PELAJAR AMUK BAKAR KAMPUS

on Thursday, July 4, 2013

Pelajar amuk bakar kampus
Pelajar terperangkap dikeluarkan dari bangunan kampus RETI yang terbakar.
CHUKAI – Kampus Ranaco Education & Training Institute (RETI) gempar apabila seorang pelajar tiba-tiba mengamuk mencederakan enam pelajar lain sebelum bertindak membakar bangunan kampus itu menyebabkan 27 pelajar dan seorang kakitangan institusi itu terperangkap, kelmarin.

Pelajar amuk bakar kampus
Pelajar yang cedera menerima rawatan kecemasan oleh JPAM Kemaman
Insiden itu berlaku kira-kira jam 9.20 pagi dan sebaik siren dibunyikan, seramai 1,500 pelajar dan kakitangan yang lain segera berkumpul di hadapan bangunan utama kampus untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Hasil tindakan cepat pihak polis yang segera tiba di lokasi kejadian sebaik dihubungi, pelajar yang mengamuk berjaya ditangkap kira-kira jam 9.36 pagi, namun situasi agak cemas kerana bangunan itu turut dibakar pelajar terbabit.

Bagaimanapun, insiden itu hanya simulasi yang dilakukan dalam latihan respons kecemasan kes amuk oleh RETI bagi menguji semua petugas, pelajar dan kakitangan serta agensi jika berlaku kes seumpama itu di kampus.

Selain 1,500 pelajar dan staf RETI, latihan itu melibatkan 18 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, 10 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan lapan pegawai, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman serta pihak Hospital Kemaman.

Ketua Pegawai Eksekutif RETI, Kapten Dr Ramlan Ramli berkata, sesi latihan itu melakar rekod tersendiri kerana pelajar dan kakitangan RETI hanya mengambil masa lima minit untuk keluar dari bangunan dan berkumpul.

“Kita adakan sesi latihan melibatkan agensi luar ini setahun sekali dan untuk masa akan datang, kita akan adakan secara lebih realistik bagi menguji tahap kecekapan semua pihak,” katanya selepas selesai sesi latihan berkenaan yang turut disertai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Inspektor Mohd Khairi Abdullah.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mat Zakri Che Long berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih banyak pihak mengadakan sesi latihan seperti itu, kerana ia juga menguji kecekapan pegawai bomba.

“Kita sediakan bantuan dengan sepenuhnya dan untuk latihan ini, dua pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai bergegas ke lokasi kejadian iaitu pasukan pemadaman dan pasukan penyelamat,” katanya.

Gambar Awek- Awek Mandi Pakai Seluar Dalam Jer

apodahjadi1

Awek seksi ditepi air terjun..mereka sungguh bangga menayangkan body
mereka yang super cantik tue..banyak cantik muka ko...lps nie cari tandas..
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/


kih3.

Maria Farida Tak Terkejut, Sudah Jangka Kontroversi Shahz Jaszle

Dramatis jelita, Maria Farida memberitahu beliau tidak terkejut malahan sudah menjangkakan kontroversi yang menghimpit diri Sharizal Jaszle atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle termasuklah kes baru-baru ini, aktor itu ditangkap basah.
Begitu pun, kata Maria dia sebenarnya sudah lama tidak mengikuti perkembangan Shahz Jaszle namun berita kes khalwat yang mengaitkan Shah Jaszle itu sampai ke pengetahuannya apabila kru-kru di lokasi penggambaran serta orang sekeliling sibuk bercerita tentang hal tersebut.
“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around.
“Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar”, kata Maria Farida kepada Malaysian Digest.com ketika diminta mengulas mengenai isu dan kontroversi yang mengaitkan pelakon muda itu.
Maria dan Shahz Jaszle sikit masa dulu pernah menjalin hubungan cinta. Kisah cinta mereka tersebar ke pengetahuan umum apabila Maria dan Shahz mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter. Namun ikatan kasih mereka tidak berpanjangan dan hanya mampu bertahan beberapa bulan.

Kamal Adli Kena Singkir Secara Mengejut Dari TV9

Kamal Adli Kena Singkir Secara Mengejut Dari TV9 | Kamal Adli melahirkan rasa terkejut kerana tidak diberikan sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV (TV9) yang menyingkirkan beliau sebagai pengacara rancangan tersebut.
Kamal Adli Kena Singkir Secara Mengejut Dari TV9

Menurut Kamal, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 17 Jun lalu tanpa sebarang notis awal.

"Kecewa juga apabila kontrak tidak disambung kerana saya memang selesa dan gembira mengendalikan program berkenaan.

"Penamatan kontrak hanya diberitahu pada episod terakhir program tersebut dan pihak penerbit juga tidak memberi sebarang penjelasan tentang penyingkiran saya," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, tambah Kamal lagi, dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi mengendalikan rancangan hiburan itu.

Malah katanya, sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama pelakon Miera Leyana dia menimba banyak pengalaman berharga sebagai pengacara.

"Mungkin ini dikatakan bukan rezeki dan saya berterima kasih kerana diberi peluang dan kepercayaan selama setahun ini untuk mengacarakan program tersebut," jelasnya.

Kata Kamal lagi, dia akan terus mencuba nasib dalam bidang pengacaraan dan semangatnya tidak akan terhenti hanya kerana kontraknya tidak disambung pihak saluran televisyen.

"Mungkin selepas ini saya akan mendapat tawaran untuk mengacarakan program lain pula selain dapat memberikan fokus kepada bidang lakonan," katanya.

Dalam pada itu, penerbit bersama Hip TV iaitu Engku Azmin Engku Zaini berkata, penyingkiran Kamal bukan kerana pelakon itu mempunyai masalah disiplin atau pun persembahannya tidak memuaskan tetapi pihak pengurusan ingin memberi kelainan kepada rancangan itu.

Menurut Engku Azmin, pertukaran pengacara adalah perkara biasa dan pihaknya gembira dengan pencapaian Kamal sepanjang mengendalikan program itu.

"Dia bukan tidak bagus atau mempunyai masalah disiplin tetapi ia adalah keputusan pihak pengurusan yang ingin memberikan pembaharuan kepada program itu," jelasnya.

Tambah Engku Azmin, pihak TV9 juga mungkin sedang merancang untuk menggunakan khidmat Kamal bagi program lain yang sesuai dengan personalitinya yang bersahaja dan lasak.

"Pada pandangan saya, Kamal seorang pengacara yang sesuai untuk program yang lebih lasak dan maskulin kerana kelebihannya ada di situ.

"Insya-Allah mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu yang lebih sesuai untuknya," kata beliau.

Hip TV yang bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9.30 malam kini menampilkan Aidit Marcello dan Hunny Madu sebagai pengacara. sumber


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi

12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi | Setelah Presiden sah Mesir yang dipilih melalui demokrasi ditumbangkan, para penyokong sosialis yang bergembira dengan pengumuman pihak tentera yang berjaya menjatuhkan Morsi kini merayakan kejatuhan presiden tersebut. Ikuti 12 gambar penyokong sosialis Mesir yang dimuat naik dibawah. sumber
12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi


12 Gambar Sosialis Mesir Merayakan Tumbangnya Morsi

Morsi Akhirnya Tumbang Di Bawah Kekuasaan Tentera Mesir

Morsi Akhirnya Tumbang Di Bawah Kekuasaan Tentera Mesir | Tentera Mesir akhirnya menumbangkan presiden Mesir yang sah iaitu Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.
Morsi Akhirnya Tumbang Di Bawah Kekuasaan Tentera Mesir

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mohamed Morsi kini berada di bawah tahanan tentera.

“Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Morsi Akhirnya Tumbang Di Bawah Kekuasaan Tentera Mesir

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara.

Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi.

Para penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini dan ianya telah membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.

#Akhirnya kumpulan sosialis berjaya juga...berita yang sangat mendukacitakan..... sumber


Terkini!!Rampasan kuasa Mesir!Akhirnya terjadi juga

Terkini!!Rampasan kuasa Mesir!Akhirnya terjadi juga | Parti Refah pimpinan Dr Necmettin Erbakan menang besar dalam pilihanraya Turki pada tahun 1996. Dr Necmettin dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bertahan selama 9 bulan kerana digulingkan oleh tentera yang menjadi pelindung setia kepada sistem sekular Turki pada tahun 1997.Pada tahun 1998, Parti Refah telah diharamkan dengan pelbagai pertuduhan manakala Dr Necmettin tidak dibenarkan aktif dalam arena politik Turki. 
Beliau dianggap pesalah yang harus dikenakan hukuman penjara 2 tahun tetapi dibebaskan serta mendapat pengampunan selepas itu dari Presiden Abdullah Gul dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).Sejarah seakan berulang kembali, Dr Mohammed Mursi dari Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mesir dilantik sebagai Presiden pilihan rakyat pada tarikh 30 Jun 2012 setelah memenangi Pilihanraya Presiden dengan mendapat 51.7 peratus undi. 

Dr Mursi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih melalui pilihanraya secara demokratik, selain merupakan orang awam pertama yang memegang jawatan tersebut.Menjelang dinihari pagi 4 Julai 2013, kira-kira setahun empat hari mentadbir Mesir dengan, Ketua Majlis Angkatan Bersenjata Mesir, Jeneral Abdul Fatah As-Sisi dengan disokong Syeikh al-Azhar lantikan Hosni Mubarak, Ahmed al-Tayyeb, mengistiharkan rampasan kuasa. 

Walaupun dinafikan oleh pihak tentera bahawa ia adalah rampasan kuasa, apa lagi istilah yang boleh digunakan apabila apabila Pasukan Pengawal Republik menduduki stesyen televisyen, menangkap ketua stesyen TV Misr25, mengarahkan pihak lapangan terbang menyekat perjalanan pemimpin Ikhwan, beribu orang tentera berkonvoi di jalan-jalan utama Kaherah, kereta kebal memenuhi jalan-jalan, maka apa lagi istilah yang sesuai digunakan kalau ini bukan rampasan kuasa. 

Berita yang diterima melaporkan Morsi dikenakan tahanan rumah. Kita meyakini susulannya dari rampasan kuasa ini, Mursi, pimpinan FJP dan Ikwan Muslimun akan dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan yang direka-reka selepas ini sebagai alasan untuk proses penangkapan secara besar-besaran.

Di kalangan pemimpin Negara ummat Islam, Perdana Menteri Turki kelihatan paling tegas dan bermaruah di dalam isu ini apabila secara jelas mengistiharkan bahawa Turki tidak mengiktiraf rampasan kuasa yang tak bertamaddun ini dan akan terus berurusan dengan kerajaan yang sah pilihan rakyat pimpinan Presiden Mursi.

Kita tentunya memandang sinis dengan kenyataan Presiden Obama yang mengesa supaya dipulangkan semula kuasa pemerintahan Mesir kepada kerajaan pilihan rakyat. Manakan tidak, ketika seluruh dunia memaklumi bagaimana dokongan kukuh Obama kepada Yahudi Israel dan segala polisi zalim mereka terhadap Palestin. Sedangkan polisi Mursi adalah membela Palestin dan anti Israel. Tiba-tiba seolah-olah Obama sebagai bapak pelindung Israel ingin menunjuk baik. Sungguh inilah telunjuk lurus kelinking berkait!Kredit