Peritnya Putus Cinta

on Sunday, July 7, 2013



FATHIA belum terdesak untuk berkasih dengan mana-mana lelaki," tegas pelakon jelita Fathia, 25, apabila kerap dikaitkan dengan gosip bercinta sehingga menjadi bahan perbualan serius sejak kebelakangan ini.
Malah pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini semakin menyedari bahawa gosip membabitkan dirinya dengan lelaki seperti satu 'penyakit' berjangkit.

Sebelum ini Fathia pernah dikaitkan bercinta dengan kerabat diraja serta beberapa artis tempatan. Klimaks cerita cintanya semakin panas apabila terkini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Aiman Hakim Ridza Abdoh.
Gosip bersama hero drama Vanila Coklat berusia 24 tahun itu tersebar selepas kononnya mereka berpelukan secara terbuka di sebuah lapangan terbang di Selangor sekitar April lalu.

Biarpun Fathia menafikan perbuatan itu dan mengatakan hubungannya dengan Aiman hanya kawan baik namun nampaknya usaha menepis gosip tersebut sia-sia.
Ini kerana bahang cinta pelakon drama Stanza Cinta ini dengan Aiman semakin hebat diperkatakan oleh peminat industri hiburan tanah air ketika ini.

Ironinya Fathia dikecam kerana dilihat terlalu berlebihan memberikan publisiti terhadap hubungan 'cintanya' sedangkan Aiman enggan bercerita lanjut tentang perkara itu.
Mengulas keadaan tersebut membuatkan nada suara Fathia kedengaran beremosi. Dia nyata kesal terhadap apa yang berlaku.

"Memang dalam soal (cinta) orang perempuan yang terkena tempias yang lebih. Sebab kita tak tahu apa yang difikirkan oleh orang. Mungkin atas alasan itu juga Fathia enggan nak layan cerita macam ini sejak mula lagi.
"Fathia tahu kesannya akan kembali kepada Fathia sendiri. Dan dalam bab cinta ini, Fathia sebenarnya dah mula terasa hati sejak timbul cerita gosip Fathia bercinta dengan lelaki kenamaan sebelum ini.

"Fathia bersabar saja sebab Fathia tahu di mana kebenarannya. Dan tak sangka yang ada juga pihak yang berterusan mengata Fathia sehingga ke hari ini.
"Jujurnya kini Fathia dah tak kisah dengan apa orang nak cakap tentang Fathia. Biarlah orang nak berkata apa pun. Terpulanglah. Fathia dah tak hairan dah," katanya.

Mahu mengubat luka
Nada Fathia semakin mengendur saat menukar topik tentang keadaan dirinya yang baru lepas mengalami episod kelukaan selepas putus cinta kira-kira tiga bulan lalu.

Tanpa mendedahkan siapa gerangan bekas kekasihnya itu, anak sulung daripada tiga beradik ini juga mengakui sedang mengubat rawan hatinya.
"Fathia seperti wanita normal lain yang ingin disayangi dan menyayangi seseorang. Fathia juga mengalami saat kecewa apabila hubungan cinta yang diharapkan itu ada masalah.

"Pun begitu Fathia menyifatkan bahawa apa yang berlaku sebelum ini sebagai dugaan hidup. Kalau Fathia tak ada pengalaman hidup sebegini pasti Fathia tak boleh berfikiran matang.

"Justeru Fathia mengambil keputusan untuk mengikut arus kehidupan. Fathia lupakan kekecewaan lalu. Dan Fathia juga bersedia untuk menerima kehadiran lelaki lain selepas ini," katanya.
Mengulas tentang ciri-ciri lelaki idaman Fathia menyebabkan anak kelahiran Pulau Pinang ini terdiam sebentar.

Katanya, dia bukan seorang wanita materialistik dan memilih lelaki yang berpoket tebal. Dia juga bukan seorang yang mempunyai cita rasa tinggi dalam bab memilih teman lelaki.
Fathia hanya menginginkan seorang lelaki yang mempunyai kriteria sederhana. Tidak sombong dan mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus.
Paling penting lelaki yang ingin mendekatinya itu perlu bijak mengambil hati Fathia dan berjanji untuk tidak membuatkan hatinya berdarah lagi.

Jadi apakah Aiman menepati ciri lelaki idamannya?
"Ya! Tetapi kami hanya kawan baik," tegasnya.

Menyentuh soal mahligai perkahwinan menerbitkan nada teruja Fathia yang menanam cita-cita untuk menamatkan zaman bujang sebelum mencecah 30 tahun.
Penuntut jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini mempunyai masa kira-kira lima tahun untuk mengejar cita-citanya bergelar peguam.
Selain itu Fathia yang cenderung dalam bidang kebajikan ini juga menanam hasrat untuk menaja golongan kurang berkemampuan satu hari nanti.
sumber : http://www.utusan.com.my/

Haram sisha,e-rokok : Perlu bukti saintifik

Haram sisha,e-rokok : Perlu bukti saintifik | SEREMBAN - Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.

Sekadar Hiasan

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk Dr Abdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kean dua produk itu terhadap kesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.


"Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok. Oleh itu, langkah awal kami ialah mengklasifikasikan sisha sebagai produk berasaskan tembakau. Semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan tembakau mungkin akan terpakai terhadapnya (sisha)," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Tafe di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata bagi rokok elektronik pula, ada pihak berpendapat produk itu kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok.Bagaimanapun, kata beliau, ada pula pihak yang mendakwa rokok elektronik boleh disalahguna dan oleh itu perlu diharamkan atau dikenakan peraturan.
Sekadar Hiasan

"Oleh itu, kami akan buat keputusan berdasarkan bukti yang dikumpul jawatankuasa teknikal ini, sama ada hendak mengadakan peraturan mengenainya (sisha dan rokok elektronik) atau mengharamkannya terus," kata beliau. - Bernama SH


Walaupun Telah Mula Berlakon, Fasha Sandha Masih Berpantang



Fasha Sandha, walaupun telah mula turun ke lokasi penggambaran selepas 50 hari melahirkan anak sulungnya, Putra Rayfal namun, Fasha Sandha mengakui dia masih menjalani cara berpantang bersalin seperti biasa.



Menurut Fasha Sandha, dia masih mahu meneruskan niatnya untuk berpantang sehingga 100 hari biarpun terpaksa memulakan penggambaran drama bersiri Tentang Hati terbitan Global Station Sdn Bhd.

"Lepas bersalin saya akui ini job pertama saya. Sebenarnya saya terima tawaran ini kerana mereka telahmenawarkan saya untuk membintangi drama bersiri terlebih dahulu iaitu sejak 3 bulan sebelum saya melahirkan Rayfal lagi. Mereka telah cuba dapatkan saya.

"Malah saya sukakan jalan cerita dan watak saya yang kali ini lebih berat selain sudah biasa bekerjasama dengan produksi dan pengarahnya, Feroz Kadir. Memang saya pernah kata mahu berpantang 100 hari dan sehingga kini saya akui masih meneruskannya tetapi saya tidak kata saya mahu berpantang daripada bekerja atau berlakon.

"Bahkan selepas 40 hari berpantang saya juga sudah keluar ke saloon milik saya, Chinta untuk menguruskan apa yang patut," katanya kepada sebuah portal hiburan tanahair.

Fasha Sandha ditemui dilokasi penggambaran drama Tentang Hati yang terletak di Hulu Langat Selangor. Drama itu turut dibintangi pelakon lain seperti Aaron Aziz, Rusdi Ramli, Anzalna dan ramai lagi.

Tambah Fasha lagi, dia perlu kembali aktif bekerja dan melakukan aktiviti yang sihat kerana mahu mengembalikan bentuk badan yang ideal setelah berat badannya naik sehingga 15 kilogram selepas bersalin.

"Terus-terang saya perlu banyak melakukan aktiviti di luar dan kembali aktif berlakon untuk kembalikan bentuk badan ideal dan nampak fit. Selain bergerak aktif saya juga perlu menjaga makan dengan mengambil pemakanan yang berkhasiat, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk anak saya yang masih menyusu.

"Namun bersyukur, berat badan saya kini sudah susut 13 kilogram daripada 15 kilogram selepas bersalin," kongsinya lagi.

Berkongsi pengalaman setelah menjadi seorang ibu sejak melahirkan putera sulungnya pada 15 April lalu, Fasha memuji anaknya itu kerana tidak punya banyak ragam seperti kebiasaan bayi lain.

"Rayfal seorang bayi yang baik dan sihat. Dia tidak banyak meragam seperti bayi lain. Malah waktu tidur dia juga normal iaitu mula tidur pada jam 12 malam dan berjaga pada waktu Subuh tanpa ada terjaga di dipertengahan waktu tidurnya," luahnya lagi.
kredit to KEZOOM

Video Wanita Terkena Sihir Minyak Dagu





Subhanallah Lihatlah sendiri bagaimana keadaan wanita ini yang telah disihir menggunakan minyak dagu.Dalam masa yang yang jin yang ganggu wanita ini telah memeluk islam







Apakah  Yang Dikatakan Sihir Minyak Dagu?

Minyak Dagu atau Minyak Guna-guna ialah ....bahan untuk menundukkan seseorang adalah termasuk dalam kategori amalan sihir. Sihir bererti seseorang itu menggunakan iblis dan syaitan untuk menguasai minda, pergerakan dan segala-galanya menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar kesedarannya.

Amalan ini termasuk dalam amalan yang diistilahkan sebagai at-tiwalah. Orang yang berbuat demikian termasuk dalam golongan orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik.

Terdapat banyak cara menyediakan minyak guna-guna ini, antaranya ialah menggunakan minyak dagu orang mati dibunuh atau minyak yang diambil daripada perempuan mati beranak sulung.

Minyak perempuan mati bersalin diambil pada malam hari yang sama ia dikebumikan. Setelah digali, mayat disandarkan di pangkal sebatang pokok. Kedua-dua belah tangan dipegang oleh dua orang. Seorang lagi melayur dagu mayat dengan lilin yang ditadah dengan tempurung jantan di bawahnya.Kerja-kerja ini dimulakan selepas tengah malam. Minyak dibawa balik ke rumah, dimasukkan dalam botol kaca, diperasap dan dipuja sehingga minyak itu berbunyi dan mengeluarkan suara apabila nama perempuan berkenaan dipanggil. Suara tersebut adalah suara qarin yang ikut balik bersama minyak.

Menurut keterangan seorang lelaki, minyak dagu yang paling kuat ialah minyak dagu diambil dari perempuan mati mengandung sulung, di mana anak tersebut juga mati dalam kandungan.

Mereka yang hendak membuat kerja ini mesti berbilangan ganjil, iaitu sama ada tiga atau lima orang dan tidak melebihi tujuh orang. Setelah berkumpul di satu tempat, tidak jauh dari tanah perkuburan, mereka akan dijampi, menyebabkan mereka seumpama terpukau, separuh tidak sedarkan diri dan menjadi berani, patuh pada arahan. J

ampi dilakukan oleh orang yang mengetuai kumpulan itu, yang dikatakan mempunyai ilmu batin yang kuat, yang pernah melakukan kerja-kerja seperti ini. Kemudian mereka mesti melucutkan kesemua pakaian dan pergi ke kubur dalam keadaan bogel atau hanya berseluar dalam. Setiap orang dipakaikan tangkal yang diperbuat daripada 12 helai benang mentah yang diikat di dahi masing-masing, sebagai pelindung daripada segala gangguan yang mungkin datang ketika melakukan kerja.

Setelah mayat dinaikkan daripada lubang kubur, bahagian tertentu badan dicucuh dengan lilin putih. Ada lima tempat sahaja yang perlu dilayur, antaranya ialah pada bahagian siku, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

Menurut responden, mayat itu mungkin akan bergerak ketika dilayur dan akan mengganggu orang yang terlibat. Kerana itu, orang yang mengepalai kerja-kerja ini perlu mempunyai ilmu batin yang kuat, boleh membaca doa tanpa henti-henti dan dengan lancar sambil membalingkan bahan yang dibawa ialah beras kunyit dicampur dengan pasir, yang diambil dari tiga pantai dan buah lenga hitam yang digoreng tanpa minyak.

Mereka yang terlibat balik ke tempat asal di mana mereka berkumpul dalam keadaan telanjang membolehkan iblis dan syaitan ikut mereka sama. Sekiranya orang yang terlibat tiga orang, mereka mesti tidur di tempat berkenaan tiga malam, begitulah yang perlu dilakukan sekiranya kumpulan itu terdiri daripada lima orang. Mayat ditinggalkan begitu sahaja di atas kubur.

Setelah dimasukkan jarum, minyak itu ditapakan dalam tanah. Botol hanya boleh ditutup dengan tutup kaca. Penutup lain, seperti gabus tidak boleh digunakan. Minyak akan meletup keluar dan kering, menyebabkan minyak tidak berapa kuat atau hilang langsung hikmatnya.

Orang yang memerlukan minyak ini mengambilnya dengan kapas, digunakan dengan menculiknya kepada orang-orang tertentu dengan jari manis pada bahagian kulit, dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Menurut seorang responden, minyak dagu yang diambil daripada mangsa bunuh yang dilakukan oleh orang yang membuat minyak adalah lebih kuat. Selain diambil selepas tengah malam, minyak ini boleh diambil pada waktu maghrib kerana waktu ini adalah waktu segala iblis dan syaitan keluar dari tempat kediaman atau tempat persembunyian untuk mengganggu manusia, tetapi bagi orang yang terlibat mengambil minyak ini, makhluk tersebut adalah sahabat.

Minyak kadang-kadang diambil seorang diri tanpa pembantu untuk mengelak daripada timbul masalah. Minyak yang dicampur dengan abu orang mati adalah lebih kuat kesannya. Selain dicampur dalam makanan atau minuman, dicalit atau disapu pada kulit, bahan ini boleh ditanam di tempat-tempat tertentu, seperti di bawah tangga, di halaman rumah atau di mana-mana tempat laluan mangsa.

Syaitan (qarin) yang berserta atau menunggu minyak dagu dipuja dengan rangkaian jampi dan diberi arahan atau perintah menjelma dalam mimpi, juga menjelma menyerupai orang yang menggunakannya sebaik sahaja mangsa terkejut daripada tidur. Hal demikian menyebabkan pemikiran mangsa, atau orang yang dipuja akan hanya tertumpu pada orang yang berkenaan, menyebabkan ia rasa gelisah tidak menentu dalam semua keadaan. Sukar hendak tidur. Kalau tidur dia terjaga, kalau terjaga rasa gelisah. Dalam keadaan tertentu mangsa terasa seolah-olah ditarik-tarik untuk menemui orang yang memuja, lalu dia menapak dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pada hakikatnya, perbuatan ini bukan menyebabkan seseorang itu menyayangi pasangannya, tetapi menjadikannya bodoh, seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya tunduk melakukan sesuatu di luar kehendaknya.

Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih jenis ini ada kalanya digunakan untuk menundukkan seseorang, terutama kaum wanita semata-mata untuk tujuan seks, merampas isteri orang, untuk membalas dendam yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan atau lelaki memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu, menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir jenis ini.

Mangsa ilmu guna-guna jenis ini akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, hilang rasa harga diri, tidak peduli nasihat ibu bapa dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu dia akan kembali normal, menyedari siapa dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi dia berasa seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau.

Kesan daripada amalan sihir berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan iaitu kekuatan syaitan yang terlibat. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali. Kebanyakan mangsa tidak menyedari dirinya kena sihir, padahal perubahan besar berlaku pada dirinya.

Iblis dan syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia sejauh-jauhnya, agar dapat dibawa bersama terheret dalam neraka bersamanya. Di antara jalan mudah untuk menyesatkan manusia ialah dengan tipu helah, menyebabkan manusia berdampingan dengan jin-jin yang terdiri daripada iblis dan syaitan, menyeru, memanggil dan memuja dengan rangkaian jampi, mantera atau serapah ataupun dengan kata-kata biasa untuk melaksanakan hajat jahat manusia, termasuk amalan menundukkan perempuan atau lelaki agar jatuh kasih kepada si pemuja.

Apabila ini dilakukan oleh seseorang, orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan sihir. Salah satu dosa besar yang membinasakan.

Terlalu banyak kaedah untuk menundukkan seseorang, sama ada lelaki atau perempuan selain menggunakan kaedah yang dijelaskan. Apa yang pasti berlaku, amalan seperti ini semuanya melibatkan iblis dan syaitan untuk menyampaikan hajat seseorang.

Biarpun hajat itu baik, untuk menjadikan sebagai teman perempuan yang telah memutuskan hubungan itu kembali mengingatinya, tetapi apabila caranya salah, iaitu menggunakan khidmat jin-jin, maka perbuatan tersebut tetap terlarang dan termasuk dalam golongan orang yang melakukan perbuatan syirik.

Manusia yang berakal tidak akan rela melakukan sesuatu yang menyakiti orang lain, biarpun tujuan asalnya baik. Walaupun demikian, akibat kejahilan diri, manusia yang mempunyai akal waras sekalipun ada kalanya tercebur dengan perbuatan yang menyakiti orang lain.

Dunia sudah maju...namun masih lagi individu masih mempercayai dan menggunakan cara yang salah ini bagi tujuan tertentu...bunga bukan sekuntum..dan kumbang bukan seekor....segala jodoh adalah ketentuan ALLAH SWT...kita manusia hanya mampu merancang sahaja....


Ciri-ciri orang yang kena Minyak

di kesan, dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :
1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.

2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)

3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.

4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu.

5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya

6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan

7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya

8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.

9. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.

10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh

11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.

12. Kulit gatal/merah ditempat yang dicalit.

Kecoh, Pengacara Popular 'Bergaduh' Atas Pentas

Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).

Barisan peserta Kecoh Pengacara Beraya bersama AG. - Foto instagram Scha Al-Yahya

LAPAN pengacara popular ‘bergaduh’ atas pentas dalam sebuah program ‘gameshow’ terbaru TV3, Kecoh Pengacara Beraya.

Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).
Apa yang pasti, gelagat spontan dan celoteh mereka bakal menggeletek hati penonton.
Kedua-dua kumpulan ini diuji melalui tiga cabaran termasuk Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.Pasangan suami isteri, Awal dan Scha tidak ketinggalan menampilkan aksi manja mereka di pentas yang direka seperti gelanggang tinju itu.
Selepas sesi rakaman program tersebut melabuhkan tirai, Scha dan Awal akui terbit sedikit kebimbangan atas aksi mereka yang mungkin tidak disukai mana-mana pihak.
“Atas pentas itu kami jadi diri sendiri. Apa yang berlaku sebab spontan kan, buat saya risau juga. Tapi insya-ALLAH tak melebih-lebih,” kata Scha.

Sementara Awal berkata, “kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Tengok dari sudut positif, suami isteri perlu semai keceriaan. Selagi ia tidak melebihi batas, tak apa.”
Tambahnya, “jika ada yang tak suka itu, nak buat macam mana kan?” Sementara pelawak terkenal, Zizan terus menggeletek hati penonton dengan aksinya.
Selain mereka, pelawak BMB, Bocik turut hadir di pentas untuk menjadi juri.

Program ini tidak mempunyai pengacara sebaliknya, penyampai radio dan pengacara, AG bertindak sebagai suara latar.
Wang kemenangan berjumlah RM 8,000 disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Klang dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.
Program ini bakal memeriahkan Hari Raya Aidilfitri anda kelak di TV3.
sumber : http://senapisanapang.blogspot.com/

Lisa Ubah Gaya Pemakanan Yusry

                                
Sejak berkahwin, rezeki pelakon Ombak Rindu, Lisa Surihani, 27, semakin mencurah. Selepas dilantik menjadi duta jenama Sony dan WeChat, terbaru Lisa disambar menjadi duta produk jus terkenal Marigold Peel Fresh.

Menariknya mengenai perlantikan itu, Lisa secara tidak langsung berjaya mengubah ‘perangai’ dan cara pemakanan suaminya, Yusry Abdul Halim yang menggemari minuman berkarbonat.

“Dulu suami sangat suka minum minuman bergas dan jarang minum air putih. Malah, kalau makan ubat sekalipun, susah hendak lihat dia minum dengan air putih.

“Sebagai isteri, saya selalu galakkan dia minum jus buah sekurang-kurangnya dapat membekalkan vitamin C, A, E dan antioksidan.
“Lalu apabila dilantik sebagai duta Marigold Peel Fresh, saya memberi penekanan mengenai pengambilan jus untuk diri saya dan Yusry,” katanya gembira.
sumber : http://www.hmetro.com.my/

Ngeri!!! Tertusuk Besi Pagar Yang Panjang


Memang Ngeri!!!! inilah nasib seorang pencuri yang malang apabila kantoi aksi mencurinya dihidu oleh tuan rumah ketika melarikan diri pagar yang dipanjatkan tertusuk dalam dubur hingga berdarah lebih memalukan kejadian ini telah ditonton ramai orang.