Setakat Ini Saya Tak Benarkan Diri Ini Dirisik – Shila Amzah

on Friday, July 5, 2013

Satu langkah yang bijak daripada Shila Amzah. Putus cinta baru-baru ini nampaknya mengajar Shila erti kesabaran. Buat masa ini, Shila enggan memikirkan soal cinta dan enggan merelakan dirinya dirisik oleh sesiapa sahaja.



Berkata kepada Berita Harian, nampaknya Shila telah redha dengan apa yang telah menimpa dirinya dalam perhubungan cinta antara dirinya dan Sharnaaz Ahmad. Kata Shila:-

Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula. Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya.

Baguslah kalau begitu. Memang setiap kejadian itu ada hikmahnya. Semoga Shila lebih fokus terhadap kerjaya. Lagipun Shila masih muda. Tak perlu terburu-buru dalam percintaan. Pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. Sama-samalah kita doakan.

sumber : http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment