Lelaki India Kena Tetak Di Shell Batang Kali 4 Julai 2013

on Friday, July 5, 2013


Seorang lelaki India kena tetak di Shell Batang Kali, Selangor pada 4 Julai 2013. Tangan mangsa putus akibat ditetak oleh sepasukan gangster dan motif pergaduhan adalah kerana dendam yang menjadi punca kepada insiden tersebut. Mangsa Shankar Nadeson, 35, telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Kumpulan gangster yang dipercayai terlibat ialah kumpulan Gobi(08) Kalompang, Selangor dan Kumpulan Santhana(36) Kalompang, Selangor.

ditetak

Video Insiden Shell Batang Kali 4 Julai 2013


Polis sedang memburu suspek pergaduhan kumpulan tersebut :
1).SARAVANAN A/L CHANDRA SEKARAN.
2).ANBALAGAN A/L NADARAJAN.
3).THANA THIRU KUMARAN A/L PRUMAL.
4).SANTHANA.
5).GOBI.
6). SASI.
7).SOBI.
8).TIRU.



sumber

Berita Terkini Keadaan Pelajar Malaysia Pergolakan Di Mesir


Berita dan maklumat terkini keadaan pelajar Malaysia pergolakan di Mesir. Keadaan di Mesir pada masa sekarang agak membimbangkan dengan tercetusnya kekecohan apabila cubaan rakyat untuk menggulingkan Presiden Mesir, Mohammed Morsi. Bagi pihak keluarga yang risau dengan keadaan anak yang belajar di sana boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

mesir

Kedutaan Malaysia Di Mesir

Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270

Bagi Pelajar Tajaan Mara

Bagi kemudahan keluarga pelajar-pelajar tajaan MARA untuk mengetahui perkembangan keadaan anak-anak mereka di Mesir, berikut disediakan talian yang boleh dihubungi;

Talian Hotline Bilik Gerakan Mesir :
1. 03-26132117
2. 03-2613 2230
3. 03-2613 2264
4. 03-2613 2277


No. Telefon Bimbit Pegawai-pegawai BPP:
1. 019-3883121 – Pn. Rohayah Bt. Mohd Zain (TPK)
2. 019-3891109 – Pn. Nor Azwa Bt. Hassan (TP II)
3. 019-2881905 – En. Akmal Hafiz B. Hassan Nuddin (PP)
4. 019-2885539 – En. Mohd Mazuki B. Yahya (PP)


Bilik Gerakan Keselamatan Iskandariah (24 Jam)
1. Pejabat:    +2034868360
2. Ustaz Sofi:    +201064117779
3. En. Bakri:    +201144437662



sumber


Sherry Ibrahim Semakin Dikenali Kerana Teduhan Kasih

Ketika bekas pengamal perubatan Islam Asyraf Muslim hangat dikatakan akan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita, nama Sherry Ibrahim turut diperkatakan kerana ada yang berspekulasi wanita yang dimaksudkan ialah bekas kekasih Asyraf, iaitu Sherry.

Ternyata spekulasi tersebut tidak berasas kerana wanita yang dimaksudkan bernama Wan Sakinah, dan Sherry sendiri menafikan spekulasi tersebut dan mendakwa beliau sudah mempunyai kekasih yang baru melalui sebuah portal hiburan.

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah populariti Sherry yang semakin meningkat dengan mendadak sejak membintangi drama Teduhan Kasih dengan Adi Putra beserta Nabila Huda dan Zarina Zainuddin walaupun beliau sudah lama berada dalam industri.

Sinar Harian melaporkan, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah tersendiri:-

Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.

Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.

sumber :http://beautifulnara.com/

Setakat Ini Saya Tak Benarkan Diri Ini Dirisik – Shila Amzah

Satu langkah yang bijak daripada Shila Amzah. Putus cinta baru-baru ini nampaknya mengajar Shila erti kesabaran. Buat masa ini, Shila enggan memikirkan soal cinta dan enggan merelakan dirinya dirisik oleh sesiapa sahaja.



Berkata kepada Berita Harian, nampaknya Shila telah redha dengan apa yang telah menimpa dirinya dalam perhubungan cinta antara dirinya dan Sharnaaz Ahmad. Kata Shila:-

Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula. Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya.

Baguslah kalau begitu. Memang setiap kejadian itu ada hikmahnya. Semoga Shila lebih fokus terhadap kerjaya. Lagipun Shila masih muda. Tak perlu terburu-buru dalam percintaan. Pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. Sama-samalah kita doakan.

sumber : http://beautifulnara.com/

Elfaeza Nafi Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad

Terbaru, Elfaeza dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas kekasih Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad.

Elfaeza mengakui yang sememangnya mereka bercinta namun percintaan tersebut hanyalah di dalam drama Mukhlis. Di dalam dunia sebenar, Elfaeza tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Sharnaaz. Kata Elfaeza:-

Mana ada kami bercinta. Tapi kalau bercinta dalam drama Mukhlis memang betul. Mungkin gosip ini timbul kerana ada pihak melihat kemesraan kami di set penggambaran tetapi semua itu sekadar mahu menghayati watak sahaja Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi cakap-cakap mengenai perhubungan kami

Mungkin Elfaeza sudah ada kekasih hatinya sendiri. Siapa tahu kan? Lagipun umur Elfaeza sudah pun mencecah 28 tahun. Pasti sudah ada “someone special” di kala ini. Tak gitu? Apa pun semoga karier Elfaeza akan terus berkembang di masa hadapan.

sumber : http://beautifulnara.com/

(HUMOR 18++) Berterus-terang sebelum berkahwin

(HUMOR 18++) Berterus-terang sebelum berkahwin | Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. 



Si Gadis berbisik pada kekasihnya, “Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa.” Si Pemuda mengangguk.

Gadis berkata “Sesungguhnya dada saya rata..seperti papan…kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya”, kata gadis.

Pemuda dengan lemah lembut menjawab, “Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih” Gadis pun lega mendengarkannya.

“Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.”, jelas pemuda. Gadis mengangguk tersenyum.

“Sesungguhnya ‘anu’ saya seperti bayi…”, kata pemuda. “Sstt…sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih.”, sahut si Gadis. Pemuda pun lega mendengarkannya.

Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang memang..memang…benar-benar.. rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya.

Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah ‘anu’nya.Melihat itu gadis menjerit dan pengsan.

 Setelah sedar si gadis bertanya, “Kau katakan ‘anu’mu seperti bayi…?”“Ye la memang seperti bayi,…panjang 50 cm dan berat 3 kg”.Terbaik

♥ sekadar hiburan malam..yang xpaham,buat2 paham j..yang laham..diam2 ja..=)
Pengajaran>> dengar apa2 samapai habis dulu..jangan mencelah..nanti kta yg ssh..hehe

Nabila Nafi Dirinya Bukan Penggoda!!!

Pasti ramai penonton yang mengikuti drama ‘Teduhan Kasih’ merasa geram dan menyampah dengan watak Ayu yang dilakonkan oleh Nabila Huda?

Nampak gayanya, Nabila berjaya membawa watak Ayu sebagai seorang wanita penggoda dan materialistik dengan baik kerana ada penonton yang mendakwa watak Ayu itu adalah perangai sebenar Nabila diluar dunia lakonannya.

Menurut aktress ini, tanggapan penonton itu tidak benar dan beliau sendiri tiada masa utuk berbuat perangai tidak elok seperti itu.

“Saya bukan macam itu. Karakter terbabit hanya sekadar lakonan dan bukannya realiti. Lagipun saya bawa watak tersebut berdasarkan imaginasi saya sendiri.

Saya memang suka berimaginasi, jadi lebih mudah untuk saya bawa watak sebegitu dan kadang-kadang kita lakukan sesuatu yang tak dijangka,” ujarnya.

Tambah Nabila, jujurnya beliau sendiri tidak menyukai wanita yang berperwatakan sedemikian.

“Saya sendiri tak boleh tengok diri saya dalam karakter seperti itu. Saya tak suka perempuan yang berperangai sebegitu dan saya benci, ” katanya.


sumber :http://semuthitam80.blogspot.com/