Berikutan kejadian pecah rumah yang berlaku membabitkan kediaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini, Polis Kuala Lumpur sedang giat mengesan beberapa lelaki bagi membantu siasatan.
Hasil penelitian dan pengecaman yang dilakukan Polis Kuala Lumpur mengedarkan dua lakaran gambar suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut.
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek-suspek tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur ditalian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakancop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Ranking: 5
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment