DAN DIKERAT | Inilah gambar jenayah kejam dan ganas yang dilakukan oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Penjenayah tersebut sanggup mengerat badan mangsa untuk menghapuskan bukti. Namun, kebenaran sentiasa menyebelahi mereka yang teraniaya.