WOWWW !!! BEKAS MP CERAI BINI NO 2 SEBAB TAKUT BINI NO 3 TAU ??

on Sunday, July 7, 2013


Isteri yang diceraikan Firdaus Jaafar pada hari itu ialah Nurul Huda Arshad iaitu isteri ke-2 Firdaus yang dinikahi selama 5 tahun tanpa anak. Isteri pertama Firdaus bernama Kasmuri Jaafar dan mempunyai 6 orang anak . Isteri ke-3 Firdaus bernama Siti Balkis Husain, seorang janda anak 3 ketika dinikahinya.

Perceraian bukan difailkan oleh isteri beliau Nurul Huda sebaliknya difailkan oleh Firdaus sendiri melalui peguamnya, Zahir Razak & Co .Firdaus telah pertama kali memfailkan perceraian pada 27 Nov 2012 tetapi menariknya semula apabila berita itu heboh diperkatakan dalam blog Kedahan69.

Firdaus bimbang berita pemfailan perceraian itu akan menyebabkan dia tidak dicalonkan dalam PRU13. Di samping itu dia juga dikatakan bimbang berita dia mempunyai isteri ke-2 bernama Nurul Huda itu sampai ke pengetahuan isteri ke-3 nya, Siti Balkis Husain yang ketika itu sebenarnya tidak tahu kewujudn Nurul Huda dalam hidup Firdaus dan menyangka dia adalah isteri ke-2 Firdaus selepas Kasmuri Jaafar.

Nurul Huda langsung tidak tahu kewujudan isteri ke-3 Firdaus yang dikatakan sudah dinikahinya selama setahun lebih. Nurul Huda hanya mengetahui hal tersebut melalui blog Kedahan69 pada 23/3/13.

Nurul Huda telah merujuk kepada Pejabat Agama Shah Alam berkenaan perihal dia ingin memfailkan cerai terhadap Firdaus pada 27/3/13. Apabila Firdaus mendapat tahu akan hal tersebut, dia telah menelefon bapa Nurul Huda meminta Nurul Huda menghentikan niatnya itu dengan alasan akan merosakkan reputasinya yang akan dicalonkan dalam PRU13. Nurul Huda mengambil keputusan menerima nasihat bapanya supaya membatalkan niatnya untuk memfailkan cerai atas permintaan Firdaus.

Sejak kalah dalam PRU13 (sejak 5/5/13) Firdaus sudah berhenti menelefon dan menghantar sebarang sms kepada Nurul Huda. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika Nurul Huda pergi ke Kedah pada 21/3/13. Pada 19/6/13 Nurul Huda dihubungi peguam Firdaus untuk mengambil notis pemfailan cerai ke atasnya yang pada mulanya dijadualkan pada 25/6/13 tapi ditangguhkan pada 1/7/13. Firdaus membuat keputusan menceraikan Nurul Huda atas alasan tidak puas hati kerana Nurul Huda ada mengataklan yang dia akan mendoakan Firdaus kalah dalam PRU13 kerana telah menganiaya dia sebagai seorang isteri.

Inilah sebenarnya hal yang berlaku.

sumber

Maut Diserang Ketika Lari Berb*gel

LOKASI seorang pelancong warga Vietnam ditemui mati dengan kesan tikaman di Cheras semalam.

KUALA LUMPUR - Pertelingkahan antara dua lelaki di dalam sebuah bilik hotel dekat Cheras di sini semalam berakhir apabila seorang daripadanya, pelancong warga Vietnam maut akibat ditikam.

Dalam kejadian pada pukul 5.38 pagi itu, suspek, warga tempatan berusia 44 tahun yang hanya memakai seluar dalam mengejar mangsa sambil memegang dua bilah pisau dari sebuah bilik di tingkat empat hotel tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai bergaduh di dalam bilik sebelum suspek mengejar mangsa yang dalam keadaan bogel ke tingkat satu.

"Mangsa yang berusia 23 tahun diserang di kawasan tangga tingkat satu hotel berkenaan dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya ketika ditemui di Balai Polis Alam Damai di sini.

