Pergh..Restoran 'bela' lipas diarah tutup serta merta!!

on Wednesday, July 3, 2013

Restoran 'ternak' lipas ditutup | BANDARAYA MELAKA - Dua restoran yang ditakungi air dan dijadikan tempat ‘ternakan’ lipas di Melaka Sentral diarahkan tutup serta-merta dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Kesihatan negeri di sini, semalam.



Air bertakung di bahagian dapur dan lipas yang ditemui dalam bekas kedap udara yang sudah tidak lagi digunakan juga boleh dilihat 'merayap' pada dinding premis ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi.Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Mohd Khaidir Abd Hamid, kedua-dua premis berkenaan antara tujuh yang diperiksa dalam operasi bersepadu yang disertai 30 anggotadari Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).



“Selain masalah makhluk perosak, premis tersebut turut melakukan pelbagai kesalahan membabitkan kebersihan termasuk pengendalian makanan dan keadaan dapur yang tidak diselenggara.“Dua premis itu diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pemilik premis melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum dibenarkan untuk beroperasi sekiranya pihak kita berpuas hati dengan tahap kebersihan mereka,” katanya.



Mohd Khaidir yang mengetuai operasi itu berkata, kesemua premis yang telah menjalankan perniagaan lebih lima tahun di terminal bas dan teksi itu turut melakukan kesalahan apabila pekerja atau pengendali makanan tidak memakai apron serta penutup kepala.“Lima premis lain keseluruhannya memuaskan namun hanya diberi arahan kerja pembetulan seperti pemakaian pelindung, pelupusan sampah lebih teratur dan penyelenggaraan di dapur.

“Mereka turut diberi teguran dan amaran mengenai penyediaan kemudahan premis seperti lantai pecah yang memerlukan penambahbaikan,” katanya.Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan premis makanan di Melaka Sentral dan akan terus membuat pemantauan berterusan selari dengan arahan kementerian.

“Operasi akan terus dilakukan iaitu kira-kira dua kali sebulan bagi memantau tahap kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan untuk dijual kepada orang ramai.“Amalan kebersihan dan pengendalian makanan yang baik boleh membantu mengekalkan dan meningkatkan imej bersih negeri Melaka,” katanya.Sumber.


Shahir AF8 selepas kemalangan Kesian!

shahir af8

Kesian! Shahir AF8 ditimpa kemalangan sewaktu pulang ke Kuala Lumpur dari kampungnya. Shahir AF8 kemalangan dan kejadian tersebut berlaku di lebuhraya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

shahir af8, kereta shahir af8, nissan fairlady shahir af8
Nissan Fairlady Putih milik Shahir AF8 sebelum kemalangan

shahir af8
Keadaan Nissan Fairlady Shahir AF8 selepas kemalangan

Mujurlah Shahir AF8 tak cedera teruk sangat. Cuma sakit-sakit badan dan kepala akibat terhantuk. Waktu kejadian tersebut, Shahir tidak dapat mengawal keretanya dalam keadaan hujan lebat. Keretanya berpusing-pusing sebelum merempuh pembahagi jalan.

SEGERA: Tiga Mati Tertimbus Di Ukay Perdana Pagi Tadi

SEGERA: Tiga Mati Tertimbus Di Ukay Perdana Pagi Tadi

Tiga orang maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana, Ampang pagi ini.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.
Mohd Sani berkata ketiga-tiga orang itu adalah pekerja di tapak pembinaan tersebut.
“Mereka dalam usia 30-an dan merupakan warganegara Myanmar,” kata Mohd Sani kepada Astro AWANI.
Mohd Sani turut berkata dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi tadi, lima pekerja lain dapat diselamatkan.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Datuk Mohammad Yaacob berkata kejadian itu melibatkan tanah yang tertimbus di kawasan projek perumahan.
“Mengikut prosedur, pihak MPAJ akan mengeluarkan arahan berhenti kerja serta merta untuk menilai kejadian yang berlaku,” katanya.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL - www.astroawani.com

GAMBAR: Polis Buru Penjenayah Pecah Masuk Rumah Khairy Jamaluddin

GAMBAR: Polis Buru Penjenayah Pecah Masuk Rumah Khairy Jamaluddin

Berikutan kejadian pecah rumah yang berlaku membabitkan kediaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini, Polis Kuala Lumpur sedang giat mengesan beberapa lelaki bagi membantu siasatan.
Hasil penelitian dan pengecaman yang dilakukan Polis Kuala Lumpur mengedarkan dua lakaran gambar suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut.
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek-suspek tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur ditalian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakancop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
1005096_519821608072386_1240908558_n
1044140_519821588072388_780098668_n



Kedudukan Terkini Pingat SUKMA 3 Julai 2013

Kontinjen Terengganu memintas Wilayah Persekutuan di tangga pertama kedudukan pungutan pingat Sukan Malaysia yang masuk hari ketujuh, semalam.


Pasukan dari pantai timur tanah air itu menambah tiga lagi emas menerusi acara mendayung yang sekali gus menjadikan pungutan keseluruhan 10 pingat emas yang berjaya diraih Terengganu.
Hari ini, sebanyak 24 pingat emas lagi bakal menjadi rebutan dengan tujuh acara bakal dipertaruhkan iaitu woodball, renang berirama, polo air, gimnastik, bola jaring, mendayung dan softball.

Kedudukan Terkini Pingat SUKMA 3 Julai 2013

Gambar Salleh Yaakob Bersama Isteri Muda

Gambar Salleh Yaakob Bersama Isteri Muda | Ini merupakan gambar terkini Salleh Yaakob bersama isteri ke empatnya dalam satu majlis baru-baru ini. Senang hati je nampaknya beliau....apapun, tahniah diucapkan kepada Salleh Yaakob, semoga terus berjaya dunia dan akhirat bersama-sama isteri-isteri beliau yang lain.


sumber


Gambar Terkini Anne Ngasri Sedang Sarat Mengandung

Gambar Terkini Anne Ngasri Sedang Sarat Mengandung | Berikut adalah gambar terbaru Anne Ngasri yang sedang sarat mengandung bersama suami, anak dan rakan beliau. Anne yang telah bertunang dengan Mohd Sumali pada November tahun lalu sah bergelar suami isteri pada 22 Disember 2012 di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor. sumber

Gambar Terkini Anne Ngasri Sedang Sarat Mengandung


Gambar Terkini Anne Ngasri (Mengandung)

Gambar Terkini Anne Ngasri (Mengandung)

Gambar Terkini Anne Ngasri (Mengandung)

Gambar Terkini Anne Ngasri (Mengandung)

Gambar Terkini Anne Ngasri (Mengandung)

Gambar Terkini Anne Ngasri (Mengandung)

Gambar Terkini Anne Ngasri (Mengandung)

Gambar Terkini Anne Ngasri (Mengandung)