Datuk 92 Tahun Gembira Dapat Kahwin Gadis Usia 22

Seorang datuk berusia 92 tahun di wilayah Sammara, Iraq dilaporkan telah menikahi seorang gadis berusia yang hanya 22 tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya. Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.

Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak. Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.

“Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.

“Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun,” katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Gambar Anak Fasha Sanda Terkini









sumber : http://izyan.com/

Elecoldxhot juara SHOWDOWN

Elecoldxhot dinobat juara SHOWDOWN 2013, di Stadium Negara, malam tadi.

Kuala Lumpur: Kumpulan Elecoldxhot menjuarai program realiti tarian, SHOWDOWN 2013 di pentas akhir yang berlangsung di Stadium Negara, di sini, malam tadi.
Kumpulan yang bertanding bagi kategori All Star itu membawa pulang hadiah wang tunai RM75,000 dan perbelanjaan ke pertandingan tarian di peringkat antarabangsa bernilai RM125,000.

Naib juara dimenangi kumpulan Katoon Network yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
Kategori Terbuka pula menyaksikan pertembungan empat kumpulan iaitu Inversion, Keynectix, Le'z dan yang menyaksikan kumpulan 5>1 merangkul gelaran juara.

Kumpulan itu memenangi hadiah wang tunai RM50,000 serta perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat Asia bernilai RM50,000. Kumpulan Inversion meriah tempat kedua dan memenangi hadiah wang tunai RM20,000.
Bagi kategori Junior, kumpulan Walawei menjuarai kategori itu selepas menumpaskan kumpulan Stay Cool dan Fresh Unity Crew serta memenangi hadiah wang tunai RM10,000. Naib juara kategori Junior dimenangi kumpulan Fresh Unity Crew, yang menerima hadiah wang tunai RM5,000.
Pemarkahan diadili oleh juri tetap, Joe Flizzow dan Maple Loo, yang mewakili 50 peratus, manakala selebihnya menerusi undian SMS penonton. Pertandingan akhir SHOWDOWN 2013 disiarkan secara langsung di saluran 8TV.
sumber : http://www.bharian.com.my/

BH rangkul 4 anugerah FINAS

(Dari kiri) Zainuri; Mamat Khalid; Pengarang Bersekutu BH, Hanizam Abdullah dan Akmal bersama anugerah yang dimenangi pada Malam Penghargaan Industri Filem 2013, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Kuala Lumpur: Akhbar BH memenangi empat anugerah Hadiah Galakan Penulisan Industri Perfileman Trofi Samad Idris pada Malam Penghargaan Industri Filem 2013 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), yang berlangsung malam tadi.

Pengarah prolifik, Mamat Khalid memenangi tempat pertama menerusi artikel tulisannya di BH, ‘Promosi, Pembohongan dan Matlamat Dunia Perfileman’.
Kemenangan itu melayakkan BH memenangi piala Pusingan Trofi Samad Idris dan pemenang membawa pulang trofi, wang tunai RM3,000 serta sijil penghargaan. Pengarang Berita Edisi Mingguan, Zainuri Misfar dan Pengarang Bintang Popular BH Ahad, Akmal Abdullah, masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga penulisan berita hiburan bermutu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.

Zainuri menulis ‘Kenapa Takut Sangat Filem, Cerita Seram?’ manakala Akmal membangkitkan isu ‘Filem Banyak Pawagam Terhad’. Turut menerima anugerah ialah akhbar The Star dan Mstar masing-masing dimenangi oleh Grace Chen dan Niezam Abdullah bagi kategori bahasa Inggeris.

Selain Anugerah Trofi Samad Idris, Anugerah Pencapaian Karyawan Filem Tempatan di Peringkat Antarabangsa pula menyaksikan 12 penerima sama ada individu mahupun syarikat. Aktor Shaheizy Sam, pengarah U-Wei Haji Saari, Wee Meng Chee (Namawee) antara penerima yang diumumkan.

Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) diberikan kepada 10 syarikat produksi iaitu Metrowealth Pictures Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd, Genius Parade Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd, PTV Film Production Sdn Bhd, Adik Manja Sdn Bhd. Axis Line Ent Sdn Bhd, Astro Shaw Sdn Bhd, Excellent Pictures Sdn Bhd dan Megamovie Sdn Bhd.

Majlis dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Kamarudin Siaraf. Hadir sama, Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Raja Dalnish Sha.
sumber : http://www.bharian.com.my/

Zed Zaidi Digesa Lebih Gentleman

                                                   
Pelakon veteran Abu Bakar Omar akan tetap meneruskan hajat untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) esok walaupun ia bakal diboikot oleh Presidennya, Zed Zaidi dan segelintir ahli itu.
Melalui Portal Mstar Online, Abu Bakar, 64, berkata, pertemuan yang akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu adalah untuk menerangkan kepada semua ahli kenapa dia bersama empat artis veteran yang lain berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Seniman ke 15 pada 1 Jun lalu.

“Saya mendapat maklum balas ada ahli yang akan hadir. Pertemuan ini akan tetap dilaksanakan pada pukul 2 petang, Ahad ini walaupun Zed Zaidi melarang ahli-ahli Seniman berbuat demikian. Sila jadi ‘gentlemen’ sikit. Ini mesyuarat untuk menyelesaikan masalah. Kenapa perlu boikot.”

Pada 31 Mei lalu, Abu Bakar bersama rakan artis iaitu Sahlan Sudiran, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang berjaya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat sini bagi menghalang AGM persatuan itu.

Hakim, Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat alasan untuk membenarkan injunksi berkenaan berdasarkan penyertaan tuntutan lima artis terbabit.

Terdahulu dalam laporan mStar Online pada Jumaat, Zed berkata pihaknya akan memboikot pertemuan berkenaan sebagai langkah untuk mengelakkan ahli –ahli persatuan itu terpengaruh dengan agenda tidak baik kumpulan veteran tersebut.

Dalam pada itu Abu Bakar berkata, walau apa pun yang akan terjadi, pertemuan itu tetap diteruskan dan mencabar Zed Zaidi untuk hadir bersama ahli-ahlinya yang lain kerana dengan cara itu sahajalah kemelut dalam persatuan berkenaan dapat di selesaikan.
                                     
“Ahad ini ahli-ahli yang terdiri daripada artis baru dan lama akan hadir. Jadi, Presiden persatuan pun kenalah hadir juga. Saya dan rakan-rakan akan terangkan kenapa perintah injunksi itu dibuat.”

Ketika dimaklumkan kepada Abu Bakar bahawa Zed telah menulis surat agar Finas tidak membenarkan pertemuan itu kerana ia lebih kepada agenda peribadi katanya, perkara itu bukanlah satu masalah.

“Kalau tak boleh buat di Finas, kami akan buat (pertemuan) itu di tempat letak kereta. Bukannya susah. Kenapa pula pertemuan ini tak boleh dibuat di Finas? Sebelum ini ada artis buat kerja kahwin di Finas boleh pula?”
                                            
                                                                       ‘Cara Dia Tak Betul’ – Zed Zaidi
Semantara itu Zed Zaidi yang menghubungi mStar Online pada Sabtu berkata, tindakan Abu Bakar itu telah melanggar peraturan Seniman.

Katanya jika Abu Bakar berjaya mendapat perintah mahkamah bagi menghalang AGM, kenapa pula dia mahu mengadakan perjumpaan kerana pertemuan itu juga tidak sah.

“AGM adalah tempat ahli untuk bertemu bagi membincangkan masalah sedangkan dia menghalangnya. Tetapi peliknya kenapa dia pula nak adakan pertemuan? Kenakah caranya itu?”
Tambahnya, Abu Bakar bukanlah Ahli Jawatan Kuasa persatuan itu dan dia tidak layak untuk memanggil ahli hadir ke mana-mana perjumpaan.

Cara pelakon itu katanya benar-benar tidak mengikut undang-undang yang betul dan beliau amat kesal dengan sikap berkenaan.
“Kalau dia hendak buat perjumpaan, pergilah tarik semula saman mahkamah yang dia buat kepada Seniman. Kenapa dia tidak berbuat demikian jika bukan ada kepentingan peribadi.”

Jelas Zed lagi pihaknya sedang memantau perbuatan Abu Bakar itu dan berhasrat mengambil tindakan kepadanya.
sumber : http://www.budiey.com/